Skip to main
Logo Malaysiakini

Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) akan menganjurkan Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022 bermula pada 1 hingga 30 Jun 2022 (satu bulan).  Pertandingan ini merupakan program utama di bawah Kalendar ASEAN-COCI (Committee on Culture and lnformations) dan telah memasuki edisi kesepuluh penganjurannya pada tahun ini.  Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022 akan dilaksanakan secara dalam talian dan boleh disertai secara percuma melalui dua (2) kategori, iaitu:

a) Kategori Murid Sekolah (berumur 15 hingga 17 tahun) yang sedang menuntut di sekolah menengah kerajaan / swasta; dan

b) Kategori Terbuka (warganegara Malaysia) berumur 18 tahun dan ke atas.

Objektif utama pertandingan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman rakyat Malaysia berkaitan pertubuhan serantau ASEAN terutama sekali dalam kalangan generasi muda. Penganjuran pertandingan ini juga adalah bagi mendapatkan tiga (3) peserta terbaik berumur 15 hingga 17 tahun bagi mewakili Malaysia ke Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Rantau yang akan diadakan oleh negara Myanmar, pada suatu tarikh yang akan dimaklumkan oleh sekretariat pertandingan tersebut kelak.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh menyertainya secara dalam talian (online) dengan mendaftar di Aplikasi Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022 iaitu www.aseanquiz2022.com.my  yang boleh diakses terus oleh para peserta sepanjang masa (24 jam) dengan menggunakan gajet persendirian bermula 1 hingga 30 Jun 2022 (pautan akan aktif mulai 1 Jun 2022).

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan penganjuran kuiz ini boleh menghubungi talian 03-8911 4947 / 4946 / 7462 atau dengan melayari Facebook rasmi “IRDivision” atau “Jabatan Penerangan Malaysia”.


Kandungan ini disediakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.