Skip to main
Logo Malaysiakini

Nikmati Pulangan Tunai Sehingga RM105, 15 Juta Boost Stars, dan Peluang Memenangi Lawatan 5H4M ke Dubai pada Un5toppable Celebrations Boost

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Kuala Lumpur, 5 Oktober 2022 – Sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia atas sokongan berterusan sepanjang 5 tahun lalu, Boost hari ini melancarkan pelbagai tawaran hebat sempena Un5toppable Celebrations (Sambutan Tanpa Batasan).  Sepanjang bulan Oktober, pengguna akan menikmati penjimatan luar biasa menerusi Birthday Shake Rewards, 5x Surprise Birthday Stars, #UnstoppableCelebrations di Sunway Pyramid, ganjaran pulangan tunai eksklusif, dan banyak lagi. 

Berikut adalah lima tawaran menarik yang boleh dinikmati pada ulang tahun ke-5 Boost: 

  1. Birthday Shake Rewards 

Dianjurkan khas sempena Un5toppable Celebrations, Boost memberikan Birthday Shake Rewards sepanjang bulan Oktober yang menawarkan sehingga lima RM5 kredit Partner Wallet (Dompet Rakan Niaga) bagi setiap pengguna. Jenama rakan niaga yang boleh dinikmati termasuk McDonald’s, KFC, Starbucks, Pizza Hut, Secret Recipe, Golden Screen Cinemas (GSC), Zalora, Watson’s, dan banyak lagi*. 

Untuk mendapatkan kredit Partner Wallet percuma tersebut daripada Birthday Shake Rewards, pengguna Boost hanya perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM10, kemudian memilih ganjaran idaman masing-masing*. Birthday Shake Rewards adalah tambahan kepada ganjaran Boost Stars sedia ada, yang memberikan penjimatan dengan setiap ringgit yang dibelanjakan. Lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak Birthday Shake Rewards dan Boost Stars yang dikumpulkan. 

  1. 5x Surprise Birthday Stars

Setiap hujung minggu dari sekarang sehingga akhir bulan Oktober, pengguna Boost akan menikmati 5x Boost Stars bagi semua transaksi dengan perbelanjaan minimum RM50. Ini bermakna untuk setiap RM1 yang dibelanjakan, pengguna akan mendapat 5 Boost Star dan boleh berjumlah sehingga 1,500 Boost Stars bagi setiap transaksi*. Sila ambil perhatian bahawa promosi ini terhad kepada 5,000 pengguna pertama pada setiap hari yang layak pada Oktober ini* (8, 9, 15, 16, 22, 23, 29, dan 30 Oktober). 

Pengguna juga boleh mendapatkan 2,000 Boost Stars tambahan dengan melengkapkan Missions (Misi) di BoostBills, platform pembayaran bil unik Malaysia yang membolehkan pengguna menyemak, menjejak, dan membayar semua bil sekali gus dari lebih 50 pembekal perkhidmatan, termasuk Tenaga Nasional Berhad, Astro, Celcom, Digi , Air Selangor, dan banyak lagi*. Boost Stars yang dikumpulkan boleh digunakan untuk mengurangkan perbelanjaan dengan penjimatan sehingga RM10 bagi setiap bil menggunakan fungsi Pay With Stars (Bayar Dengan Bintang) di Boost. 

  1. Pengalaman Sekali Seumur Hidup melalui BoostUP Rewards Catalogue

Hanya pada bulan istimewa ini, Boost akan memberikan peluang kepada peminat bola sepak untuk merealisasikan impian anda melalui ganjaran lawatan percuma 5-hari-4-malam (5H4M) ke Dubai untuk menonton Ultimate Game di Qatar.

Untuk berpeluang memenangi ganjaran tersebut, pengguna hanya perlu menggunakan Boost Stars yang dikumpul untuk membeli entries (penyertaan) melalui fungsi Pick & Win di BoostUP Rewards Catalogue (Katalog Ganjaran BoostUP)*. Bukan itu sahaja, ganjaran lain yang ditawarkan termasuk iPhone 14 Pro, Macbook Pro 13’’, Xiaomi Watch S1, papan kekunci Razer Blackwidow V3 Pro, pembersih udara Dyson, dan banyak lagi*.

  1. Pulangan Tunai dan Baucar Diskaun

Khas untuk semua kaki beli-belah dalam talian yang membayar dengan Boost, anda akan dapat memaksimumkan penjimatan anda. Boost mempunyai pulangan tunai sehingga RM5 untuk semua penghantaran di foodpanda yang setiap pengguna boleh menebus dua kali bulan ini. Pengguna juga boleh mengumpul baucar yang menawarkan diskaun sehingga RM20 apabila membuat pembayaran dengan Boost di Lazada, serta penjimatan sehingga 10% apabila pengguna membeli baucar diskaun Shopee di aplikasi Boost*.

Bersedia untuk menerima pulangan tunai yang berlimpah apabila anda membeli-belah di kedai juga. Nikmati pulangan tunai sehingga RM5 apabila anda membeli-belah di mana-mana cawangan Lotus’s dan MYDIN di seluruh negara menggunakan Boost. Anda juga boleh menerima pulangan tunai RM15 apabila membayar dengan Boost di Parkson dan pulangan tunai RM25 di Fitness Concept*.

  1. Acara #UnstoppableCelebrations di Sunway Pyramid

Sertai acara #UnstoppableCelebrations Boost di Sunway Pyramid yang berlangsung dari 8 hingga 23 Oktober. Terdapat pelbagai aktiviti seronok bagi seisi keluarga, termasuk permainan untuk memenangi Partner Wallet kredit Sunway Pyramid yang bernilai RM5 dan banyak lagi*. Jangan lepaskan peluang!

Pengguna Boost boleh menikmati semua ganjaran Un5toppable Celebrations ini dengan melayari: https://myboost.app.link/BoostUn5toppableCelebrations 

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Mengenai Boost 

Boost ialah syarikat teknologi kewangan spektrum penuh serantau Axiata yang memperkasakan kewangan berjuta-juta pengguna dan peniaga, di 7 negara Asia Tenggara. Menerusi ekosistem menyeluruh yang kian berkembang meliputi aplikasi teknologi kewangan pengguna, penyelesaian peniaga, perniagaan pembiayaan berasaskan AI, dan juga platform pembayaran rentas sempadan, Boost terus merintis jalan bagi pertumbuhan tidak terhalang dan keterangkuman kewangan lebih tinggi menerusi kuasa teknologi dan kecerdasan buatan (AI). ‘Be Unstoppable’ dengan Boost, akses mudah anda kepada perkhidmatan kewangan digital dalam satu platform fintech yang berkuasa. 

Pengguna boleh memuat turun Boost daripada Google Play Store, App Store atau HUAWEI AppGallery. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web www.myboost.com.my, bilik berita (https://bit.ly/MyBoostNewsroom), atau ikuti perkembangan Boost di Facebook (https://bit.ly/MyBoostAppFacebook) dan Instagram (https://bit.ly/MyBoostAppInstagram).


Kandungan ini disediakan oleh BOOST.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.