Skip to main
Logo Malaysiakini

Jualan Mega Pertengahan Tahun Lazada 7.7 kembali dengan tawaran hebat oleh peniaga tempatan dan penjimatan berganda

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Jualan Mega Pertengahan Tahun Lazada 7.7. muncul kembali dengan pelbagai tawaran hebat, ganjaran dan shoppertainment yang hangat dari 7 - 9 Julai 2022. Dengan diskaun sehingga 70%, potongan RM10 bagi setiap RM100 yang dibelanjakan dengan timbunan Lazada Bonus, ribuan peniaga dan baucar jenama dengan diskaun sehingga 77%, penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum, serta Crazy Flash Deals serendah RM7.70, jualan kali ini diharap dapat memudahkan jutaan rakyat Malaysia untuk mencari tawaran terbaik dari  ribuan jenama dan peniaga di Lazada, perintis wadah eDagang Asia Tenggara.

Selain daripada itu, Jualan Mega Pertengahan Tahun Lazada ini juga berhasrat untuk menggalakkan lagi perniagaan, khususnya bagi PMKS tempatan untuk berkembang maju di wadah Lazada, dengan menderaskan jualan dan mencapai lebih ramai pelanggan. Lebih 80% daripada para peniaga yang mengambil bahagian dalam Jualan Mega Pertengahan Tahun kali ini merupakan usahawan PKMS yang bergiat aktif dalam ekonomi digital di Malaysia. Sejak awal tahun ini, Lazada meneruskan komitmen untuk menyokong para peniaga tempatan yang baharu menceburkan diri di wadah perniagaan dalam talian menerusi Hari Harimau New Seller Kickstarter Package, dengan menyediakan pelbagai insentif, termasuk penghantaran percuma, pengecualian komisen untuk membantu mereka menurunkan kos, sambil memberikan sokongan demi membantu para peniaga mengoptimumkan peluangdalam kempen seperti Jualan 7.7, serta berkongsi cara untuk meningkatkan jualan mereka melalui baucar, on-site banner, push notification, tawaran Crazy Flash Sales, dan banyak lagi.

“Menyedari usaha gigih di kalangan para peniaga yang giat mencari jalan bagi menarik minat para pelanggan tempatan yang semakin celik digital, kami bertekad untuk menjadikan Jualan Mega Pertengahan Tahun 7.7 ini  lebih bermakna dan dapat memberi impak kepada semua dengan membolehkan para pelanggan tempatan menikmati pembelian yang berbaloi , sekaligus membantu perniagaan tempatan untuk meningkatkan jualan mereka,” kata Darren Rajaratnam, Ketua Pegawai Operasi Lazada Malaysia.

“Di samping itu, kami merasakan bahawa pertengahan tahun merupakan masa yang sesuai bagi khalayak ramai untuk menyegarkan dan memperbaharui diri untuk mengharungi bulan-bulan seterusnya dalam tahun 2022. Kami berhasrat untuk memudahkan para pelanggan mencapai impian mereka, sama ada ianya hobi yang baharu mahupun matlamat pertengahan tahun, melalui barangan yang ditambah ke troli dan sekaligus menambah cabaran, keceriaan dan nilai tambahan dalam hidup mereka,” tambah Darren.

Dari 7 hingga 9 Julai, Jualan Mega Pertengahan Tahun Lazada 7.7. akan semakin hebat apabila dihujani 15 juta LazCoins setiap hari khas untuk ditebus oleh para pelanggan. Tiada nilai perbelanjaan minimum yang disyaratkan bagi melayakkan mereka menikmati pulangan tunai, dengan insentif sehingga 77% dalam bentuk LazCoins*. Untuk menikmati lebih penjimatan, para pelanggan boleh mencari produk dalam aplikasi yang menawarkan LazCoins diskaun untuk penjimatan sehingga 20%. Para pelanggan juga boleh memilih untuk menebus LazCoins mereka sebagai pertukaran untuk ganjaran hebat daripada jenama terkemuka yang bernilai sehingga RM150,000, dari sekarang sehingga 10 Julai.

