Skip to main
Logo Malaysiakini

Ultra Heroes datang ke Malaysia: Bersedia untuk menyaksikan aksi mengujakan!

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Malaysia menjadi tuan rumah kepada Jelajah Asia Tenggara Ultra Heroes (ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA) dari 10 hingga 27 November 2022 di Paradigm Mall, Petaling Jaya.

Acara ini dibawakan kepada anda oleh Bandai Spirits Co. Ltd. dengan kerjasama Bandai Namco Asia Co Ltd di bawah naungan jenamanya, Tamashii Nations. Dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan, Jelajah Figura ULTRAMAN (ULTRAMAN Figure Tour) pasti akan menambat imaginasi para peminat ULTRAMAN, kebanyakan yang membesar menonton siri aksi ikonik dari Jepun ini.

ULTRAMAN DECKER

Pengunjung acara ini akan menjadi antara yang pertama menemui ULTRAMAN DECKER, terbitan terbaharu siri popular Ultraman yang sedang ditayangkan di Jepun. 

Jangan lepaskan peluang sekali dalam seumur hidup untuk merakam gambar bersama PATUNG ULTRAMAN DECKER bersaiz manusia. Setinggi 2 meter dan telah diukir berdasarkan ‘S.H.Figuarts’, ia merupakan rangkaian figura utama jenama Tamashii Nations.

Rasai aliran adrenalin di PERSEMBAHAN LANGSUNG ULTRAMAN (ULTRAMAN LIVE SHOW) yang memaparkan ULTRAMAN DECKER dan ULTRAMAN TRIGGER serta pertembungan penuh aksi mereka bersama raksasa SATANDELOS. Berlangsung pada pukul 1 tengah hari, 4 petang dan 7 malam setiap Sabtu (12, 19 dan 26 November) serta Ahad (12, 20 dan 27 November*), pengunjung dapat menyaksikan sendiri aksi pertempuran karakter-karakter ini dengan lebih dekat. (*Jadual tersebut tertakluk pada perubahan tanpa notis awal.)

Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk menonton video istimewa yang memaparkan bintang dari Jepun, Hiroki Matsumoto, yang memainkan watak Kanata Asumi di ULTRAMAN DECKER dan Raiga Terasaka yang berlakon sebagai Kengo Manaka di ULTRAMAN TRIGGER. 

Anda juga pasti terpegun dengan diorama menarik dengan babak-babak realistik daripada siri ULTRAMAN yang disediakan di acara tersebut. 

Jelajah Malaysia ini menjanjikan barisan figura koleksi ULTRAMAN yang baru, akan datang dan eksklusif daripada S.H.Figuarts dan Tamashii Nations Box oleh Tamashii Nations. Para peminat boleh menambah koleksi figura mereka (atau bagi peminat-peminat baru untuk memulakan koleksi mereka) di sudut jualan istimewa ULTRAMAN dan mendapat hadiah terhad TAMASHII Nations bagi setiap pembelian. 

Antara produk utama adalah:
TAMASHII NATIONS BOX Ultraman ARTlized - Here He Comes! Our Ultraman
Boleh didapati di acara ini pada harga RM40.KOTAK TAMASHII NATIONS yang pertama adalah ULTRAMAN. Ia merupakan penampilan sulung ARTlized, satu siri baru yang memperingati generasi pertama karakter-karakter Ultraman SD dari tahun 1980-an dan 1990-an. Kotak ini merangkumi lapan figura dengan satu figura rahsia! Ia amat sesuai bagi pengumpul dan peminat ULTRAMAN atau semata-mata untuk menceriakan ruang kediaman anda. 

S.H.Figuarts ULTRAMAN (THE RISE OF ULTRAMAN)

Sebuah item eksklusif yang hanya boleh didapati di jelajah ini. Ia boleh didapati pada harga RM240. 

Ultraman ini adalah berdasarkan komik ‘THE RISE OF ULTRAMAN’. Ia direka dengan bayang biru dan hitam di tempat-tempat penting tubuhnya bagi memberikan penampilan tersendiri seperti yang dilihat dalam komik.

S.H.Figuarts ULTRAMAN RIBUT

Boleh didapati di acara ini pada harga tawaran RM275. 

Daripada ‘Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad’, Ultraman Ribut muncul dalam siri ‘Ultra Galaxy Fight’ serta ‘Ultraman Trigger’!

S.H.Figuarts ULTRAMAN DECKER FLASH TYPE 

Terbitan rasminya dijadualkan pada November 2022. Harga jualan figura ini adalah RM198. 

Daripada ‘Ultraman Decker’, ketinggian figura ini adalah 150mm dan didatangkan bersama 4 bahagian gantian - pergelangan tangan kiri dan kanan, pemasa berwarna merah dan kad dimensi Ultra.

Jelajah ULTRAMAN (ULTRAMAN Tour), yang dimulakan di Thailand sebelum tiba di Malaysia, dijangka menarik kehadiran 180,000 pengunjung dari segenap usia di Asia Tenggara. Sama ada dewasa, kanak-kanak, peminat mahupun pengumpul, mereka pastinya tertarik dengan karakter-karakter ULTRAMAN. 

Bandai Namco Asia merasa sukacita untuk mempersembahkan produk terbaharu mereka, S.H.Figuarts ULTRAMAN DECKER, kepada ramai peminat di rantau ini yang telah mengikuti perkembangan ULTRAMAN selama ini. Mereka akan terus membangunkan dan mengembangkan produk ULTRAMAN untuk memastikan dia menarik minat peminat dan menambat imaginasi mereka.

Para peminat boleh mendapatkan maklumat terkini Jelajah Asia Tenggara ULTRAMAN dan Figuarts menerusi laman Tamashii Nations South Asia (https://www.facebook.com/Tamashii.Nations.South.Asia)Tamashii Nations (https://tamashii.jp/) dan Bandai Spirits Co Ltd (https://www.bandaispirits.co.jp/).

Masuk ke acara Jelajah Asia Tenggara Ultra Heroes (ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA) adalah percuma. Waktu operasi adalah 10 pagi – 10 malam setiap hari. Pengunjungi mesti berusia 15 tahun ke atas, sementara kanak-kanak dan remaja di bawah usia 15 tahun harus ditemani penjaga.


Kandungan ini disediakan oleh Bandai Spirits Co Ltd.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.