Skip to main
Logo Malaysiakini

Boost Bantu Rakyat Malaysia Kurangkan Bil Isi Rumah dan Perbelanjaan Harian Melalui Penjimatan Boost Star

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan
  • Nikmati diskaun sehingga RM10 bagi setiap bil menerusi ‘Pay With Stars’ 

  • Tebus sehingga RM210 bagi barangan runcit, petrol dan keperluan harian

  • Lebih 100 juta Boost Star untuk dikumpulkan pada bulan Jun ini 

  • Kumpulkan Boost Stars sehingga 68x lebih pantas pada bulan Jun ini

Kuala Lumpur, 8 Jun 2022 – Dengan kos sara hidup yang kian meningkat di dalam fikiran setiap rakyat Malaysia, Boost meningkatkan usahanya untuk meringankan beban masyarakat tempatan dengan memberi lebih 100 juta Boost Star yang boleh dikumpulkan sehingga 68x lebih pantas pada bulan Jun ini. Rakyat Malaysia boleh menggunakan Boost Star untuk mendapat diskaun sehingga RM10 bagi setiap bil isi rumah, kredit bulanan sehingga RM210 untuk keperluan harian, dan banyak lagi di aplikasi Boost* (https://myboost.app.link/AvQSoOeeGqb).

Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Boost, berkata: “Kebelakangan ini, kami telah mendengar rintihan masyarakat mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat, akibat kenaikan harga barangan keperluan. Dalam usaha untuk mengurangkan perbelanjaan harian rakyat Malaysia, kami membolehkan pengguna untuk mengumpul Boost Star dengan lebih pantas sepanjang bulan ini untuk menyenangkan penjimatan bagi bil isi rumah, barangan runcit, petrol, dan keperluan harian lain.”

Kurangkan Bil Isi Rumah 

Dengan lebih dari 50 pembekal perkhidmatan bil yang sedia ada di BoostBills, rakyat Malaysia boleh menggunakan ciri ‘Pay With Stars’ untuk mendapatkan diskaun secara langsung apabila membuat bayaran bil bulanan menerusi aplikasi gaya hidup digital Boost*.   

Jumlah nilai diskaun akan mengikut pangkat BoostUP, bilangan Boost Star, dan perbelanjaan minimum pengguna. Untuk setiap bil, pengguna yang berpangkat Red Recruit boleh berjimat RM2, Silver Sergeant boleh berjimat RM5, dan Gold General boleh berjimat RM10 melalui ciri ‘Pay With Stars’ di applikasi Boost*. 

Syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad dan Indah Water Konsortium, syarikat telekomunikasi seperti Celcom dan Astro, serta platform pembayaran pinjaman dan majlis perbandaran tempatan seperti PTPTN dan Majlis Bandaraya Subang Jaya, adalah antara pelbagai pengebil yang boleh didapati di aplikasi Boost. Dengan BoostBills, pengguna boleh menjadualkan pembayaran bil secara automatik menerusi AutoBills, membayar berbilang bil sekali gus menerusi MultiBills, dan melihat semua baki dan tarikh akhir dalam satu paparan utama menerusi ViewBills.

Jimat Apabila Membeli Keperluan Harian 

Tambahan lagi, rakyat Malaysia juga boleh menggunakan Boost Star untuk menebus kredit Partner Wallet bagi penjimatan tambahan sehingga RM210 setiap bulan bagi barangan runcit, petrol, dan pembelian dalam talian*. Pengguna boleh mengunjungi BoostUP Rewards Catalogue, kemudian menebus kredit Partner Wallet di bawah kategori ‘Cash’ (Tunai) dengan Boost Star yang diperlukan. 

Setelah ditebus, kredit akan dipaparkan di halaman ‘My Partner Wallets’, dan akan digunakan secara automatik apabila membeli keperluan harian daripada peniaga dan rakan jenama yang turut serta. Kredit Partner Wallet adalah sah selama 30 hari dari penebusan dan tidak mempunyai syarat perbelanjaan minimum. Jumlah kredit bulanan yang boleh ditebus berbeza mengikut pangkat BoostUP pengguna.

Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie, Ketua Pegawai Eksekutif, Boost Life, berkata: “Kami bersimpati dengan beban kewangan rakyat Malaysia. Oleh itu, kami telah memudahkan penjimatan untuk pengguna kami. Bagi pengguna Boost, pembayaran bil bukan suatu tugasan lagi, tetapi pengalaman yang memberi ganjaran. Pembelian barangan keperluan juga lebih lancar di aplikasi kami.  Dengan menawarkan kredit Partner Wallet, rakyat Malaysia boleh menggunakan Boost Stars untuk lebih berjimat apabila membeli barangan keperluan daripada senarai peniaga dan rakan kongsi kami yang meluas.” 

Kumpulkan Boost Star  

Untuk memanfaatkan sepenuhnya diskaun dan penjimatan hebat Boost, pengguna boleh memaksimumkan pengumpulan Boost Star pada bulan Jun ini kerana Boost memberikan lebih 100 juta Boost Star pada kadar lebih cepat. Berbanding dengan hari biasa apabila pengguna menerima 1 hingga 3 Boost Star untuk setiap RM1 yang dibelanjakan, pada bulan Jun ini, rakyat Malaysia boleh menikmati kutipan Boost Star sehingga 68x lebih pantas apabila membeli-belah dalam talian dengan rakan niaga terpilih, sehingga 1,000 Boost Star apabila menyempurnakan Boost Mission, sehingga 86,000 Boost Star apabila berdaftar dengan rakan niaga terpilih, dan banyak lagi*. 

Untuk maklumat lanjut mengenai ganjaran BoostUP dan Boost Star, sila layari:

https://myboost.app.link/AvQSoOeeGqb 

Untuk peniaga dan jenama yang ingin berdaftar dengan Boost, sila kunjungi:

https://bit.ly/BoostBIzHome 

Mengenai Boost

Boost merupakan syarikat teknologi kewangan (fintech) milik Axiata yang menyatukan semua perkhidmatan kewangan merangkumi pembayaran, pembiayaan mikro, insurans mikro, perkhidmatan kandungan rentas sempadan dan solusi perniagaan. Kami menggabungkan fintech, data dalaman dan AI untuk memenuhi permintaan pengguna dan peniaga yang semakin meningkat dan berkembang di seluruh rantau, dengan matlamat untuk menjadi penyedia spektrum penuh fintech di Asia Tenggara. Perniagaan Boost diselaraskan kepada empat jenama utama: 

Boost Life

Platform eDompet pengguna yang dilancarkan pada tahun 2017, memfokuskan kepada penawaran gaya hidup pengguna seperti pembayaran runcit dalam dan luar talian, pembayaran bil, insurans dan pengangkutan & kes penggunaan transit dengan ciri-ciri baharu yang selalu diperkenalkan dari semasa ke semasa. 

Boost Biz

Segmen untuk para peniaga yang menawarkan platform pembayaran untuk perusahaan pelbagai saiz, alat perniagaan dan solusi digitalisasi.

Boost Credit

Sebelum ini dikenali sebagai Aspirasi, ia menempatkan perniagaan pembiayaan mikro & insurans mikro dan merupakan perintis pembiayaan Alternatif Digital di Malaysia dan Indonesia.

Boost Connect

Sebelum ini dikenali sebagai Apigate, ia merupakan perniagaan pengewangan digital dan penyedia ekosistem platform pembayaran pertumbuhan pelanggan yang menawarkan produk dan perkhidmatan inovatif.  

Pengguna boleh memuat turun Boost di Google Play Store, App Store dan HUAWEI AppGallery.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.myboost.com.my, portal berita (Newsroom)atau ikut Boost di Facebook (facebook.com/myboostapp/) ataupun Instagram (instagram.com/myboostapp/).


Kandungan ini disediakan oleh Boost Malaysia.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.