Skip to main
Logo Malaysiakini

Toyota meraikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan sentuhan muzik video unik dan tawaran hebat

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) menghasilkan filem pendek menyentuh hati yang boleh ditonton di sini.

Dengan tajuk ‘Pewaris Harapan Negara’, filem pendek ini memaparkan semangat rakyat Malaysia  untuk mencetuskan impak positif, di mana UMW Toyota menzahirkan komitmennya dalam  menjamin kebahagiaan untuk semua. Filem pendek ini turut menampilkan anak-anak kakitangan  UMW Toyota yang mewakili generasi masa hadapan. Nyanyian lagu patriotic malar segar  “Sejahtera Malaysia” turut memaparkan bagaimana rakyat Malaysia melakukan perkara luar biasa  untuk kebaikan komuniti. 

“Filem ini melakarkan penghormatan kami terhadap Malaysia dan rakyatnya yang penuh  bersemangat dan positif. Ia didedikasikan kepada semua rakyat Malaysia yang suka apa yang  mereka lakukan, dan melaksanakan perkara yang mereka sukai, membawa kepada kemajuan untuk  semua,” kata Ravindran K, Presiden UMW Toyota Motor. 

“Kami berbangga kerana selama ini kami telah berkembang sejajar dengan pembangunan negara  dan berkhidmat kepada rakyat menerusi penawaran produk serta perkhidmatan bagi memastikan  pembaharuan dan memacu ke arah menawarkan kemudahan yang terbaik. Kami ingin  mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia.”  tambahnya. 

Bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia serta memenuhi kehendak rakyat  Malaysia untuk fleksibiliti dalam pengalaman pemilikan kenderaan Toyota, UMW Toyota akan  menawarkan penjimatan dan tawaran hebat di semua bilik pameran di seluruh negara pada 10 dan  11 September 2022.

Bakal pemilik kenderaan Toyota boleh meluangkan masa hujung minggu dengan memandu uji  model Toyota seperti Vios, Yaris, Corolla Cross, serta model yang lain dan membuat pilihan  berdasarkan gaya hidup mereka serta membawa pulang pelbagai hadiah percuma (sementara stok  masih ada). 

Pelanggan juga boleh mengalami pengalaman bagaimana Toyota menawarkan “Extra Mile”  menerusi khidmat jualan dan selepas jualan yang komprehensif dalam pemilikan kenderaan.  Nikmati promosi perkhidmatan selepas jualan dari 22 Ogos - 30 September 2022, termasuk  tawaran istimewa pembelian tayar, diskaun 15% alat ganti terpilih, dan e-baucar bernilai RM50  untuk setiap pembelian Toyota Service Savers. 

Selain menyediakan Pengalaman Berkualiti Toyota dalam setiap aspek kepada pemilik kenderaan, bakal pembeli boleh menikmati pakej insurans kewangan terbaik, program Loyal-T, aplikasi mudah  alih Bantuan Jalanan 24Seven Toyota, dan servis berkualiti tinggi dengan alat ganti tulen bagi  memastikan keseronokan pemanduan dan perjalanan bersama Toyota. 

Cepat! Jangan lepaskan peluang untuk menikmati semua tawaran hebat September ini. Untuk  maklumat lanjut, layari toyota.com.my atau hubungi talian percuma Toyota 1- 800-8-TOYOTA  (869682). 

* Kadar faedah mungkin berbeza bergantung kepada jumlah dan tempoh pinjaman yang dipilih.  Hanya tertakluk kepada institusi kewangan terpilih. 

* Terma dan syarat tertakluk untuk promosi selepas jualan yang sah dari 22 Ogos - 30 September  2022. Sila rujuk Penasihat Perkhidmatan kami untuk maklumat lanjut.


Kandungan ini disediakan oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.