Lebih Banyak Penjimatan, Keceriaan dan Ganjaran semasa Jualan Mega Pertengahan Tahun Lazada 7.7

Chup Dulu: Letak deposit untuk dapatkan tawaran terbaik 

Fungsi pra-jualan Lazada, Chup Dulu kini kembali. Para pelanggan boleh membuat pra-pesanan set produk eksklusif dan barangan dengan diskaun hebat oleh jenama terkemuka, dengan cara meletakkan 10% deposit yang tidak boleh dikembalikan, dari sekarang sehingga 6 Julai dan nikmati pulangan sebanyak 200 LazCoins*. Para pelanggan cuma perlu membayar baki  selebihya pada 7 Julai, bermula 2 pagi, dan  pembelian mereka akan akan diproses selepas pembayaran penuh.

Paling Chun: Tawaran bermula dari RM7.70

Dari sekarang hingga 6 Julai, para pelanggan boleh menikmati diskaun hebat bermula dari RM7.70, bagi produk kategori kesihatan dan kecantikan, fesyen, sukan & rekreasi, dan banyak lagi.

Tawaran Crazy Brand Mega dan Big Brand Surprise: Pilihan Tepat Untuk Memperbaharui Pertengahan Tahun

Pada Jualan 7.7 kali ini, LazMall, destinasi jenama yang dijamin tulen oleh Lazada, akan membawakan tawaran Crazy Brand Mega Offers antara pukul 12 hingga 2 pagi pada 7 Julai untuk menikmati tawaran harga luar biasa. Para pelanggan juga boleh mengumpul sehingga tujuh juta baucar dari pelbagai jenama bernilai RM10 tanpa perbelanjaan minimum, yang akan dikeluarkan setiap hari dari 7 hingga 7 Julai bagi  semua pelanggan LazMall. Jika anda terlepas diskaun hebat ini pada tengah malam, anda masih boleh merebut tawaran Brand Mega Offers sepanjang hari pada 7 Julai, dengan diskaun sebanyak 50% dari jenama kegemaran anda di LazMall.

Lazada Bonus: Diskaun RM10 bagi  setiap pembelian bernilai RM100*

Dari 7 hingga 9 Julai, para pelanggan yang membeli  produk terpilih dengan tanda Lazada Bonus boleh menikmati diskaun sebanyak RM10 untuk setiap pembelian RM100. Apa yang menarik tentang Lazada Bonus ini ialah para pelanggan boleh menimbunkannya dengan baucar-baucar lain untuk lebih penjimatan, sekaligus membolehkan mereka untuk menikmati pembelian yang lebih berbaloi.

Lazada Wallet: Tambah Nilai dan Menang sehingga RM 1,177 

Sepanjang bulan Julai, para pelanggan boleh menambah nilai sebanyak RM50 ke dalam Lazada Wallet untuk proses check out dengan lebih lancar dan mudah, di samping berpeluang untuk memenangi sehingga RM1,177 melalui halaman Tambah Nilai Balloon Blast. Pengguna juga boleh menggunakan kredit Lazada Wallet mereka untuk membayar bil utiliti, dan diskaun sebanyak 27 peratus dengan perbelanjaan minimum RM20*. Tambahan pula, dari sekarang hingga 1 Julai, pelanggan Lazada baharu yang membuat pembayaran menggunakan Touch n Go eWallet boleh menikmati RM15 diskaun daripada nilai pembelian mereka tanpa perbelanjaan minimum.

