Penuaan sihat: Warga emas (umur 50 ke atas) harus mengambil protein secukupnya
Seiring dengan peningkatan usia seseorang itu, protein menjadi salah satu nutrien yang sangat penting dan tidak boleh diabaikan. Namun, protein biasanya tidak dilihat sepenting Vitamin C atau Kalsium. Ini kerana protein sering dikaitkan dengan bina badan, bina otot, atlet dan segala topik berkaitan dengan sukan sahaja.
Apabila bermulanya proses penuaan, terutama sekali apabila usia mencecah 50 dan ke atas, protein menjadi salah satu nutrisi harian utama yang perlu diambil secukupnya untuk membantu mengekalkan kualiti kehidupan. Ini kerana pengambilan protein yang secukupnya boleh membantu melengahkan perkembangan Sarcopenia (1), iaitu sindrom kehilangan jisim dan kekuatan otot akibat penuaan.
Jisim dan kekuatan otot amat penting untuk menyokong dan membantu kita menjalani aktiviti harian. Misalnya, aktiviti mudah seperti berjalan kaki menggunakan sebanyak 200 otot bagi setiap langkah diambil. Walaupun pada permulaannya, sindrom kehilangan otot tidak menunjukkan tanda-tanda masalah secara serta-merta yang ketara, namun semakin meningkat usia warga emas, ia boleh menambah risiko jatuh, keretakan tulang dan akhirnya sukar atau tidak lagi mampu bergerak, dan kualiti hidup turut terjejas teruk.
Selain membina dan mengekalkan jisim dan kekuatan otot, protein sebenarnya sangat penting untuk pelbagai fungsi utama badan. Dikenali sebagai “Blok Binaan Asas” untuk penyembuhan dan pemulihan dalam sains kesihatan dan perubatan, asid amino protein diperlukan badan manusia untuk memperbaharui dan memperbaiki sel-sel serta tisu-tisu badan, mengawal pelbagai fungsi metabolik, dan membantu sistem imun dengan menghasilkan sel darah putih, antibodi dan antioksidan (2)
Kurang pengambilan protein dalam jangka masa yang panjang, selain masalah kehilangan otot, ia juga boleh menyebabkan masalah lain seperti kepenatan, rasa lemah, keguguran rambut, kuku rapuh, kulit kering dan kerap dijangkiti penyakit.
Jadi, warga emas perlukan berapa banyak protein?
Jumlah pengambilan protein untuk setiap individu berbeza mengikut umur, berat badan, jantina, status kesihatan dan tahap aktiviti fizikal seseorang.
Namun, sebagai panduan umum, menurut Recommended Nutrient Intake of Malaysia (MRNI), seorang dewasa yang sihat (tanpa penyakit kronik atau kritikal) seharusnya mengambil protein sebanyak 1g bagi setiap kg jumlah berat badan setiap hari.
Ini bermakna, jika berat badan seseorang individu 55kg, maka dia dicadangkan mengambil 55g protein setiap hari. Malahan, sekiranya rutin harian anda melibatkan banyak aktiviti fizikal, maka anda mungkin memerlukan lebih banyak protein.
Warga emas (umur 50 ke atas) pula memerlukan kuantiti protein yang lebih tinggi iaitu sekitar 1.0 hingga 1.2g bagi setiap kg berat badan (3), untuk mengatasi masalah kehilangan otot kronik disebabkan penuaan.
Sumber Makanan Protein
Protein boleh didapati dalam pelbagai sumber makanan haiwan seperti telur, tenusu, ayam, ikan, makanan laut, daging lembu, dan pelbagai jenis daging lain. Untuk diet vegetarian, sumber protein berasakan tumbuhan ada seperti tauhu, tempe, cendawan, kacang kuda, kacang edamame, lentil dan sebagainya.
Namun, semakin usia meningkat, sesetengah warga emas mungkin mengalami kesukaran dari segi pemakanan disebabkan oleh masalah seperti mengunyah dan menelan, gigi palsu, kehilangan selera, masalah penghadaman dan sebagainya yang menghalang warga emas mengambil protein dan nutrisi secukupnya.
