Skip to main
Logo Malaysiakini

Menangi barangan runcit selama setahun berjumlah RM10,000 dengan Allianz Motorcycle Sweep

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Bermula 1 Julai hingga 30 November 2022, dapatkan peluang keemas an untuk memenangi barangan runcit selama setahun berjumlah RM10,000 dengan Kempen Allianz Motorcycle Sweep di AEON Mall Kota Bharu, AEON Mall Bukit Mertajam, dan AEON Mall Shah Alam. 

Untuk mengambil bahagian, beli atau perbaharui Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif atau Pihak Ketiga) atau Allianz Motorcycle (Komprehensif atau Pihak Ketiga) di mana-mana cawangan POS Malaysia atau ejen Allianz yang sah dan dapatkan entri untuk Sweep Gempak dan Hadiah Bulanan Cabutan Bertuah. Setiap pembelian polisi Allianz Motorcycle Plus atau Allianz Motorcycle (Perlindungan Komprehensif) akan melayakkan pemegang polisi dengan tiga entri, dan sebuah entri dengan setiap pembelian polisi Allianz Motorcycle Plus atau Allianz Motorcycle (Perlindungan Pihak Ketiga). 

Kempen tersebut akan menampilkan lima pusingan cabutan bertuah dan tiga pusingan cabutan Sweep Gempak. Peserta-peserta yang tidak berjaya semasa cabutan tersebut masih layak untuk bertanding dalam cabutan seterusnya sepanjang kempen berlangsung. 

Untuk cabutan bulanan, 60 orang pemenang akan dipilih untuk memenangi barangan runcit selama sebulan (baucar hadiah berjumlah RM1,200). Cabutan Sweep Gempak akan diadakan antara bulan Ogos dan Oktober untuk menentukan peserta acara Sweep Gempak yang akan diadakan di Kota Bharu (September), Pulau Pinang (Oktober) dan Lembah Klang (November).

Pada setiap acara Sweep Gempak, pemenang Hadiah Utama akan membawa pulang barangan runcit selama setahun (RM10,000 baucar hadiah dan sebuah troli dipenuhi barangan runcit berjumlah RM2,000) dengan sembilan pemenang sagu hati yang akan membawa pulang barangan runcit untuk tempoh enam bulan (RM5,000 baucar hadiah + sebuah troli barangan runcit berjumlah RM2,000).

Timbalan Ketua Pegawai Jualan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, Sazali Abdul Rahman, berkata: “Kami mencipta Allianz Motorcycle Plus berdasarkan keperluan kumpulan B40 dan M40 bawahan supaya penunggang motosikal boleh mendapatkan pelindungan, perkhidmatan tuntutan dan bantuan tepi jalan pada waktu yang diperlukan tanpa kos tambahan. Tambahan pula, dengan peningkatan harga barangan, Kempen Allianz Motorcycle Sweep menawarkan 330 baucar hadiah untuk barangan runcit bernilai lebih dari RM630,000, dengan harapan ia boleh membantu rakyat Malaysia. Jadi, apa yang hanya perlu dilakukan ialah untuk membeli sebuah polisi Allianz Motorcycle Plus antara 1 Julai hingga 30 November 2022 untuk menyertai Kempen ini.”

Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif atau Pihak Ketiga) menawarkan penunggang dan pembonceng motosikal yang sah untuk motosikal 250cc dan kebawah dengan perlindungan tambahan dengan RM10,000 setiap seorang untuk Kematian/Hilang Upaya Kekal dan Pendapatan Hospital sehingga RM6,000 setiap seorang (RM100 sehari, sehingga 60 hari) tanpa kos tambahan. 

Selain itu, perlindungan komprehensif tersebut juga menampilkan perlindungan tambahan iaitu Perlindungan Jumlah Diinsuranskan Penuh Peril Khas (melindungi banjir, tanah runtuh, atau mana-mana bencana alam) dan bantuan tepi jalan, termasuk bantuan tundaan kecemasan (percuma sehingga 50km, dua hala), penghantaran petrol, bateri, dan perkhidmatan tayar pancit yang disediakan oleh Allianz Road Rangers (1800-22-5542).

Untuk maklumat lanjut mengenai Allianz Motorcycle Plus, layari allianz.com.my/motorcycle-plus

Tertakluk kepada terma dan syarat.


Kandungan ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.