Skip to main
Logo Malaysiakini

Kejohanan Badminton Junior Allianz bermula dengan meriah!

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Kejohanan Badminton Junior Allianz (AJBC) telah bermula dengan perlawanan Pusingan Pertama Kelayakan yang diadakan di Sports Arena Puchong, Selangor pada hujung minggu ini.

Dengan sokongan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM), pertandingan tersebut akan bermula dengan tujuh Pusingan Kelayakan yang diadakan antara bulan Julai hingga November 2022. Finalis dari tujuh Pusingan Kelayakan juga akan dikumpulkan di Kem AJBC sebelum Perlawanan Akhir di Kuala Lumpur pada November 2022.

Dalam kategori Perseorangan Lelaki Bawah 15 tahun, Stuart Ng dari Sri Desa International School menewaskan Muhammad Ihsan dari SMK Bukit Jalil dalam pusingan kelayakan. Sebagai finalis, kedua-dua pemain ini akan bertanding di Perlawanan Akhir.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad Sean Wang berkata dalam ucapannya Syarikat amat berbesar hati untuk melihat jumlah peserta pada acara tersebut. 

“Matlamat utama AJBC ialah untuk menyediakan bakal pemain badminton muda akses kepada pertandingan peringkat umur untuk mengasah bakat dan mendapat pengalaman pertandingan. Ini merupakan Pusingan Kelayakan AJBC yang pertama, dan kami sangat kagum melihat bakat-bakat muda yang menyertai pertandingan hari ini. Pemain-pemain yang telah beraksi dengan baik di gelanggang, jadi kami teruja untuk melihat bakat muda yang lain menerusi enam pusingan kelayakan seterusnya,” kata Sean.

Selain itu, sewaktu majlis pelancaran, Sean juga telah mengumumkan Siti Nurshuhaini Azman dan Fazriq Razif, pemain muda kebangsaan sebagai duta AJBC yang akan menjadi figura inspirasi untuk peserta.

AJBC akan menampilkan empat acara – perseorangan lelaki, beregu lelaki, perseorangan perempuan dan beregu perempuan – kategori Bawah-13 (13 tahun dan kebawah) dan Bawah-15 (14 hingga 15 tahun).

Pemenang perlawanan akhir untuk semua acara akan memenangi RM1,000, diikuti dengan pemenang kedua (RM500) dan pemenang ketiga (RM200). Kesemua tujuh pemenang pusingan kelayakan juga akan menerima hadiah berikut – pemenang (RM500), pemenang kedua (RM300) dan pemenang ketiga (RM100).

Tarikh dan Tempat Pusingan Kelayakan/Perlawanan Akhir AJBC

Pusingan Kelayakan Pertama AJBC

Bawah 13 (13 tahun dan kebawah)

Perseorangan lelaki: Cheong Kai Sheng,SMK Datok Lokman

Beregu lelaki: Cheong Kai Sheng-Liew Kai Xuan, SMK Datok Lokman/SMK Sri Sentosa

Perseorangan Perempuan: Wan Zi Qing, SJK(C) Jinjang Utara

Beregu Perempuan: Wan Zi Qing-Ho Hui Shan, SMK St. Mary KL/SJK(C) Jinjang Utara

Bawah-15 (14-15 tahun)

Perseorangan lelaki: Stuart Ng, Sri Desa International School

Beregu lelaki: Muhammad Ihsan-Loh Kim Sheng, SMK Bukit Jalil

Perseorangan Perempuan: Reesha Kumaresan, SMK Cyberjaya

Beregu Perempuan: Charvita Kumaresan-Reesha Kumaresan, SMK Cyberjaya

Untuk maklumat lanjut tentang Kejohanan Badminton Junior Allianz, layari allianz.com.my/ajbc.


Kandungan ini disediakan oleh Allianaz Malaysia Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.