Skip to main
Logo Malaysiakini

KESEDAR Jamboree 2022

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) akan menganjurkan KESEDAR Jamboree pada 30 Julai 2022 (Sabtu) bertempat di Gua Musang, Kelantan. Program ini merupakan aktiviti sukan berbasikal yang terbesar di Wilayah Kelantan Selatan. Ia diadakan sebagai satu mekanisme bagi mempromosikan Gua Musang sebagai hub sukan lasak memandangkan Gua Musang mempunyai bentuk muka bumi yang unik serta sesuai untuk aktiviti lasak.

Terdapat beberapa aktiviti menarik yang terdapat sepanjang program tersebut berlangsung, termasuklah hadiah cabutan bertuah bernilai melebihi RM 50,000, aktiviti lasak seperti rock climbing serta jualan daripada usahawan luar bandar.

Para peminat sukan berbasikal lasak dijemput untuk menyertai KESEDAR Jamboree. Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook KESEDAR Jamboree 2022 di https://www.facebook.com/kesedarjamboree2022 atau Facebook rasmi KESEDAR di https://www.facebook.com/kesedarkplb


Kandungan ini disediakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian 0173230707 untuk sebarang pertanyaan.