Skip to main
Logo Malaysiakini

Zahirkan kesyukuran sempena kelahiran cahaya mata dengan KOPETRO Catering

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Kelahiran cahaya mata menjadi sebuah memori indah bagi setiap pasangan suami dan isteri apatah lagi jika sudah lama mendirikan rumah tangga. Namun begitu, sejak wabak Covid-19 melanda dunia ramai ibubapa terpaksa menangguhkan majlis aqiqah atas keselamatan anak mereka yang baru sahaja lahir dan berpotensi untuk dijangkiti. Seperti kebanyakan kenduri dan majlis keramaian, persiapan dan perancangan rapi haruslah dititikberatkan dalam memastikan majlis aqiqah dapat berjalan lancar. Justeru, memilih penyedia perkhidmatan katering yang lengkap menjadi perkara utama bagi sesebuah majlis aqiqah. 

Berpengalaman lebih 30 tahun dalam perniagaan katering dan perkhidmatanpenyediaan makanan, KOPETRO Catering cawangan Kertih, merupakan salah sebuahsyarikat penyediaan makanan yang dikenali ramai di kawasan tersebut menawarkan pelbagai juadah untuk majlis aqiqah mengikut kemampuan pelanggan. Selain itu, kualiti, kebersihan dan keselamatan makanan sentiasa dipertingkatkan dari masa kemasa supaya lebih terjamin.

KOPETRO Catering menawarkan empat pakej istimewa iaitu Pakej Intan Payung, Pakej Permata Hatiku, Pakej Penyeri Hidupku dan Pakej Bintang Hatiku. Tempahan minimum untuk 100 jemputan dengan kos serendah RM13 seorang. Walau bagaimanapun harga ini tidak termasuk harga kambing aqiqah dan kos penghantaran. Antara menu istimewa yang popular daripada KOPETRO Catering adalah gulai kambing, kari kambing atau kerutuk dan sup kambing selain dengan kambing sembelih yang siap potong untuk tuan rumah. 

Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Encik Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah berkata inisiatif yang disediakan ini dapat memudahkan keluarga yang ingin membuat majlis aqiqah dengan menggunakan perkhidmatan katering, pelanggan tidak perlu merasa bimbang dengan kelancaran majlis kerana perkhidmatan ini diuruskan dari awal hingga ke akhir majlis. KOPETRO Catering akan memastikan makanan yang disajikan menepati citarasa Melayu serta berkualiti setanding hotel 5 bintang. 

“KOPETRO Catering berpengalaman lebih 30 tahun dalam perkhidmatan penyediaan makanan dan pada hari ini KOPETRO Catering berbangga menjadi salah sebuah katering utama untuk bilik mesyuarat dan ruang penjamuan di Menara Berkembar PETRONAS.” ujar Ahmad Shakir. 

Selain itu, KOPETRO Catering turut menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuklah pembungkusan makanan dan khidmat, pramusaji, juga pakej skim minuman, mesin layan diri, mesin kopi, penulenan air dan program infaq pek makanan. KOPETRO Catering menguruskan sebuah kafe di Melaka dan mempunyai beberapa cawangan operasi di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Pengerang (Johor Bahru), Kertih (Terengganu) dan Kota Kinabalu. 

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut dan menempah pakejkatering yang ditawarkan oleh KOPETRO Catering ini boleh menghubungi talian 014-5372903 atau layari media sosial KOPETRO Catering di Instagram @kopetrocatering dan Facebook @kopetrocatering.official. Pelanggan juga boleh melayari laman web rasmi KOPETRO Catering di www.kopetrocatering.com.my untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KOPETRO Catering.


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.