Untuk memenuhi keperluan protein seharian secara mudah dan sihat, kita boleh menggunakan supplemen protein berkualiti tinggi: Myotein High Whey Protein sebagaimana pengambilan vitamin atau suplemen untuk mendapatkan khasiat tertentu.
Berasal dari jenama nutrisi klinikal Valens Nutrition, Myotein merupakan satu produk nutrisi protein yang sering digunakan secara meluas oleh para ahli professional kesihatan dan institusi- institusi kesihatan di serantau Asia selama lebih 15 tahun.
Myotein oleh VALENS kerap digunakan oleh pelbagai ahli profesional kesihatan dan hospital serantau Asia lebih daripada 15 tahun, adanya 2 pembungkusan iaitu 300g tin dan pakej kotak 30 sachet.
Diimport dari New Zealand, Myotein High Whey Protein adalah protein whey bioaktif (bioactive whey protein) diperolehi daripada susu lembu segar. Ianya 100% whey bioaktif segar, bebas daripada perisa, bahan pegawet, dan gula tambahan. Protein whey juga adalah sumber protein lengkap yang baik dan sesuai untuk diet vegetarian (kecuali vegan).
Bioactive Whey Protein kaya dengan bahan bioaktif semulajadi (4) seperti immunoglobulin dan laktoferin yang membina dan menyokong sistem imun. Berikut adalah senarai penjana sistem imun yang terdapat di dalam Bioactive Whey Protein:
Immunoglobulin: menyokong sistem imun
Laktoferin: antiviral, antibakteria, antioksidan, antikulat
Laktoperoksida: menyekat perkembangan bakteria
Proteose peptone: mempertingkatkan penghasilan antibody
Beta-laktoglobulin: mengawal tindak balas limfa
Alfa-laktalbumin: mempertingkatkan tindak balas antibody
Dicipta khas untuk melengkapi diet dan bukannya menggantikan tabiat pemakanan sedia ada, Myotein juga bebas daripada bahan perisa. Ini bermakna ia boleh ditambah ke dalam apa-apa minuman pilihan anda seperti kopi, teh, koko, susu, smoothie, oat, bijirin dan sebagainya, tanpa mengubah rasa asal minuman.
Bagi warga emas yang mengambil minuman nutrisi atau minuman pengganti makanan, Myotein boleh ditambahkan ke dalam minuman tersebut untuk meningkatan kandungan protein. Melalui cara ini, pengguna tidak perlu menambahkan hidangan minuman nutrisi jika matlamatnya hanya ingin memperolehi protein tambahan dan ini dapat mengurangkan pengambilan kalori, gula, nutrisi berlebihan.
Myotein kini boleh didapati di farmasi atau kedai ubat seperti Caring, Alpro, Big, AA, Sunway Multicare dan yang lain.
Untuk makluman lanjut, layari laman ini https://myotein.valensnutrition.com/
Artikel ini ditulis oleh Cik Siti Faihah Shamshul, pakar dietetik Persatuan Dietitian Malaysia (MDA).
Nikmati promosi* Hari Ibu Bapa sekarang apabila anda membeli Myotein® di Shopee Mall dengan kod baucar VALEMKPA8 sebelum anda membuat pembayaran (berakhir 30 Jun 2023)!
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Rujukan
Manal A. Naseeb, Stella L. Volpe. Nutrition Research 2017, Vol 40, 1-20. Protein and exercise in the prevention of sarcopenia and aging. ISSN 0271-5317. https://doi.org/10.1016/j.nutres.2017.01.001.
Guoyao Wu. Food Funct 2016, Vol 16. Dietary protein intake and human health. DOI https://doi.org/10.1039/C5FO01530H
Baum, J. I., Kim, I. Y., & Wolfe, R. R. Nutrients 2016, 8(6), 359 Protein Consumption and the Elderly: What Is the Optimal Level of Intake? https://doi.org/10.3390/nu8060359
Geoffrey al. JACN 2007 Vol 26, No.6. Emerging Health Properties of Whey Protein and their Clinical Implications.
Kandungan ini disediakan oleh Pharm-D.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai