Skip to main
Logo Malaysiakini

Allianz General memperluaskan perkhidmatan bergerak penggantian cermin kereta bergerak ke bandar-bandar utama di seluruh negara

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Perkhidmatan Penggantian Cermin Kereta Bergerak Allianz boleh didapati di bandar-bandar utama di seluruh negara mulai 1 Mei 2022. 

Dilancarkan di Lembah Klang pada bulan Jun 2020 oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General), perkhidmatan tersebut menawarkan pemegang polisi Allianz Motor Private Car Comprehensive perlindungan cermin kereta dengan perkhidmatan pembaikan di lokasi untuk cermin kereta yang retak atau rosak. Perkhidmatan tanpa tunai ini juga disertakan dengan penggantian cermin asli dan jaminan sepanjang hayat, kini boleh didapati di Johor Bahru, Melaka, Seremban, Ipoh, Pulau Pinang, Alor Setar, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kota Kinabalu, dan Kuching oleh pemegang polisi.

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, pelanggan boleh menghubungi 1800-22-5542 untuk menetapkan janji temu, dan Allianz General akan menghantar kereta perkhidmatan bergerak berjenama Allianz ke lokasi pelanggan dalam tempoh sejam. Perkhidmatan tersebut tidak memerlukan pengisian borong, sekali gus memendekkan tempoh menunggu yang lama dan proses yang remeh. 

Ketua Pegawai Tuntutan Allianz General Damian Williams, berkata: “Perkhidmatan ini akan menjadi lambang pengutamaan pelanggan, dan kami sangat teruja untuk memperluaskan perkhidmatan ini ke bandar-bandar utama di seluruh negara. Kini dengan 34 buah kereta perkhidmatan bergerak berjenama Allianz, pelanggan kami diyakinkan dengan penyelesaian pantas apabila mereka memerlukannya. 

“Pada masa yang sama, kadang-kala kemalangan buruk boleh berlaku. Jadi, ada kemungkinan untuk cermin kereta anda pecah sepenuhnya ketika memandu. Anda harus cuba untuk kekal tenang dan pandu ke bahu jalan sebelum membuat panggilan untuk bantuan,” tambah Damian. 

Pelanggan Allianz General boleh hubungi 1800-22-5542 untuk perkhidmatan Penggantian Cermin Kereta Bergerak Allianz, tersedia dari hari Isnin hingga Sabtu, dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Tertakluk pada terma dan syarat.


Kandungan ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.