Lazzie Hunt: Ganjaran memburu bernilai sehingga RM2,000,000

Dari 1 hingga 18 Julai, para pelanggan berpeluang untuk mengumpul Lazzie edisi istimewa dengan pelbagai cara, termasuklah dengan pembelian di Lazada, menambah nilai ke dalam Lazada Wallet, menjemput rakan-rakan, dan mengimbas kod QR menerusi jenama yang mengambil bahagian di seluruh negara, seperti cawangan terpilih Caltex, Maxis dan CIMB Bank. Lazzie edisi istimewa ini kemudian boleh ditebus untuk ganjaran yang lebih hebat, termasuk Rebat Wallet, Baucar Penghantaran Percuma, Lazada Bonus dan hadiah berjenama! Kuiz khas juga akan diadakan menerusi Lazzie Hunt setiap hari pada jam 8 malam, dengan hadiah bernilai  sehingga RM77,777 untuk dimenangi.

Roadshow Lazada 7.7 di Genting Highlands

Roadshow Lazada 7.7 di Times Square Stage, Genting Highlands akan dibuka untuk khalayak ramai dari 1 hingga 2 Julai, di mana mereka boleh mengambil bahagian dalam permainan yang interaktif yang menyeronokkan bagi memenangi hadiah hebat, termasuklah percutian empat-hari, tiga-malam di Aloft Langkawi. Baucar kupon tambahan Lazada menerusi LazLive juga boleh digunakan semasa Jualan Mega Pertengahan Tahun 7.7.

Para pelanggan yang tidak dapat mengunjungi acara tersebut boleh menyertai peraduan  #LazadaMY77Holiday. Dari sekarang sehingga 4 Julai, orang ramai berpeluang untuk memenangi baucar Lazada bernilai RM77 sekiranya mereka melekat rapat dengan laman rasmi Instagram Lazada Malaysia. Tiga finalis akan muncul sebagai pemenang peraduan harian, dan mereka akan dijemput untuk mengambil bahagian dalam Pertunjukan Mega Pertengahan Tahun 7.7 serta berpeluang untuk memenangi hadiah pakej percutian.

‘Lazzie Walk’ –Fungsian Terbaharu dan Ganjaran untuk Pelanggan yang Aktif Bersukan dan Mengutamakan Kesihatan

Lazzie Walk, fungsian terbaharu dalam Lazzie Hunt, kini terdapat di aplikasi Lazada, di mana para pengguna boleh menubuhkan sebuah pasukan bersama rakan-rakan untuk menjejak langkah mereka dan memperolehi ganjaran! Apabila mereka mencapai sasaran langkah tertentu, mereka berpeluang memenangi baucar jenama sukan serta pelbagai hadiah yang lain. Para pelanggan Lazada yang mengutamakan kesihatan pula dapat menikmati tawaran dan penjimatan yang lebih banyak bagi pembelian barangan keperluan sukan menerusi LazSports.

Lazada Mid-Year 7.7 Mega Show

Pada 7 Julai pukul 9 malam, khalayak umum boleh menonton Mid-Year 7.7 Mega Show di LazLive dan laman rasmi Lazada di YouTube, Instagram, Facebook dan TikTok untuk menyaksikan selebriti terkenal secara langsung, seperti Nabila Razali, Anis Nabilah, Yaya Zahir, Intan Serah, Mark O’Dea, Neeta Manis, dan ramai lagi. Bintang-bintang tersebutakan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu ‘Team Revamp’ dan ‘Team Refresh’ yang akan bertanding sesama sendiri  bagi merebut tawaran yang terbaik untuk penonton.  Malahan, penonton juga akan berpeluang memenangi hadiah menarik, antaranya - iPhone 13 Pro Max, LazCoins sebanyak 70,000, dan baucar bernilai RM30,000 dengan hanya dengan menonton persembahan tersebut.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Jualan Mega Pertengahan Tahun Lazada 7.7, sila layari https://www.lazada.com.my/atau muat turun aplikasi mudah alih Lazada di App Store, Google Play Store, atau HUAWEI AppGallery.

*Tertakluk pada terma dan syarat.


Kandungan ini disediakan oleh Lazada Malaysia.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.