Skip to main
Logo Malaysiakini

Tamat PRU15, pelancaran medium komunikasi dengan wakil rakyat anda

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Ditulis oleh: Nur Iman Alia Mohd Rosdi 

Dengan berakhirnya Pilihan Raya Umum dan pengumuman pembentukan kerajaan baru, perhatian seluruh rakyat Malaysia kini akan tertumpu kepada calon-calon yang telah terpilih. Kaedah yang digunakan oleh calon-calon yang terpilih ini untuk memenuhi manifesto mereka juga akan turut menjadi topik utama kepedulian rakyat. 

Sedemikian itu, komunikasi antara calon-calon Pilihan Raya Umum dan juga orang awam akan berlangsung dan tidak dinafikan bahawa kaedah komunikasi yang dipilih boleh memberi kesan secara langsung kepada keberkesanannya. Oleh itu, pilihan perantaraan komunikasi memainkan peranan yang penting. 

Jiran360 ialah medium rangkaian sosial khas untuk komuniti tempatan dan kejiranan di Malaysia. Secara ringkasnya, Jiran360 adalah platform yang mempunyai ciri-ciri seperti Facebook dan Instagram. Tetapi, yang membezakan Jiran360 dengan platform seperti Facebook adalah ciri Jiran360 yang menghadkan komunikasi hanya di antara pengguna yang tinggal di kawasan DUN yang sama. Tujuan utama platform ini adalah untuk menghubungkan ahli kejiranan dengan kemudahan terdekat. Mereka boleh berkomunikasi  dengan jiran-jiran, mendapatkan saranan lokasi terdekat, memudahkan proses mencari barangan yang hilang, mengenali perusahaan dan agensi-agensi, dan lain-lain. Pengguna yang berminat juga boleh menyertai platform ini jika mereka berhasrat untuk menyewa atau memiliki rumah sendiri, sama ada sebagai rumah kedua ataupun sebagai hakmilik sewaan. 

Medium komunikasi yang efektif 

Oleh kerana Jiran360 menumpukan untuk mengumpulkan penduduk yang menetap di kawasan DUN yang sama, ia adalah medium komunikasi terbaik untuk orang ramai untuk berhubung dengan wakil rakyat DUN masing-masing. Tambahan lagi, pengguna juga boleh berhubung dengan ahli kejiranan yang lain dengan mudah. Jiran360 juga memudahkan wakil wakil rakyat untuk mendekati rakyat yang tergolong dari kumpulan tertentu, menyampaikan informasi kepada pihak yang betul, dan mewujudkan kerjasama dengan perusahaan perusahaan setempat. Orang ramai juga akan mendapat manfaat kerana mereka boleh berkomunikasi secara langsung dengan wakil rakyat masing-masing. 

Selain daripada pendaftaran akaun percuma dan navigasi yang bebas politik, Jiran360 juga dilengkapi oleh ciri-ciri yang membenarkan pengguna untuk menerima saranan komuniti untuk aktiviti-aktiviti tempatan, mengetahui berita terkini, mendapatkan amaran berwaspada 

dengan aktiviti jenayah yang berlaku di sekitar mereka, melakukan jual beli barangan untuk isi rumah, mengupah individu-individu profesional yang menawarkan khidmat mereka, mengenali jiran tetangga, dan banyak lagi fungsi yang boleh membantu menaiktarafkan hidup mereka. 

Untuk meluaskan lagi akses penggunaan Jiran360, aplikasi mudah alih untuk Android dan IOS kini sedang dicipta. Sehingga kini, laman web Jiran360 boleh didapati dalam Bahasa Inggeris dan sedia untuk dimanfaatkan oleh kedua-dua pengguna desktop dan mudah alih di https://jiran360.my/

Jiran360 ialah platform yang dibina oleh syarikat permulaan tempatan dengan tujuan untuk  memenuhi permintaan untuk platform komunikasi yang menghubungkan ahli-ahli kejiranan  yang tinggal di kawasan DUN yang sama. Oleh itu, sudah semestinya orang awam dan  agensi-agensi awam boleh memanfaatkan platform ini.


Kandungan ini disediakan oleh Albab Dot My Sdn. Bhd..

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.