Skip to main
Logo Malaysiakini

Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Anda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2021? Masih mencari-cari peluang untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dengan yuran dan kos berpatutan? Ingin memperkembangkan bakat dan kemahiran yang anda miliki? Segalanya bakal tersedia di Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB.

Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 diadakan bermula dari 23 Jun 2022 (Khamis) hingga 25 Jun 2022 (Sabtu) di Dataran Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah dengan tema “Memartabat Kemahiran, Melestari Komuniti Keluarga Malaysia”.

Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 merupakan acara tahunan KPLB sejak tahun 2019 yang bertujuan untuk mempromosi kesedaran, menarik minat dan meningkatkan pengambilan/kemasukan pelajar baharu.

Bagi tahun 2022 (tahun keempat penganjuran), Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 diteruskan untuk memperkasa agenda TVET nasional menerusi kempen, promosi serta penjenamaan semula secara komprehensif, selaras dengan insiatif-inisiatif di bawah Majlis TVET Negara (MTVET).

Ekspo ini diadakan secara hibrid yang mana pengisian program-program sepanjang Ekspo berlangsung boleh juga dilayari secara dalam talian melalui portal Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB Tahun 2022 (https://ekspotvet.rurallink.gov.my) serta media sosial rasmi Kementerian KPLB iaitu Facebook rasmi KPLB (https://www.facebook.com/kplbofficial/), Instagram (kplb_gov) dan Twitter (kplb_gov).

Penganjuran Ekspo ini bertepatan dengan Minggu TVET Negara yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada 20 Jun 2022. Sungai Petani, Kedah dipilih sebagai lokasi Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 supaya komuniti Keluarga Malaysia di kawasan Utara tidak ketinggalan untuk mendapatkan maklumat mengenai program-program TVET yang dilaksanakan oleh Kerajaan khususnya di bawah KPLB.

KPLB memiliki institusi pendidikan TVET yang terbesar di Malaysia dengan penawaran program dan kursus kemahiran yang pelbagai. Promosi berterusan perlu dilaksanakan supaya komuniti Keluarga Malaysia mendapat pendedahan mengenai peluang pelajaran serta pekerjaan yang disediakan dan seterusnya mendapat manfaat daripadanya. Justeru, penganjuran Ekspo ini melibatkan kerjasama 280 Institusi Pendidikan TVET@KPLB di bawah tujuh (7) agensi KPLB iaitu KEMAS, JAKOA, MARA, PERDA, KEDA, KETENGAH dan RISDA.

KPLB mensasarkan 100,000 orang pengunjung (fizikal dan dalam talian) sepanjang Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 berlangsung.

Majlis Perasmian Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 diadakan pada 23 Jun 2022 (Khamis), jam 3:00 petang yang disempurnakan oleh YB Menteri Pembangunan Luar Bandar manakala Majlis Penutup pula akan diadakan pada 25 Jun 2022 (Sabtu), jam 2:30 petang oleh YB Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I.

Penganjuran Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 memfokuskan pengisian kepada enam (6) zon pengisian seperti berikut:

Penganjuran Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 diharap akan menjadi perintis kepada kepelbagaian bentuk promosi pendidikan latihan kemahiran lain seumpamanya.

Ayuh Keluarga Malaysia, jom beramai-ramai ke Ekspo TVET@KPLB di Sungai Petani, Kedah pada 23-25 Jun 2022. Jumpa anda di sana.


Kandungan ini disediakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian 0173230707 untuk sebarang pertanyaan.