Skip to main
Logo Malaysiakini

UEM Sunrise memupuk nilai inklusif sempena bulan kebangsaan

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

UEM Sunrise Berhad (“UEM Sunrise” atau “Syarikat”), salah satu pemaju hartanah terkemuka di Malaysia, melancarkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan tema kempen “Inspiring Malaysia” sebagai memberi penghormatan dan meraikan rakyat Malaysia yang sentiasa kekal menjadi dan memberi inspirasi. 

UEM Sunrise bermatlamat untuk memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi kempen “Inspiring Malaysia” yang berkisar tentang masyarakat Malaysia sebagai sumber inspirasi dalam pembentukan komuniti inklusif.

Tema kempen kami juga selaras dengan intipati kemerdekaan yang berteraskan transformasi – titik permulaan yang penting bagi negara dan seluruh warganegara Malaysia dalam penubuhan negara.  

Sehubungan dengan itu, UEM Sunrise juga telah memulakan usaha-usaha transformasi Syarikat dengan menjadikan pelan pemulihan tiga serampang kami sebuah kenyataan. Kini kami berada dalam tempoh ‘Triage’ di mana kami memberi tumpuan terhadap pelancaran projek serta mengutamakan dan mencari penyelesaian bagi isu yang memerlukan perhatian.

“Sebagai sebuah pemaju hartanah yang membangun bersama rakyat Malaysia, kami sentiasa memperoleh inspirasi daripada nilai, semangat dan pencapaian – pencapaian hebat daripada masyarakat berbilang kaum, latar belakang dan budaya.  Ini menjadi dorongan kami untuk melakukan yang terbaik buat para pelanggan dan komuniti kami setiap hari dengan mencipta dan mengubah ruang dan tempat yang mampu menyemai nilai inklusif. Berpegang pada idea bahawa tiada diskriminasi dalam sesebuah reka bentuk, kami bermatlamat untuk mewujudkan ruang yang memupuk interaksi, kerjasama dan persefahaman antara satu sama lain,” kata Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise Sufian Abdullah.

Bagi bulan Ogos, UEM Sunrise melancarkan kempen Hari Kebangsaan bersama-sama dengan pelbagai komuniti termasuk pelajar-pelajar dari sekolah angkatnya. Antara sekolah-sekolah angkatnya yang telah menyertai kempen ini adalah  Sekolah Kebangsaan Medini di Johor dan Sekolah Kebangsaan Kiaramas di Kuala Lumpur, melalui kolaborasi  persembahan nyanyian lagu patriotik  “Saya Anak Malaysia” yang telah diberi nafas baru. 

Di samping memperkukuhkan hubungan Syarikat dengan sekolah angkatnya, kolaborasi  tersebut juga bertujuan untuk menggalakkan semangat patriotisme pada Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ini, sekaligus  menerapkan   identiti kebangsaan Malaysia serta meyemarakkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia.  

“Penerapan nilai patriotisme merangkumi pelbagai aspek, termasuk menunjukkan rasa  hormat antara satu sama lain, bersikap  positif dan menghargai sesebuah budaya yang unik. Bersandarkan harapan bahawa pelajar-pelajar  ini akan menjadi warganegara yang aktif dan juga bakal pemimpin masa depan, kami ingin mereka menjiwai sifat perpaduan dan kebersamaan  pada bulan ini.

Selaras dengan nilai CHIEF kami yang berteraskan prinsip “Caring, Honest, Involved, Enthusiastic, Fun-loving” dan juga slogan “Menuju Bahagia” UEM Sunrise,  kami terus berusaha untuk menginsipirasikan kebahagiaan dan kegembiraan untuk semua. Aspirasi kempen kami yang berlandaskan nilai inklusif merupakan elemen penting bagi masyarakat  Malaysia.  Kami  berharap agar mesej ini dapat disampaikan kepada para pelajar dan seluruh rakyat Malaysia,” tambahnya lagi.

Ruang niaga kreatif UEM Sunrise iaitu Publika Shopping Gallery (Publika) akan  mempromosikan identiti kebangsaan dan memupuk komuniti inklusif dengan menampilkan penggiat seni tempatan Aimman Hafizal bersama pelbagai komuniti menerusi aktiviti seni lukis secara langsung.  Publika turut mengumpulkan usahawan tempatan yang menjual kraf tangan tempatan, makanan, pakaian, dan sebagainya dalam “Bazaar Merdeka!”, sebuah bazar bertemakan identiti Malaysia dari 24 Ogos sehingga 4 September 2022. Selain itu, dengan berbelanja RM 300 ke atas, para pelanggan juga boleh menebus hadiah istimewa di Publika sementara stok masih ada.

Sejajar dengan sambutan kemerdekaan yang ke-65, UEM Sunrise telah menyediakan pelbagai tawaran istimewa sepanjang bulan ini, termasuk rebat yang menarik, hadiah, dan manfaat-manfaat yang lain. Antara pembangunan yang dipromosikan termasuk Allevia Mont’Kiara, KAIA Heights Equine, dan Residensi AVA di Lembah Klang; Estuari Gardens, Teega Residences, dan Impiana di Johor; serta Begonia, Broadhill dan Arden Hill di Forest Heights, Seremban.

Layari http://www.uemsunrise.com/highlights/happenings/inspiring-malaysia untuk maklumat lanjut mengenai kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia UEM Sunrise.


Kandungan ini disediakan oleh UEM Sunrise Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.