Skip to main
Logo Malaysiakini

87 pelajar memenangi RM20,400 wang tunai di sidang Kemuncak Pendidikan Kewangan Fun(d) For Life

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Buat julung kalinya, Sidang Kemuncak Pendidikan Kewangan Kebangsaan telah berlangsung dari 28 - 30 Oktober 2022 yang menyaksikan gabungan pelajar dan pendidik seluruh Malaysia demi meningkatkan dan mempertandingkan kemahiran kewangan dan keusahawanan mereka. 

Diadakan sempena Bulan Literasi Kewangan Malaysia, seramai 87 orang wakil pelajar setiap negeri di Malaysia bertanding bagi membuktikan kemahiran kewangan dan keusahawanan mereka melalui Pertandingan Pendidikan Kewangan Kebangsaan. Pertandingan tersebut terbahagi kepada dua kategori: Asas Kewangan & Kejar Impian (Keusahawanan). Bagi kategori Asas Kewangan, pemenang pertama bagi kategori Sekolah Rendah, Alif Emran, 12 tahun dari SK Guar Jentik, Perlis dan bagi kategori Sekolah Menengah, Muhammad Hakim, 16 tahun dari Sekolah Sultan Alam Shah telah masing-masing memenangi RM2,000 tunai. Manakala RM4,500 wang tunai telah dimenangi sekumpulan tiga orang pelajar berusia 16 tahun dari SMK Datuk Haji Panglima Jakarullah, Semporna Sabah yang telah mempertaruhkan idea bisnes bagi Burger Kima, sebuah makanan tempatan di Semporna, bagi pembentangan pelan perniagaan mereka. 

Pemenang Kejar Impian

Sidang Kemuncak ini juga menyaksikan hampir 50 orang pendidik yang hadir untuk memperkasakan kemahiran mereka mengajar pendidikan kewangan di dalam bilik darjah melalui Pertandingan Inovasi Guru Celik Kewangan dan Lab Inovasi Celik Kewangan. Sidang Kemuncak ini adalah di bawah inisiatif pendidikan kewangan, Fun(d) for Life yang dilaksanakan oleh Arus Academy secara percuma dengan sokongan FWD Takaful sejak 2019. 

Menurut Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi, Ketua Pegawai Strategi & Pengedaran Digital FWD Takaful, “Selaras dengan tema Bulan Literasi Kewangan Malaysia tahun ini iaitu ‘Kesejahteraan Kewangan: Jom Digital dengan Yakin’, kami percaya kesejahteraan kewangan dapat dicapai apabila seseorang individu menguasai piramid pengurusan kewangan yang bermula dengan perlindungan, simpanan dan seterusnya, pelaburan. Kami memanfaatkan kepakaran dan minat FWD Takaful ke arah teknologi digital untuk memastikan lebih ramai orang dapat meningkatkan literasi kewangan dalam tiga aspek ini seawal bangku sekolah termasuk kumpulan pendidik dan juga ibubapa.” 

Pemenang Pertandingan Inovasi Guru Celik Kewangan

“Pertandingan Kewangan ini membuktikan usia tidak menghalang anak muda untuk menguasai kemahiran kewangan dan keusahawanan. Para peserta seawal 10 tahun sudah dapat membuktikan mereka dapat menyediakan pelan kewangan bagi gol jangka pendek, yang merupakan langkah pertama ke arah kesejahteraan kewangan. Sekiranya semua pihak seperti syarikat korporat, pendidik dan komuniti berganding bahu memberikan asas kukuh kewangan bermula di usia muda seperti yang dilihat di Sidang Kemuncak ini, pasti usaha kita membina generasi celik wang akan membuahkan hasil dalam masa terdekat,” tambah Alina Amir, selaku ketua program Fun(d) for Life.

Pertandingan Kewangan Kebangsaan yang telah bermula sejak beberapa bulan lepas telah disertai oleh lebih 4,000 peserta dari setiap negeri di seluruh Malaysia dan mendapat sokongan pihak Bahagian Sukan, Kokurikulum & Kesenian, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk melayari pelbagai tip dan aktiviti kewangan percuma oleh program Fun(d) for Life, sila layari www.fundfor.life.

Senarai Pemenang Pertandingan Pendidikan Kewangan Kebangsaan Fun(d) for Life 2022

Kategori 1: Pertandingan Asas Kewangan (10 - 12 tahun) - Sekolah Rendah

Kategori 1: Pertandingan Asas Kewangan (13 - 17 tahun) - Sekolah Menengah

Kategori 2: Pertandingan Kejar Impian (13 - 17 tahun)


Kandungan ini disediakan oleh PubliCT.io.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.