Lazada dan Nutribah bekerjasama untuk memangkin pendigitalan sektor pertanian di Sabah
Menjelang Pesta Kaamatan yang disambut dengan meriah di Sabah, Lazada Malaysia berganding bahu dengan Nutribah, sebuah hab kesejahteran semua-dalam-satu dan pengeluar makanan organik berkhasiat yang terkemuka di Sabah demi menyokong dan merangsang pendigitalan sektor pertanian negeri tersebut dengan mempromosikan hasil tani dan produk keluaran peladang organik tempatan.
Matlamat utama kerjasama ini adalah untuk menangani kekurangan saluran pengedaran yang sesuai yang dapat membolehkan para petani dan peladang Sabah untuk menjual tanaman dan produk keluaran mereka. Menerusi kerjasama ini, Nutribah dan peladang organik di Sabah dapat meperluaskan saluran jualan, dan mengembangkan capaian kepada lebih daripada satu pertiga rakyat Malaysia yang membeli-belah di platform Lazada, lantas menjana lebih banyak pendapatan, dan melindungi mata pencarian serta menjamin punca pendapatan masa hadapan bagi parapeladang di Negeri Di Bawah Bayu.
"Akses kepada pasaran sentiasa menjadi halangan utama bagi pengeluar makanan agro, khususnya di Malaysia Timur.. Menerusi kerjasama dengan Lazada, para pengeluar kami dapat menjual hasil tani dan produk keluaran mereka secara langsung kepada para pelanggan pada kos yang berpatutan, dan kami dapat menawarkan perkhidmatan logistik kepada para pelanggan,” kata Preston Sean Soh, Pengarah Eksekutif, Nutribah. “Keupayaan berhubung secara langsung dengan para pelanggan juga dapat menjanjikan pendapatan yang lebih stabil bagi para peladang kami.”
“Kini terdapat peningkatan dalam permintaan untuk hasil tani segar dan produk kesihatan di kalangan para pelanggan di Malaysia. Justeru itu, kami amat mengalu-alukan Nutribah dan rangkaian peladang organik mereka untuk menyertai Lazada, bagi membolehkan para pelanggan untuk membeli produk mereka secara langsung. Sokongan ke arah mendigitalisasikan sektor pertanian negeri Sabah juga merupakan komitmen berterusan pihak Lazada demi memperkasakan para penjual serta membantu membina komuniti tempatan yang mampan,” kata Darren Rajaratnam, Ketua Pegawai Operasi, Lazada Malaysia.
Sempena Hari Gawai dan Pesta Kaamatan, Lazada 6.6 Gen Gaya Sale yang bermula dari 27 Mei sehingga 2 Jun 2022 akan menawaran baucar Penghantaran Percuma eksklusif* kepada para pelanggan di Sarawak, Sabah, dan Labuan dalam usaha untuk menjana trafik dan tahap jualan bagi para penjual Malaysia Timur, seperti Nutribah, Sabah Tea, EAcommerce dan banyak lagi. Di samping baucar Penghantaran Percuma, para pelanggan di Malaysia Timur juga layak mendapat potongan RM5 bagi pesanan mereka dengan baucar istimewa Boost e-Wallet dengan pembelian minimum RM80.
Paling Chun: Potongan Diskaun Sehingga 66%
Mulai 25 Mei sehingga 5 Jun, para pelanggan Lazada boleh menikmati tawaran diskaun hangat dan potongan sehingga 66% bagi pelbagai produk termasuk barangan kesihatan dan kecantikan, fesyen, sukan dan riadah dan banyak lagi.
Crazy Flash Sale: Tawaran Luar Biasa
Di antara 6 sehingga 8 Jun, para pelanggan juga boleh menikmati diskaun sehingga 90% atau tawaran serendah RM0.66.
Baucar Penghantaran Percuma: Kumpul, tebus dan jimat lebih
Nikmati penjimatan berganda apabila anda mengumpul dan menebus Baucar Penghantaran Percuma tanpa pembelian minimum, dari 25 sehingga 28 Mei, dan 6 sehingga 8 Jun dari halaman atau ikon ‘Penghantaran Percuma’ di aplikasi Lazada. Malah, dari 29 Mei sehingga 5 Jun, para pelanggan juga boleh merebut Baucar Penghantaran Percuma dengan pembelian minimum RM15.
LazCoins: Ganjaran Pulangan Tunai Sehingga 66%
Dari 6 hingga 8 Jun, para pelanggan boleh mendapatkan ganjaran pulangan tunai LazCoins sehingga 66%* tanpa sebarang pembelian minimum. Di samping itu, Lazada bakal menambahkan kegirangan dengan memberi ganjaran pulangan tunai LazCoins sebanyak 15% dari 25 Mei hingga 5 Jun. Para pelanggan juga boleh menikmati tawaran 20% diskaun LazCoins setiap hari dari 25 Mei hingga 8 Jun.
Lazada Bonus: Potongan RM10 bagi setiap pembelian RM100*
Mulai 6 Jun, mereka yang membeli produk terpilih dengan simbol “Lazada Bonus” akan menikmati diskaun RM10 bagi setiap pembelian sebanyak RM100, apabila mereka mengumpul baucar “Lazada Bonus” mulai 1 Jun. Setiap pelanggan layak menikmati diskaun Lazada Bonus maksimum sebanyak RM250 sepanjang tempoh jualan hebat 6.6 Gen Gaya Sale.
Kejutan Jenama Terkenal dan Crazy Brand Mega Offers: Penuhi Segala Keperluan Bergaya
LazMall, destinasi jenama yang dijamin tulen Lazada akan melancarkan kejutan besar dan Crazy Brand Mega Offer antara jam 12 pagi sehingga 2 pagi pada 6 Jun supayaanda dapat merebut promosi produk kecantikan dan pengayaan menawan– demi menyerlahkan seri dalaman dan luaran!
Quiz Race: Jawab Soalan Mudah dan Menangi Hadiah dan Baucar
Dari 30 Mei hingga 8 Jun, pelanggan Lazada boleh menyertai permainan Quiz Race yang mudah untuk memenangi baucar dan hadiah menarik, seperti Lazada Bonus, Penghantaran Percuma, hadiah percuma dan banyak lagi. Jom masuki halaman permainan di bawah tab My Account di aplikasi mudah alih Lazada.
Jimat Borong: Lagi Banyak Beli, Lagi Banyak Jimat
Tawaran jualan borong menanti para pemburu diskaun mulai 25 Mei, antaranya tawaran Beli 2 dan dapatkan potongan 10%’ atau ‘Beli 2dan terima hadiah percuma’.
Untuk maklumat lanjut mengenai Lazada 6.6 Gen Gaya Sale, sila layari https://www.lazada.com.my/ atau muat turun aplikasi mudah alih Lazada di App Store, Google Play Store atau HUAWEI AppGallery.
Kandungan ini disediakan oleh Lazada Malaysia.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai