Skip to main
Logo Malaysiakini

Allianz Malaysia umumkan keputusan Q2 2022

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Kumpulan Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) mengumumkan keputusan bagi suku kedua 2022. Kumpulan itu merekodkan sejumlah RM3.07 bilion dalam Premium Bertulis Kasar (GWP) dalam tempoh enam bulan pertama 2022, peningkatan 10.4 peratus berbanding RM2.78 bilion yang dicapai dalam tempoh yang sama pada 2021. Jumlah Aset Kumpulan meningkat sebanyak 6.5 peratus kepada RM23.73 bilion pada Jun 2022 berbanding RM22.29 bilion yang direkodkan tahun lepas. Keuntungan Sebelum Cukai susut 1.2 peratus kepada RM270.4 juta pada separuh pertama tahun ini, berbanding RM273.7 juta yang dicapai dalam tempoh yang sama pada 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Sean Wang, berkata: “Allianz Malaysia mencapai keputusan yang berdaya tahan untuk separuh pertama 2022. Anak syarikat insurans am dan hayat terus mengatasi prestasi pasaran, mencatat pertumbuhan stabil dalam GWP walaupun dalam keadaan pasaran yang sukar. Walaupun ekonomi Malaysia bersedia untuk meneruskan trajektori menaik, tekanan dari luar boleh mencetuskan persekitaran perniagaan yang mencabar untuk enam bulan akan datang. Namun begitu, Kumpulan tetap fokus untuk memastikan perlindungan sosial yang mencukupi untuk kumpulan berpendapatan rendah melalui penawaran produknya di bawah Program Perlindungan Tenang kerajaan serta menggunakan strategi yang membolehkan kami menjangka arah aliran dan memanfaatkan peluang untuk memperoleh pertumbuhan dan terus mengatasi prestasi pasaran.”

Allianz General memperolehi pertumbuhan dua peratusan angka dalam GWP dan hasil pengunderaitan

Anak syarikat insurans am Allianz Malaysia; Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) mencatatkan RM1.35 bilion GWP pada separuh pertama 2022, meningkat 13.2 peratus daripada RM1.19 bilion pada 2021. Keputusan Pengunderaitan meningkat 21.0 peratus kepada RM144.9 juta pada tahun separuh pertama tahun ini daripada RM119.8 juta pada separuh pertama 2021 manakala Keuntungan Sebelum Cukai meningkat 5.4 peratus kepada RM218.9 juta dalam enam bulan pertama 2022 daripada RM207.6 juta pada tahun sebelumnya. Jumlah Aset meningkat 4.2 peratus kepada RM7.40 bilion pada Jun 2022 daripada RM7.10 bilion pada tahun sebelumnya. Nisbah Gabungan Allianz General merekodkan peningkatan 86.9 peratus pada separuh pertama 2022 berbanding 88.9 peratus dalam tempoh yang sama pada 2021. Menurut laporan prestasi pasaran ISM Insurance Services Malaysia Berhad (ISM), Allianz General menduduki tempat pertama dalam kalangan industri insurans am, menguasai 13.4 peratus bahagian pasaran pada separuh pertama 2022.

“Berdasarkan momentum yang dijana daripada pembukaan ekonomi Malaysia pada September tahun lepas, Allianz General terus memanfaatkan permintaan kukuh dalam jualan kereta, dengan bukti jualan sebanyak 331,386-unit pada separuh pertama 2022, disokong oleh jualan kerajaan dan pengecualian cukai perkhidmatan (SST) sehingga 30 Jun tahun ini. Allianz General mencatatkan premium yang lebih tinggi untuk insurans motor walaupun tuntutan motor telah kembali kepada nombor pra-pandemik manakala keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi didorong terutamanya oleh peningkatan dalam keuntungan pengunderaitan dan perbelanjaan pengurusan yang lebih rendah. Tumpuan kami dalam beberapa bulan akan datang adalah untuk mengembangkan keupayaan pengedaran kami, memacu usaha kecemerlangan teknikal dan meningkatkan pengalaman pelanggan melalui kecemerlangan perkhidmatan dalam semua bidang termasuk bantuan kemalangan motor Allianz Road Rangers kami di seluruh negara,” kata Sean, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General.

Allianz Life mencatat RM1.72 bilion GWP yang berdaya tahan 

Anak syarikat insurans hayat Kumpulan; Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) merekodkan peningkatan 8.2 peratus dalam GWP kepada RM1.72 bilion pada separuh pertama 2022 daripada RM1.59 bilion pada 2021. Premium Perniagaan Baharu (ANP) menurun sebanyak 3.2 peratus kepada jumlah keseluruhan RM303.0 juta pada separuh pertama 2022 dengan prestasi yang lebih baik daripada industri insurans hayat, yang melaporkan pengurangan 7.0 peratus. Keuntungan Sebelum Cukai berada pada RM76.0 juta dalam enam bulan pertama tahun ini, sebahagian besarnya sejajar dengan RM76.7 juta yang dicapai pada 2021, hasil daripada Keuntungan Teras yang lebih tinggi dan mengimbangi kesan kadar faedah yang lebih tinggi ke atas Nilai Saksama pelaburannya. Jumlah Aset meningkat 6.4 peratus kepada RM15.70 bilion pada Jun 2022 berbanding RM14.76 bilion pada 2021 terutamanya disebabkan oleh kerugian nilai saksama yang lebih tinggi ke atas pelaburan akibat kadar faedah yang lebih tinggi. Berdasarkan statistik Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) bagi Januari hingga Jun 2022, Allianz Life memegang kedudukan kelima dalam kalangan hayat pemain industri insurans dan menguasai 9.4 peratus bahagian pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life, Charles Ong, berkata: “Industri insurans hayat terus bergelut dengan perubahan sentimen pengguna pada separuh pertama tahun ini apabila keyakinan pasca COVID-19 dan pemulihan dalam perbelanjaan pengguna menyaksikan perubahan keutamaan kerana rakyat Malaysia mengutamakan pembelian jangka pendek untuk keperluan gaya hidup dan perjalanan, berbanding dengan insurans hayat. Walau bagaimanapun, kami menjangkakan trend ini akan berkurangan apabila kami melangkah ke separuh kedua tahun ini. Allianz Life akan bersedia untuk memanfaatkan pelancaran produk baharu kami dan terus fokus pada mengutamakan keperluan pelanggan melalui perkhidmatan yang dipertingkatkan dan pengalaman tuntutan pelanggan.”

Allianz memperbaharui kerjasama strategik bankasurans dengan HSBC di Asia

Allianz Asia Pacific (Allianz) dan The HongKong and Shanghai Banking Corporation Limited (HSBC) mengumumkan lanjutan 15 tahun bagi perjanjian pengedaran bankasurans eksklusif, meliputi pasaran utama di Asia(1) termasuk Malaysia.

Sejak 2012, perkongsian strategik antara Allianz dan HSBC di Asia Pasifik telah membentuk perniagaan bankasurans yang kukuh dan berdaya tahan di seluruh rantau yang kini akan berlanjutan hingga 2036. HSBC akan terus mengedarkan produk insurans Allianz dalam bidang perlindungan, pendidikan, persaraan, kekayaan dan keperluan warisan di rantau ini.

Allianz Life telah menjadi rakan kongsi bankasurans eksklusif HSBC sejak 2012, manakala Allianz General telah bekerjasama dengan HSBC secara bukan eksklusif sejak 2018. Dengan lanjutan itu, Allianz Life dan Allianz General, kedua-dua anak syarikat syarikat induk pelaburan Allianz Malaysia akan menjadi rakan kongsi bankasurans eksklusif untuk HSBC dalam kedua-dua insurans hayat dan bukan hayat di Malaysia.


(1): Tertakluk pada kelulusan yang diperlukan, eksklusif untuk Insurans Hayat di Indonesia, Malaysia, Filipina, Sri Lanka, Taiwan dan Bukan Hayat di Malaysia dan Sri Lanka. China akan berasaskan Perkongsian Pilihan.


Kandungan ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.