Skip to main
Logo Malaysiakini

BOOST: Mencipta Saluran Untuk Memacu Kemajuan PMKS

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Boost bermula sebagai sebuah syarikat eDompet pada 2017 yang menyediakan kaedah pembayaran digital di Malaysia. Kini, syarikat teknologi kewangan yang diasaskan di dalam negara ini telah berkembang maju kepada penyedia teknologi kewangan spektrum penuh serantau yang terkemuka di Asia Tenggara dengan menyediakan perkhidmatan kewangan tergabung yang meliputi pembayaran, pembiayaan mikro, insurans mikro, ekosistem pembayaran rentas sempadan dan penyelesaian perniagaan untuk memudahkan urusan kewangan pelanggannya. 

Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost

Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost berkata, “Boost mempunyai lima entiti berbeza – Boost Life, Boost Biz, Boost Credit, Boost Connect dan Boost Indonesia, yang memenuhi keperluan segmen yang kurang dan tidak diberi perhatian, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Perniagaan-perniagaan tersebut telah berkembang secara berasingan dalam tempoh empat tahun lepas, dan disepadukan di bawah satu bumbung pada satu setengah tahun lepas. 

“Langkah ini menjadikan kami salah satu daripada sebilangan kecil syarikat teknologi kewangan yang menawarkan penyelesaian bagi pembayaran pengguna, perkhidmatan untuk peniaga, pinjaman bagi perniagaan kecil dan juga perkhidmatan kiriman bagi syarikat,” tambah Abeykoon. Dengan kejayaan memperolehi lesen perbankan digital, konsortium perbankan digital Boost-RHB mencapai mercu jaya penting sebagai satu daripada lima penerima lesen di negara ini. Pencapaian ini sekali gus mendekatkan Boost dengan cita-cita mutlaknya dalam segmen perbankan dengan matlamat mempelopori inovasi dan menyediakan capaian digital lebih luas demi menyediakan keterangkuman kewangan dalam segmen yang kurang dan tidak diberi perhatian. 

Dalam kunjungan ke premis peniaga di Pulau Pinang, Sheyantha menyatakan bahawa Boost telah menjalin hubungan erat dengan PMKS Malaysia berlandaskan kepercayaan dan ketelusan. Menerusi usaha ini, Boost memberi peluang kepada PMKS yang tiada sejarah kredit biasa untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan mikro kos rendah secara pantas dan mudah berasaskan data transaksi, yang digunakan sebagai penilaian awal untuk memberikan mereka kemudahan pinjaman tanpa memerlukan sebarang cagaran atau penjamin. 

“Kami telah memperkasakan beribu-ribu PMKS tempatan dari segi kewangan menerusi penyelesaian pembiayaan mikro kami. Pinjaman bernilai kira-kira RM1 bilion di Malaysia telah diberikan dalam tempoh empat tahun lalu dengan sejumlah besar disalurkan kepada PMKS sepanjang 24 bulan lepas. Sebagai sebuah platform digital, Boost boleh memberikan pinjaman serendah RM1,000 sehingga RM20,000 kepada setiap peniaga,” ujar Sheyantha.

Sheyantha juga mengulas bahawa memandangkan lebih daripada 40 peratus peniaga Boost yang mendapat pembiayaan mikro tidak pernah mengambil pinjaman sebelum ini, Maka Boost telah menawarkan PMKS talian hayat untuk membantu mereka terus beroperasi sepanjang pandemik, Malah, tahap pinjaman tidak berbayar syarikat kekal rendah pada tahap dua hingga tiga peratus. 

Pandemik Covid-19 telah mengubah sama sekali cara perniagaan beroperasi dan paling penting, ia telah mempercepatkan transformasi digital dunia. Dalam suasana luar biasa ini, Boost melancarkan kemudahan yang dinamakan Boost Business Payment Link di bawah Boost Biz, yang membolehkan peniaga mengutip dan mendapat balik bayaran daripada pelanggan menerusi pautan yang boleh dikongsi menerusi SMS atau WhatsApp. 

Setakat 2022, Boost Biz mempunyai hampir 500,000 titik urusan  di seluruh negara, yang meningkat empat kali ganda semasa pandemik, dan lebih daripada 35,000 titik urusan di Pulau Pinang. Menerusi kerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk melaksanakan peralihan lancar daripada transaksi luar talian kepada dalam talian, Boost telah mendaftarkan lebih daripada 45,000 peniaga PMKS pada 2020 – 2021, dengan kira-kira 12% daripada perniagaan tersebut dari Pulau Pinang. 

Eric Chong, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Biz, berkata, “Dengan termeterainya memorandum persefahaman antara Boost dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) pada September 2021, satu proses yang mudah dan ringkas kini disediakan untuk peniaga membayar sewa gerai, kompaun letak kereta dan cukai taksiran menerusi aplikasi Boost.”

Mengulas lanjut tentang para peniaga di Pulau Pinang, Chong berkata Boost sudah lama bekerjasama dengan perniagaan runcit yang diasaskan 62 tahun lalu di Pulau Pinang, yang dinamakan Sunshine Wholesale Mart Sdn Bhd. Selain daripada menawarkan penyelesaian pembayaran bagi pembeli, Boost juga telah membantu mereka menyelaraskan elaun kakitangan menerusi aplikasi Boost. 

Cynthia Hwang, Ketua Pegawai Eksekutif Sunshine Wholesale Mart Sdn Bhd

Ketua Pegawai Eksekutif Sunshine, Cynthia Hwang, berkata “Kerjasama dengan Boost telah membolehkan syarikat kami membayar pelarasan kos sara hidup (COLA) sebanyak RM250 menerusi aplikasi Boost, lantas mengurangkan urusan kertas yang perlu dikendalikan oleh Jabatan Sumber Manusia kami memandangkan sebelum ini kami menggunakan baucar fizikal.”  

Sementara itu, restoran nasi kandar tertua di negara ini, Hameediyah, menerima pakai transaksi digital untuk memastikan restoran berusia 115 tahun ini bersedia untuk menyahut cabaran masa depan menerusi kerjasama dengan Boost untuk kekal di hadapan dalam dunia tanpa tunai. Pengarah Operasi, Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim, berkata “Boost telah banyak membantu perniagaan kami, lebih-lebih lagi pelanggan masa kini lebih suka menggunakan kaedah tanpa tunai.”

Dalam misi memberi perkhidmatan kepada kumpulan kurang dan tidak diberi perhatian, Boost akan terus menggalakkan keterangkuman digital dan pemerkasaan kewangan dengan melancarkan lebih banyak penyelesaian kewangan untuk peniaga yang merapatkan jurang kredit bagi perusahaan-perusahaan kecil. 

Peniaga yang berminat untuk mendigitalisasikan perniagaan mereka, boleh klik di sini untuk mendaftar sebagai peniaga Boost.


Kandungan ini disediakan oleh BOOST Malaysia.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.