Skip to main
Logo Malaysiakini

Lengkapkan memori indah di majlis perkahwinan dengan KOPETRO Catering

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Berbicara tentang majlis perkahwinan semestinya tidak lari daripada kegusaran dalam memilih pembekal katering yang meyakinkan bagi merealisasikan majlis impian. Perkhidmatan katering menjadi hal utama yang dititikberatkan apabila merancang majlis perkahwinan kerana rata-rata masyarakat kini lebih memilih perkhidmatan ini berbanding aktiviti rewang bagi menjimatkan masa dan tenaga. Berpengalaman lebih 30 tahun dalam perkhidmatan penyediaan makanan, KOPETRO Catering kini berbangga menjadi salah satu katering utama untuk bilik mesyuarat dan ruang penjamuan di Menara Berkembar PETRONAS.

Berdedikasi dalam menyediakan perkhidmatan makanan yang terbaik pada setiap masa, tidak kira majlis dan lokasi, KOPETRO Catering dikendalikan oleh pekerja yang profesional serta mampu menyediakan pelbagai menu halal, juadah tempatan mahupun antarabangsa. Meskipun telah banyak syarikat katering yang ditutup kerana gagal meneruskan perniagaan akibat kesan pandemik Covid-19, KOPETRO Catering masih mampu bertahan dan mula mengatur langkah untuk meluaskan perniagaan ke peringkat seterusnya.

Terbaharu, KOPETRO Catering telah melancarkan tiga pakej katering untuk majlis perkahwinan iaitu, Pakej Kenangan Terindah, Pakej Keabadian Cinta dan Pakej Sampai Syurga. Dengan tempahan minimum untuk 250 orang jemputan pada harga bermula RM13 seorang, pakej yang ditawarkan ini hanya meliputi kawasan dari Teluk Kalong sehingga ke Kampung Nyior, Paka, Terengganu sahaja. Terdapat lebih 13 menu istimewa yang dihidangkan termasuk pencuci mulut mengikut pakej yang dipilih oleh pelanggan. 

Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Encik Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah berkata perkhidmatan katering jelas dapat menjimatkan masa dan tenaga khususnya buat pasangan yang bercadang untuk melangsungkan perkahwinan. KOPETRO Catering memastikan kualiti makanan dengan mengekalkan citarasa yang menjadi pilihan utama pelanggan. 

“KOPETRO akan sentiasa memastikan bahawa perkhidmatan katering yang disediakan dapat memenuhi citarasa pelanggan terutamanya mereka yang meminati masakan Melayu untuk dijadikan hidangan sempena majlis perkahwinan” ujar Ahmad Shakir. 

Selain perkhidmatan katering, KOPETRO Catering turut menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuklah pembungkusan makanan dan khidmat, pramusaji, juga pakej skim minuman, mesin layan diri, mesin kopi, penulenan air dan program infaq pek makanan. KOPETRO Catering menguruskan sebuah kafe di Melaka dan mempunyai beberapa cawangan operasi di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Pengerang (Johor Bahru), Kertih (Terengganu) dan Kota Kinabalu. 

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut dan menempah pakejkatering yang ditawarkan oleh KOPETRO Catering ini boleh menghubungi talian014-5372903 atau layari media sosial KOPETRO Catering di Instagram @kopetrocatering dan Facebook @kopetrocatering.official. Pelanggan juga bolehmelayari laman web rasmi KOPETRO Catering di www.kopetrocatering.com.my untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KOPETRO Catering.


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.