Skip to main
Logo Malaysiakini

Myotein® Bioactive Whey Protein: Suplemen protein jenama nutrisi klinikal VALENS yang menyokong keperluan protein seharian

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Valens Myotein High Whey Protein ialah produk protein whey bioaktif (bioactive whey protein) jenama nutrisi perubatan Valens Nutrition yang digunakan secara meluas oleh ahli profesional dan institusi kesihatan serantau Asia selama lebih 15 tahun.

Protein whey bioaktif tulen dan kualiti premium Valens Myotein diimport dari New Zealand, dan ia bebas daripada bahan perisa, gula tambahan dan bahan pengawet.

Protein whey bioaktif kaya dengan komponen bioaktif semulajadi seperti immunoglobulin dan laktoferin, yang merupakan komponen penting untuk menyokong sistem imuniti.

Berikut adalah komponen bioaktif penjana sistem imuniti yang terdapat di dalam protein whey bioaktif:

  • Immunoglobulin: menyokong sistem imun

  • Laktoferin: antiviral, antibakteria, antioksidan, antikulat

  • Laktoperoksida: menyekat perkembangan bakteria

  • Proteose peptone: mempertingkatkan penghasilan antibodi

  • Beta-laktoglobulin: mengawal tindak balas limfa

  • Alfa-laktalbumin: mempertingkatkan tindak balas antibodi

Protein merupakan makronutrien yang sangat penting dan utama yang diperlukan tubuh badan manusia dalam kandungan yang banyak setiap hari (oleh sebab itu ianya dipanggil makro)

Menurut pakar dietetik, asid amino yang terdapat dalam protein dikenali sebagai “Blok Binaan Asas” utama untuk penyembuhan dan pemulihan. Ini bermakna ia sentiasa diperlukan untuk memperbaharui dan memperbaiki sel-sel serta tisu-tisu dalam badan, mengawal pelbagai fungsi metabolik, dan menyokong sistem imun dengan menghasilkan sel darah putih, antibodi dan antioksida.

Menurut Recommended Nutrient Intake of Malaysia (MRNI), pengambilan protein sehari bagi seorang dewasa yang sihat ialah sebanyak 1g bagi setiap kg jumlah berat badan. Ini bermakna, jika berat badan seseorang individu 55kg, maka dia disyorkan mengambil 55g protein setiap hari. 

Valens Myotein dikenali kebanyakan pakar dietetik, doktor dan ahli profesional kesihatan lain. Ia digunakan secara meluas untuk pelbagai terapi nutrisi seperti pemulihan selapas pembedahan, rawatan kritikal, rawatan dialisis, dan sebagainya yang biasanya memerlukan jumlah protein berkualiti tinggi yang besar. 

Myotein® Bioactive Whey Protein mempunyai dua jenis bentuk pembungkusan iaitu 300g tin atau kotak 30 sachet. Kini boleh didapati di farmasi-farmasi di seluruh Malaysia.

Valens Nutrition merupakan produk nutrisi perubatan yang digunakan secara meluas di hospital, klinik dan institut kesihatan lain seperti onkologi, pembedahan, penjagaan luka dan trauma, ICU, pediatrik, geriatrik, dialysis dan lain-lain.

Sebarang maklumat lanjut mengenai Myotein High Whey Protein, layari  https://myotein.valensnutrition.com/  

Maklumat lanjut mengenai Valens Nutrition, layari https://valensnutrition.com/ 

Rujukan:

1. Geoffrey al. JACN 2007 Vol 26, No.6. Emerging Health Properties of Whey Protein and their Clinical Implications.


Kandungan ini disediakan oleh Pharm-D Sdn Bhd.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.