Skip to main
Logo Malaysiakini

Allianz Care@Home menambahkan perkhidmatan untuk menampung penyakit baharu yang layak

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Allianz Care@Home telah memperkenalkan dua penyakit baharu dibawah perlindungannya, selulitis dan gastroenteritis, dengan kerjasama Speedoc. Allianz Care@Home ialah perkhidmatan pemantauan perubatan dan eksklusif yang ditawarkan oleh Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life). 

Ini adalah tambahan kepada perlindungan untuk denggi dan COVID-19 (Kategori 3, 4 dan 5) yang telah disediakan oleh Allianz Care@Home untuk pelanggan individu Penghospitalan & Pembedahan Allianz Life* (H&S) sejak dilancarkan pada Oktober tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life, Charles Ong, berkata Allianz Care@Home adalah sebahagian daripada misi Syarikat untuk menjadi rakan kongsi kesihatan pelanggannya dalam memberikan kecemerlangan perkhidmatan di luar perlindungan untuk keyakinan yang lebih kukuh pada hari esok.

“Kami menyediakan akses penjagaan kesihatan yang lebih baik serta kemudahan untuk pelanggan kami yang akan membolehkan mereka mengelak kerumitan kemasukan ke hospital untuk penyakit yang layak.

"Selain menggalakkan pemulihan yang lebih cepat dalam keselesaan rumah mereka sendiri, mendapatkan bantuan perubatan dari rumah juga boleh mengurangkan risiko penularan penyakit bawaan udara di hospital," kata Charles.

Perkhidmatan pemantauan rumah eksklusif yang disediakan oleh Speedoc untuk empat penyakit layak yang disebutkan di atas, termasuk lawatan ke rumah oleh doktor dan jururawat; rawatan perubatan, terapi atau sokongan; talian bantuan 24/7; sediakan surat rujukan/nota ringkasan kepada pusat perkhidmatan perubatan, membantu dengan kemasukan hospital dan pengaturan ambulans.

Sebagai perintis dalam perkhidmatan perubatan berasaskan rumah di pasaran, Allianz Care@Home menyediakan sokongan penjagaan kesihatan yang amat diperlukan ketika peningkatan semula kes COVID-19 di negara ini.

Pada pertengahan Julai, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kemasukan hospital bagi pesakit COVID-19 Kategori 1 dan 2 meningkat sebanyak 14 peratus manakala Kategori 3, 4 dan 5 meningkat sebanyak 17 peratus.

Selain itu, sistem penjagaan kesihatan negara kini tertumpu dan menjurus kepada jangkaan kenaikan kes denggi. Data yang dikeluarkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Balas Krisis Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa kes denggi biasanya mula meningkat pada bulan Mei dan akan meningkat selepas monsun pada bulan Julai dan Ogos. 

“Dengan jangkaan peningkatan kes denggi, Allianz Care@Home memberikan pelanggan kami jaminan dan ketenangan fikiran dengan mempunyai pilihan untuk menerima rawatan perubatan profesional terbaik dalam keselesaan rumah dan tidak perlu menunggu kemasukan ke hospital. 

"Bukan itu sahaja, pesakit yang didiagnosis dengan selulitis dan gastroenteritis juga boleh memanfaatkan penjagaan perubatan rumah profesional Allianz Care@Home dengan mendapatkan bantuan perubatan di rumah kerana kebanyakan kes ini boleh diuruskan sebagai pesakit luar," kata Charles. 

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Speedoc, Dr Shravan Verma berkata, “Allianz dan Speedoc menjadi perintis dalam membentuk landskap penjagaan kesihatan baharu di mana pesakit boleh memilih untuk pulih dari rumah dan bukannya hospital. Speedoc teruja untuk berada di barisan hadapan dalam memajukan penjagaan kesihatan melangkaui zaman semasa.” 

Allianz Care@Home kini boleh didapati di Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Liputan perkhidmatan akan diperluaskan ke lebih banyak negeri tidak lama lagi. 

Untuk meminta perkhidmatan tersebut, pelanggan Allianz Life H&S boleh menghubungi Speedoc di talian +6011 4166 1178. 

Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan tambah nilai Allianz Care@Home eksklusif, sila hubungi ejen Allianz Life kami atau layari https://www.allianz.com.my/careathome.

*Tertakluk pada terma dan syarat


Kandungan ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.