Skip to main
Logo Malaysiakini

UEM Sunrise memperoleh tanah pegangan bebas perdana di Jalan Sultan Yahya Petra, sejauh 2km dari KLCC

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

UEM Sunrise Berhad (“UEM Sunrise” atau “Syarikat”), salah satu pemaju hartanah terkemuka di Malaysia telah memperoleh 6.39 ekar tanah pegangan bebas berlokasi perdana di pusat bandar Kuala Lumpur, di persimpangan Jalan Sultan Yahya Petra (dahulunya dikenali sebagai Jalan Semarak) dan Jalan Padang Tembak dengan harga jumlah RM384.0 juta.

UEM Sunrise menandatangani Perjanjian Jual Beli dengan pemilik tanah Nipponkey Sdn Bhd (“Nipponkey”) untuk rancangan awal bagi membangunkan produk kediaman yang memenuhi keperluan pemilik rumah muda dan golongan profesional bekerja yang mencari lokasi berdekatan dengan Pusat Bandar Kuala Lumpur (KLCC).

Pembangunan tersebut mempunyai anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM1.5 bilion dan dijadualkan untuk pelancaran pada tahun 2024.

“Tanah tersebut terletak di lokasi yang sangat strategik iaitu berhampiran dengan Pusat Bandar KL melalui pemanduan singkat di sepanjang Jalan Sultan Yahya Petra dan Jalan Tun Razak. Kami mendapati ada permintaan tinggi yang berterusan untuk produk bersaiz kecil hingga sederhana yang berdekatan dengan KLCC di bawah paras harga RM1.0 juta.

“Kami yakin bahawa pembangunan ini akan menjadi penambahan yang dialu-alukan kepada penduduk bandar raya yang mencari kemudahan di samping gaya hidup menetap di tengah bandar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise Sufian Abdullah.

Pembangunan tersebut mempunyai pemandangan tanpa halangan yang menghadap latar langit bandar raya Kuala Lumpur termasuk Taman Tasik Titiwangsa. Ia mempunyai ketersambungan yang baik ke bahagian lain di bandar melalui laluan tinggi utama termasuk Lebuhraya Duta Ulu-Kelang (DUKE), Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Maju (MEX) dan Jalan Lingkaran Tengah 1 Kuala Lumpur (MRR1).

Dengan pembukaan stesen MRT Raja Uda yang dijadualkan pada Januari 2023 yang terletak sejauh 1.5km dari pembangunan tersebut, para penduduk akan dapat menikmati kelebihan mendiami kawasan berdekatan dengan rangkaian rel pengangkutan awam di bandar Kuala Lumpur.

Penduduk-penduduk pembangunan tersebut juga bakal teruja dengan akses yang baik kepada kemudahan yang banyak serta berhampiran termasuk pusat membeli-belah seperti Suria KLCC, Pavilion Kuala Lumpur, The LINC KL dan penyedia penjagaan kesihatan termasuk Hospital Kuala Lumpur, Institut Jantung Negara dan Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

Dengan kedutaan serta syarikat multinasional terletak di kawasan berhampiran, penduduk juga mendapat akses kepada pelbagai sekolah antarabangsa dan swasta dalam lingkungan 5km seperti Sekolah Antarabangsa Sayfol dan Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur.

Sebahagian daripada pengambilalihan tersebut akan dilaksanakan dengan wang tunai sebanyak RM235.8 juta dengan jumlah bakinya dijangka akan diselesaikan dalam bentuk barangan melalui tanah Syarikat di Gerbang Nusajaya, Iskandar Puteri, Johor seluas 107.82 ekar.

Persediaan tersebut memberi peluang kepada UEM Sunrise untuk mengimbangi semula portfolio bank tanahnya, melupuskan tanah di Gerbang Nusajaya sebagai pertukaran untuk tanah yang terletak di wilayah Tengah yang mempunyai berpotensi untuk diaktifkan cepat. Pembangunan tanah utama seluas 6.39 ekar ini dijangka akan memperkukuh dan menstabilkan produk-produk Syarikat pada masa depan yang selaras dengan strategi "Triage, Stabilise, Sustain" bagi mentransformasikan Syarikat ke arah pemaju hartanah yang seimbang.

“Memandangkan keluasan dan lokasinya yang strategik di samping perancangan yang sedia ada, kami berpuas hati dengan nilai saksama tanah di Jalan Sultan Yahya Petra untuk memulakan pembangunan tersebut. Pemindahan tanah di Gerbang Nusajaya kepada Nipponkey sebagai bayaran dalam bentuk barangan untuk tanah seluas 6.39 ekar, membolehkan kami untuk memperkembangkan nilai tanah Syarikat di Iskandar Puteri. UEM Sunrise akan meneruskan usaha mencari tanah yang mampu menawarkan nilai kepada pelanggan dan pemegang saham kami sambil mengukuhkan aktiviti-aktiviti pelancaran kami dalam jangka masa pendek hingga sederhana,” kata Sufian.

Dengan penambahan terkini, jumlah simpanan tanah UEM Sunrise di luar kawasan Kuala Lumpur berjumlah kira-kira 655.8 ekar dengan jumlah anggaran RM30.7 bilion dalam Nilai Pembangunan Kasar, membekalkan Syarikat dengan kemajuan yang berdaya tahan dan mampan dalam jangka panjang.


Kandungan ini disediakan oleh UEM Sunrise Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.