Skip to main
Logo Malaysiakini

KPLB PERKASA MODAL INSAN LUAR BANDAR MENERUSI PKD

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

“SATU HENTIAN PELBAGAI PERKHIDMATAN”

Pusat Komuniti Desa (PKD) Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) merupakan sebuah inisiatif di bawah KPLB untuk membantu meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat luar bandar. PKD adalah penstrukturan semula Rural Transformation Centre (RTC) dan Mini Rural Transformation Centre (MRTC) yang dilaksanakan oleh kerajaan pada 11 Oktober 2018. 

Penstrukturan semula ini mengekalkan fungsi sedia ada RTC dan MRTC serta turut melibatkan pemerkasaan peranan 191 buah PKD di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dengan pertambahan fungsi untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat setempat.

Dalam memenuhi keperluan masyarakat luar bandar, objektifpenubuhan PKD pula disesuaikan dengan keperluan semasa iaitu;

i. Menyediakan latihan komuniti (kemahiran dan ICT) kepada penduduk setempat di luar bandar;

ii. Meningkatkan kesedaran, pendedahan dan aksessibiliti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di kalangan masyarakat luar bandar bagi merapatkan jurang digital;

iii. Menjadi platform kepada agensi Kerajaan / Swasta / Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menyampaikan perkhidmatan / produk / maklumat kepada masyarakat luar bandar; dan

iv. Menjadi pusat kegiatan ekonomi setempat bagi memberi galakan kepada masyarakat luar bandar untuk menceburi bidang ekonomi dan keusahawanan di samping menyediakan platform kepada usahawan desa untuk mempromosikan produk / perkhidmatan mereka.

Pada setiap bulan, PKD menganjurkan pelbagai program untuk komuniti di luar bandar bagi memberi peluang kepada komuniti untuk terlibat secara langsung selain meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat luar bandar.

Justeru itu, KPLB mempelawa semua lapisan masyarakat terutama yang berada di luar bandar untuk menyertai Program dan Latihan di Pusat Komuniti Desa (PKD) bagi bulan Julai 2022.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai program dan latihan boleh menghubungi terus Pengurus PKD yang berhampiran atau melayari laman sesawang KPLB di www.rurallink.gov.my atau media sosial rasmi kami.


Kandungan ini disediakan oleh KPLB.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.