Fiesta PLATS @ KAWAN 2022
Buat julung kalinya, Fiesta PLATS @ KAWAN 2022 akan diadakan mulai 3 – 4 Disember tahun ini dan akan mengetengahkan lebih daripada 100 peniaga berdaftar meliputi penjaja makanan dan minuman, pengusaha trak makanan dan usahawan mikro di bawah program Platform Selangor (PLATS).
Acara dua hari secara percuma itu dianjurkan oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan kerjasama Menteri Besar Selangor (Diperbadankan) (MBI) dan akan diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam antara jam 8 pagi hingga 10 malam.
Pelbagai aktiviti menyeronokkan diatur untuk pengunjung yang boleh menikmati pengalaman seperti menaiki belon udara panas, gerai permainan, aktiviti melukis wajah dan pelbagai acara lain. Bermula jam 7 malam hingga 10 malam, pawagam terbuka akan menyiarkan tayangan filem sebagai hiburan menyihatkan buat rakan dan seisi keluarga berkumpul bersama.
Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Norita Mohd Sidek berkata, matlamat utama program PLATS adalah membantu golongan peniaga kecil untuk mendigitalkan perniagaan mereka menerusi usaha celik teknologi dan memperkasakan mereka dengan kemahiran digital bersesuaian serta meluaskan operasi perniagaan mereka yang terjejas teruk akibat pandemik.
“Matlamat kami adalah untuk meluaskan inisiatif PLATS bagi memenuhi pelbagai keperluan usahawan kecil dan membantu mereka dengan lebih berkesan dan efisien. Fiesta PLATS @ KAWAN 2022 adalah satu daripada pelbagai inisiatif yang dirancang untuk golongan ini menjana pendapatan dan pendedahan lebih meluas untuk perniagaan mereka.”
Beliau menambah, program PLATS terus menjadi tunjang kukuh dalam rancangan kerajaan negeri bagi memperkasakan usahawan mikro dengan set kemahiran bersesuaian yang akan memastikan kelestarian perniagaan kecil.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, berkata PLATS bermatlamat terutamanya untuk membantu penjaja dan perniagaan kecil setempat meningkatkan pembabitan mereka menerusi kehadiran dalam arena digital dan sosial media ke arah usaha mengembangkan perniagaan masing-masing.
“Inisiatif PLATS sememangnya penting supaya ia terus berkembang menerusi usaha untuk mendigitalkan dan melatih penjaja tempatan. Kami sudah pun melihat impak positif dalam kalangan 20,000 usahawan mikro yang dibantu menerusi usaha promosi dan peningkatan kemahiran.”
Beliau menambah, acara berkenaan akan terus meningkatkan usaha untuk menggalakkan dan mempromosikan pendigitalan perniagaan seumpamanya serta membina kehadiran mereka secara dalam talian dan luar talian.
Untuk maklumat lanjut mengenai Fiesta PLATS @ KAWAN 2022, sila layari https://platselangor.com.
Kandungan ini disediakan oleh PubliCT.io.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai