Skip to main
Logo Malaysiakini

KOPETRO anjur Hari Raya Aidilfitri buat Briged Utara Pasukan Gerakan Am

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah mengadakan sebuah majlis sambutan Hari Raya hari ini di Ibu Pejabat Briged Utara, Ulu Kinta, Perak. Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bertemakan ‘Segalanya Raya’ itu diadakan bagi meraikan Anggota-Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), dalam usaha KOPETRO menyantuni golongan barisan hadapan tersebut yang telah banyak berkorban demi menjaga keselamatan negara. 

Dihadiri lebih 100 orang anggota PGA, kesemua tetamu jemputan dijamu dengan pelbagai juadah Aidilfitri. Kemeriahan Rumah Terbuka Aidilfitri KOPETRO turut diserikan dengan acara penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf dan waris anggota PGA telah terkorban semasa melaksanakan tugas menjaga keamanan negara. 

Pengerusi Bahagian Perdagangan & Peruncitan KOPETRO, Encik Zamri Bin Ismail berkata, program yang julung kali diadakan ini merupakan salah satu inisiatif KOPETRO sempena bulan Syawal ini dalam menyantuni jasa petugas barisan hadapan terutamanya anggota PGA yang sentiasa berkhidmat untuk negara dan masyarakat.

Acara penyerahan sumbangan ini telah disampaikan oleh Encik Zamri Bin Ismail, diiringi oleh Encik Ahmad Shakir Bin Ahmad Ubaidah selaku Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO dan disaksikan oleh SAC Tuan Haji Nordin Bin Hj. Manan, Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta. 

Dalam ucapan beliau, SAC Tuan Haji Nordin Bin Hj. Manan telah menzahirkan rasa penghargaannya terhadap usaha KOPETRO menyantuni anggota PGA. Beliau berharap usaha sebegini akan berterusan agar ukhwah yang terjalin berkekalan dan pelbagai kerjasama strategik akan dapat dijalankan pada masa hadapan. 

Turut hadir pada hari tersebut adalah Encik Azizan bin Abd Hamid, Ketua Pegawai Operasi Bahagian Perdagangan & Peruncitan dan juga Anggota Lembaga KOPETRO. Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan penyampaian sumbangan selesai sepenuhnya kira-kira jam 2 petang. 

Layari laman sesawang www.kopetro.com.my atau ikuti akaun media sosial Facebook, Instagram dan YouTube @kopetroberhad untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai KOPETRO serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.