Skip to main
Logo Malaysiakini

Kejohanan Badminton Junior Allianz sudah tiba!

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Kejohanan Badminton Junior Allianz (AJBC) bakal menerima sekurang-kurangnya 2,000 orang peserta apabila ia dilancarkan pada bulan Julai ini. 

Disokong oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM), pertandingan tersebut akan diadakan dalam tiga fasa. Bermula dengan pusingan kelayakan peringkat negeri selama tiga hari dari bulan Julai hingga Oktober 2022, yang diikuti dengan kem latihan selama sehari untuk pemenang pusingan kelayakan sebelum Perlawanan Akhir di Kuala Lumpur pada bulan November 2022. Pusingan kelayakan akan bermula pada 22 Julai di Selangor. 

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad Sean Wang berkata Syarikat sangat teruja untuk menganjurkan kejohanan badminton pertamanya, dan ia bertujuan untuk menyokong belia Malaysia dalam perkembangan sukan badminton dari akar umbi. 

Selepas dua tahun tanpa aktiviti susulan pandemic COVID-19, kami teruja untuk memperbaharui komitmen kami menyokong perkembangan sukan dari peringkat awal,” kata Sean.

“Melalui AJBC, tujuan kami adalah untuk menyediakan sebuah platform untuk bakal pemain badminton muda dan akses kepada pertandingan seumur untuk menguji kemahiran mereka dan mendapat pengalaman pertandingan dan teruja untuk kemungkinan menemukan bakal pemain badminton negara,” kata Sean. 

AJBC akan menampilkan empat acara – perseorangan lelaki, beregu lelaki, perseorangan perempuan dan beregu perempuan – kategori Bawah-13 (13 tahun dan kebawah) dan Bawah-15 (14 hingga 15 tahun).

Pemenang perlawanan akhir untuk semua acara akan memenangi RM1,000, diikuti dengan pemenang kedua (RM500) dan pemenang ketiga (RM200). Kesemua tujuh pemenang pusingan kelayakan juga akan menerima hadiah berikut – pemenang (RM500), pemenang kedua (RM300) dan pemenang ketiga (RM100).

Untuk maklumat lanjut tentang Kejohanan Badminton Junior Allianz, layari allianz.com.my/ajbc.


Kandungan ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.