Skip to main
Logo Malaysiakini

Allianz General penuhi keperluan insurans kenderaan anda

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Apabila anda menginsuranskan kenderaan anda, sama ada kereta atau motosikal anda, yang paling penting ialah untuk memilih perlindungan yang mencukupi dan dilengkapi dengan perkhidmatan nilai tambahan.

Pada awal tahun, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) melaporkan hanya empat peratus rakyat Malaysia di seluruh negara telah membeli perlindungan insurans banjir. Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Sean Wang, berkata: “Rakyat Malaysia terus mempertimbangkan di antara membayar untuk perlindungan insurans, dan kemungkinan memfailkan tuntutan apabila membeli atau memperbaharui insurans kenderaan. Walau bagaimanapun, dengan semua kejadian berkaitan banjir pada tahun lalu, memiliki perlindungan yang secukupnya harus diutamakan.”

Pada tahun 2021, 64,000 orang pelanggan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) telah menerima manfaat dari perkhidmatan Allianz Road Rangers dari Syarikat akibat kemalangan, kerosakan, dan kejadian berkaitan banjir. 

“Sebagai penanggung insurans am, kami sentiasa berusaha untuk mengutamakan pelanggan kami. Setiap perkhidmatan yang kami tawarkan direka untuk memudahkan perjalanan dan pengalaman pelanggan kami apabila membuat sebuah tuntutan kemalangan atau menggunakan perkhidmatan yang lain,” kata Sean.

Sebuah perkhidmatan percuma untuk pemegang polisi Allianz Motor Comprehensive (Kenderaan peribadi), Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif) dan Allianz Motorcycle (Komprehensif),  Allianz Road Rangers menawarkan perkhidmatan tundaan serta perkhidmatan tuntutan di balai polis, kelulusan tuntutan segera dan penghantaran kenderaan selepas pembaikan kereta, serta penghantaran petrol kecemasan, bantuan tayar pancit atau isu bateri untuk kenderaan anda. 

Di samping itu, Allianz General juga menawarkan perkhidmatan Penggantian Bergerak Cermin Hadapan Allianz untuk pemegang polisi Motor Private Car Comprehensive dengan perlindungan cermin hadapan di Lembah Klang dan bandar utama di seluruh negara. Pelanggan Allianz juga boleh menghubungi Allianz untuk menetapkan janji temu, dan sebuah kereta perkhidmatan bergerak berjenama Allianz akan dihantar ke lokasi pelanggan dan perkhidmatan akan dilengkapkan dalam tiga jam. Perkhidmatan tanpa tunai ini tidak memerlukan borang untuk diisi, oleh itu memendekkan masa menunggu dan proses yang rumit dan termasuk penggantian cermin yang asli dan jaminan sepanjang hayat. 

Jika berlaku kemalangan atau perlukan penukaran cermin hadapan, pelanggan Allianz General boleh menghubungi 1-800-22-5542. Perkhidmatan Allianz Windscreen Replacement ON-the-Go, boleh didapati dari hari Isnin hingga Sabtu, jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut, layari allianz.com.my.


Kandungan ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.