Skip to main
Logo Malaysiakini

KOPETRO anjur Majlis Ramah Mesra meraikan anggota-anggota di Bintulu & Miri

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah menganjurkan sebuah Majlis Ramah Mesra semalam di The Meritz Hotel, Miri bagi meraikan anggota-anggota koperasi tersebut di sana. Selain anggota-anggota koperasi yang terdiri daripada kakitangan syarikat dan anak syarikat PETRONAS, turut menghadiri majlis ramah mesra tersebut adalah Anggota Lembaga Koperasi dan barisan pengurusan KOPETRO. Tetamu telah dihidangkan dengan pelbagai juadah tradisional dan antarabangsa serta dihiburkan dengan pelbagai aktiviti pentas termasuk persembahan buskers dan cabutan hadiah bertuah.

Majlis Ramah Mesra KOPETRO merupakan sebahagian daripada siri jelajah koperasi ini dalam memupuk semangat kesatuan dan mengukuhkan perpaduan antara anggota-anggota koperasi dengan kakitangan serta pengurusan koperasi.

Memetik ucapan pengerusi KOPETRO, Roslan Abdul Rahim, beliau menzahirkan rasa syukur kerana pihaknya berjaya menganjurkan majlis seumpama ini bagi meraikan anggota-anggota KOPETRO di Sarawak.

“Lebih dua tahun kita terpaksa mengawal pergerakkan kita akibat penularan Covid-19 yang berleluasa. Alhamdulillah kini lebih banyak aktiviti yang melibatkan anggota boleh direncanakan bagi menyemarakkan semula semangat kekeluargaan dan mengeratkan lagi jalinan persahabatan yang sedia ada,” ujar Roslan. 

Roslan berharap dengan adanya majlis sebegini, ianya dapat membuka peluang kepada anggota-angota untuk saling mengenali dan bertukar pendapat, di samping berbincang untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan yang ditawarkan KOPETRO.

Selain Miri, KOPETRO turut menjelajah ke Bintulu pada 12 September yang lalu bagi meraikan anggota-anggota mereka di sana. Majlis telah diadakan di Hotel Fairfield, Bintulu dengan kehadiran hampir 200 orang tetamu. KOPETRO bakal menganjurkan sebuah lagi majlis ramah mesra bagi meraikan anggota-anggota mereka di Kota Kinabalu pula pada 20 September 2022 akan datang. 

Ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu, KOPETRO telah dinobatkan sebagai Koperasi Kedua Terbaik bagi seluruh Malaysia. Dianggotai lebih 15,000 kakitangan PETRONAS dan anak syarikatnya. KOPETRO terlibat dalam empat bidang perniagaan utama iaitu Servis Kewangan, Pelancongan dan Perhotelan, Makanan dan Minuman dan juga Perdagangan dan Peruncitan. KOPETRO telah menerima pelbagai anugerah berprestij antaranya adalah anugerah oleh The Brandlaureate bagi kategori SMEs Bestbrands E-Branding Award dan juga Lang International Corporate Titan Awards pada tahun 2020. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai KOPETRO, layari laman sesawang www.kopetro.com.my atau ikut akaun media sosial @kopetroberhad di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.