Skip to main
Logo Malaysiakini

PerlindunganKu Allianz4All kini di pasaran

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) secara rasminya telah melancarkan PerlindunganKu Allianz4All, sebuah insurans kemalangan peribadi mampu milik yang juga boleh ditebus dibawah Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) oleh kerajaan. 

PerlindunganKu Allianz4All menawarkan dua pelan perlindungan – Pelan 1 (RM50) menawarkan perlindungan Kematian atau Kecatatan Kekal akibat Kemalangan sehingga RM20,000 dan Pendapatan Hospital* harian RM50, setiap hari, sehingga 30 hari setiap tahun, sementara Pelan 2 (RM75) menawarkan perlindungan Kematian atau Kecatatan Kekal akibat Kemalangan sehingga RM25,000 dan Pendapatan Hospital* harian RM100 setiap hari, sehingga 30 hari setiap tahun. Penerima Bantuan Keluarga Malaysia juga boleh menggunakan peruntukan RM75 dibawah PTV untuk membeli mana-mana pelan PerlindunganKu Allianz4All. 

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad Sean Wang berkata: “Insurans adalah untuk melindungi diri anda dan orang yang tersayang, dan kerana inilah kami mahu menawarkan pilihan perlindungan yang mampu milik, lebih-lebih lagi pada masa ini. Melalui PerlindunganKu Allianz4All, kami boleh memperluaskan penawaran produk kami yang boleh dimanfaatkan lebih ramai orang, dan yang paling penting, ia membolehkan rakyat Malaysia mendapatkan perlindungan yang selayaknya.”

Tambahan pula, pelanggan yang membeli PerlindunganKu Allianz4All juga akan menerima perlindungan COVID-19 secara percuma dibawah Kempen PerlindunganKu COVID-19. Dengan memberikan butiran nombor telefon dan alamat emel mereka apabila membeli PerlindunganKu Allianz4All, pelanggan juga akan menerima Manfaat Kematian RM10,000 untuk kematian akibat COVID-19 atau kesan sampingan vaksin COVID-19 dan Pendapatan Hospital* harian atau RM50 sehari untuk rawatan COVID-19 sehingga maksima 30 hari setiap tahun. 

PerlindunganKu Allianz4All ialah produk pertama Allianz Malaysia dibawah siri Allianz4All Untuk Semua baharunya. Siri produk tersebut akan merangkumi Nilai-Nilai Sejagat untuk memenuhi keperluan semua rakyat Malaysia dan telah distrukturkan selari dengan Prinsip Kewangan Islam dan akan melengkapi produk sedia ada Allianz Malaysia. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Allianz4All Untuk Semua, layari Allianz.com.my/allianz4all. 

*Pendapatan Hospital harian hanya diguna pakai apabila kemasukan ke hospital ialah di Hospital Kerajaan di Malaysia. Manfaat ini tidak diguna pakai untuk kemasukan ke pusat kuarantin atau hospital swasta.


Kandungan ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.