Skip to main
Logo Malaysiakini

KOPETRO luaskan rangkaian perniagaan dengan perkhidmatan pajak gadai emas patuh syariah

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) mengembangkan rangkaian perniagaan dengan menceburi perkhidmatan pajak gadai patuh syariah Islam yang diberi nama ArRahnukita. Mula beroperasi hari ini, cawangan pertama ArRahnukita terletak di Medan Niaga Tasik Damai Sungai Besi, sebuah kawasan perniagaan yang menjadi tumpuan ramai. Bersempena dengan hari pertama cawangan ini beroperasi, anggota lembaga KOPETRO dan barisan pengurusan KOPETRO telah mengagihkan cenderahati dan pek makanan percuma kepada para pengunjung, peniaga-peniaga serta orang awam di kawasan sekitar ArRahnukita.

Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah berkata bahawa kejayaan membuka cawangan ArRahnukita adalah bukti komitmen KOPETRO terhadap anggota-anggota dalam meluaskan rangkaian perniagaan sedia ada demi memberikan pulangan dividen yang lebih lumayan. 

“Lebih setahun kami membuat persediaan sebelum melancarkan perkhidmatan pajak gadai emas yang semakin mendapat permintaan tinggi di kalangan masyarakat lebih-lebih lagi golongan peniaga,” kata Ahmad Shakir.

Tambah Ahmad Shakir, “Orang ramai semakin menyedari kelebihan membuat simpanan dan pelaburan jangka masa panjang dengan emas. Sama ada dibeli untuk dipakai ataupun dibeli dalam bentuk jongkong, di saat dunia menghadapi kenaikkan kadar inflasi yang semakin membimbangkan, emas menjadi jalan penyelesaian terbaik bagi orang ramai untuk simpanan, pelaburan dan modal pusingan perniagaan”.

ArRahnukita merupakan satu skim pajak gadai emas yang berlandaskan syariah islam. Objektif perkhidmatan Ar-Rahnu adalah sama dengan pembiayaan peribadi, iaitu untuk mendapatkan wang tunai tetapi dengan mencagarkan emas. ArRahnukita juga mampu memberi persepsi yang positif terhadap masyarakat malah dapat membantu mengatasi masalah kewangan dan menawarkan tempat penyimpanan barangan kemas yang selamat dan terjamin.

ArRahnukita menerima semua jenis barang kemas dengan mutu emas 750 sehingga 999, iaitu bersamaan 18 karat sehingga 24 karat. Bukan itu sahaja barang kemas yang berbentuk permata, rose gold, jongkong emas dan syiling emas juga diterima.

Dengan tempoh pembiayaan sehingga 18 bulan bagi menebus barang kemas yang telah dicagarkan dan kadar keuntungan pembiayaan serendah 1% sebulan, ArRahnukita menawarkan margin pembiayaan sehingga 80% dari nilai emas atau sehingga RM150,000 (mana yang lebih rendah).  

Untuk promosi terkini dan kadar emas terkini daripada ArRahnukita, ikuti akaun media sosial @ArRahnukita di Facebook dan Instagram atau boleh terus hubungi hotline ArRahnukita di talian +603-90559839 untuk sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ArRahnukita.


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.