Skip to main
Logo Malaysiakini

LengQuas tawar hadiah bernilai sehingga RM30,000 kepada ejen dan pengedar

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Masyarakat kini mula menyedari bahawa mencari pendapatan sampingan mampu membantu untuk menampung perbelanjaan isi rumah berikutan gaji perkerjaan hakiki yang tidak mencukupi. Menyedari hakikat ini, LengQuas yang merupakan sebuah jenama di bawah Koperasi Kakitangan PETRONAS (KOPETRO) Berhad telah melancarkan kempen Beli & Menang bagi menggalak jualan ejen dan pengedar.

Berlangsung sejak 15 Julai 2022 yang lalu, kempen Beli & Menang menawarkan pelbagai hadiah lumayan berjenama Xiaomi bernilai lebih RM30,000. Setiap bulan seramai 5 ejen yang membuat pembelian produk sekurang-kurangnya 10 karton bakal dicabut sebagai pemenang manakala 5 orang pengedar yang membuat pembelian produk sekurang kurangnya 100 karton akan dicabut sebagai pemenang. Selain itu, 3 ejen dan 3 pengedar dengan jumlah jualan tertinggi sepanjang kempen berlangsung akan memenangi hadiah utama yang bakal diumumkan setelah kempen tamat pada 31 Oktober nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah menyeru lebih ramai individu yang berminat untuk menjana pendapatan tambahan bersama LengQuas untuk turut sama mendaftar menjadi ejen dan pengedar terutamanya ketika kempen ini sedang berjalan.

“Anda bukan sahaja mendapat komisen hasil jualan anda tetapi juga berpeluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan istimewa sepanjang kempen Beli & Menang ini. Bukan itu sahaja, kami juga turut menyediakan latihan dan bimbingan kepada ejen dan pengedar yang memerlukan khidmat tersebut sepanjang penglibatan mereka sebagai ejen jualan LengQuas,” kata Ahmad Shakir.  

Tambah Ahmad Shakir lagi, hari ini LengQuas telah mempunyai seramai 800 ejen jualan berdaftar di seluruh Malaysia dan kami menyasarkan peningkatan sehingga 1,500 ejen dan pengedar bagi tahun 2022. Kami juga yakin dan optimis bahawa sasaran ini dapat dicapai pada tahun ini dan sekaligus dapat membuka peluang perniagaan kepada mereka yang ingin memfokuskan kepada produk makanan sejuk beku seperti LengQuas.

Mempunyai 10 pilihan menu berasaskan makanan sejuk beku, jenama LengQuas kini telah mendapat tempat di hati para peminat. Antara menu LengQuas adalah Daging Masak Hitam, Paru Goreng Berlada, Ayam Masak Hitam dan Daging Dendeng. 

Selain itu, produk berasaskan nasi juga boleh didapati antaranya Nasi Briyani Ayam Merah, Nasi Hujan Panas, Nasi Daging Masak Hitam dan Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis. 

Bagi orang ramai yang berminat untuk mendaftar menjadi ejen atau pengedar LengQuas, anda boleh menghubungi talian hotline LengQuas di talian 017-319 5764. Ikuti akaun media sosial @lengquas.official di Facebook dan Instagram untuk perkembangan terkini.


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.