Skip to main
Logo Malaysiakini

UEM Sunrise menandatangani MoU Bersama syarikat tempatan di bawah Program Usaha Sama Vendor

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

UEM Sunrise Berhad (“UEM Sunrise” atau “Syarikat”), salah satu pemaju hartanah terkemuka di Malaysia, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Bersama sembilan syarikat tempatan untuk mengukuh, mempromosi, dan membentuk hubungan yang utuh di bawah Program Usaha Sama Vendor. 

Program usaha sama tersebut dijangka memupuk sinergi untuk jangka masa panjang dan menggalakkan kerjasama antara UEM Sunrise dan syarikat yang terlibat dalam bidang pemasaran, penjenamaan dan pembangunan produk, di mana kedua-dua pihak akan memanfaatkan platform pemasaran masing-masing untuk merentas pasaran dan meningkatkan kesedaran jenama; di samping inovasi untuk memberi peluang kepada UEM Sunrise dan syarikat yang terlibat untuk menerokai produk dan perkhidmatan bagi meningkatkan pembangunan reka bentuk selaras dengan aspirasi Syarikat termasuk matlamat ESG; dan juga penjimatan kos bagi membentuk kerjasama yang teguh di samping mewujudkan peluang perniagaan dengan perbelanjaan kos secara hemat.

Sembilan syarikat yang terlibat termasuk Guocera Sdn Bhd, salah satu pengeluar dan pengeksport jubin terbesar di Malaysia; Bofi (Malaysia) Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menggabungkan pertukangan kayu dengan dapur mewah, kabinet bilk air dan almari pakaian; Innocera Marketing Sdn Bhd, sebuah syarikat perdagangan yang mempunyai pengkhususan dalam kelengkapan kebersihan; Electrolux Malaysia Sdn Bhd, sebuah syarikat terkemuka dalam peruncitan dan servis peralatan rumah; Cement Industries of Malaysia Bhd (CIMA) salah satu syarikat pembekal bahan pembinaan terbesar di Malaysia yang menyediakan penyelesaian simen dan konkrit yang inovatif dan mampan; Panasonic Malaysia Sdn Bhd, sebuah syarikat global untuk pengguna elektrik dan elektronik serta penyelesaian perniagaan; Signature Cabinet Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam reka bentuk, pemasaran dan pengedaran sistem dapur, sistem almari pakaian dan peralatan dapur dalaman; Aurum Precast Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mempunyai pengkhususan dalam produk konkrit pratuang untuk kegunaan projek awam dan projek bangunan, dan Gamuda IBS Sdn Bhd, pembekal penyelesaian IBS digital yang merupakan perintis dalam pengadaptasian IBS digital di Malaysia dengan kemudahan IBS digital pertama di negara.

“Program usaha sama kami memberi peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi kami  dalam jangka masa panjang, dan kami berusaha untuk mencapai sinergi ini sebagai sebahagian daripada pengurusan risiko dalam kenaikan harga dan ketidaktentuan permintaan dan penawaran. Kami juga berharap agar dapat menambahbaik pengurusan kos dan memberi harga terbaik untuk pelanggan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise Sufian Abdullah.

Beliau menambah bahawa UEM Sunrise akan terus memantau dan memperhalusi rancangan penetapan harganya berdasarkan beberapa elemen kos utama selain daripada harga bahan binaan, di samping ketidaktentuan pasaran. Syarikat berharapan bahawa program usaha sama jangka panjang bersama vendor ini boleh menjadi penyelesaian dalam menangani peningkatan kos dalam pasaran.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Program Usaha Sama Vendor UEM Sunrise atau untuk menyertai program ini, sila hubungi [email protected] atau [email protected].


Kandungan ini disediakan oleh UEM Sunrise Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.