Skip to main
Logo Malaysiakini

Eksklusif Untuk Pengguna Boost! Peluang Untuk Memenangi Tiket Blackpink World Tour [Born Pink] Kuala Lumpur Apabila Menebus Ganjaran RM2

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

KUALA LUMPUR, 8 DISEMBER 2022 – Para peminat BLACKPINK di seluruh negara tidak sabar untuk menyambut ketibaan artis-artis terkemuka global mereka di Malaysia pada tahun depan! Untuk menambah lagi keseronokan, Boost, syarikat teknologi kewangan (fintech) spektrum penuh serantau dan penaja utama bagi konsert BLACKPINK WORLD TOUR [BORN PINK] KUALA LUMPUR, memberi peluang eksklusif kepada para penggunanya untuk memenangi tiket BLACKPINK WORLD TOUR [BORN PINK] KUALA LUMPUR. Peraduan ini ialah sebahagian daripada kempen Rewards 2 No End (Ganjaran Tiada Penghujung) Boost yang berlangsung dari 8 Disember 2022 sehingga 7 Januari 2023. 

Kempen Rewards 2 No End ialah kejutan istimewa daripada Boost untuk menggembirakan lebih 10 juta penggunanya sempena musim cuti ini. Sepanjang tempoh kempen, pengguna Boost boleh menebus ganjaran RM2 BOOSTPINK Wallet  untuk menikmati diskaun RM2 apabila membayar dengan Boost*. Pengguna hanya perlu mengunjungi halaman ‘BoostUP Rewards Catalogue’ (Katalog Ganjaran BoostUP) pada jam 2PTG setiap hari menerusi pautan ini (https://myboost.app.link/Gw8r2L46wvb) untuk melayari, memilih, dan menebus ganjaran RM2 BOOSTPINK Wallet. Setiap pengguna boleh menebus sehingga dua RM2 BOOSTPINK Wallet setiap hari. 

Selepas membuat penebusan, jangan lupa untuk mengambil gambar skrin ganjaran RM2 BOOSTPINK Wallet yang telah ditebus di halaman ‘My Partner Wallets’ (Dompet Rakan Niagaku) untuk merebut peluang untuk memenangi tiket BLACKPINK WORLD TOUR [BORN PINK] KUALA LUMPUR*. Kemudian, kongsikan gambar di laman Instagram atau Facebook anda dan tag dua rakan dan juga @myboostapp dengan hashtag #BoostxBLACKPINK, bersama dengan Invite Code (Kod Jemputan) anda untuk melengkapkan penyertaan*. Bagi mendapatkan Invite Code anda, kunjungi profil aplikasi Boost, ketik pada ‘Refer & Earn’ (Rujuk & Untung) dan salin Invite Code anda. Seramai dua pemenang akan dipilih setiap minggu untuk sejumlah lapan pemenang bertuah secara keseluruhan yang akan dapat menyaksikan sensasi K-pop legenda di konsert BLACKPINK WORLD TOUR [BORN PINK] KUALA LUMPUR*.

Penebusan ganjaran RM2 BOOSTPINK Wallet adalah terhad setiap hari, jadi pastikan aplikasi Boost anda sedia dibuka pada jam 2PTG kerana itulah masanya ganjaran tersebut akan diperbaharui setiap hari sepanjang tempoh kempen*. Setelah  ditebus,  ganjaran tersebut akan sah untuk digunakan pada hari yang sama sahaja. Ganjaran itu akan digunakan secara automatik bagi diskaun RM2 apabila membuat perbelanjaan minimum RM10 di mana-mana satu daripada lebih setengah juta peniaga Boost di seluruh negara*. 

Album penuh kedua BLACKPINK berjudul [BORN PINK] menduduki tempat No. 1 dalam Billboard Top 200 Album sales. Projek skala besar ini, [BORN PINK] menjadikan BLACKPINK kumpulan wanita K-pop pertama dalam sejarah untuk mencatatkan double million seller. Dibawakan oleh YG Entertainment dan dipromosikan oleh Live Nation, [JISOO, JENNIE, ROSÉ, dan LISA] akan melancarkan jelajah ASIA terbesar dalam sejarah kumpulan K-pop pada tahun depan dengan dua konsert berturut-turut pada 7 dan 8 Januari di National Stadium di Bangkok, dan kemudian akan singgah di banyak bandar raya lain termasuk Hong Kong, Riyadh, Abu Dhabi, Kuala Lumpur, Jakarta, Kaohsiung, Manila, dan Singapura. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Rewards 2 No End anjuran Boost, sila layari:

https://myboost.app.link/Gw8r2L46wvb  

Bagi usahawan yang ingin memajukan perniagaan dengan Boost, sila layari:

http://bit.ly/BOOSTPINKForBusiness 

*Tertakluk kepada terma dan syarat

 

Mengenai Boost

Boost ialah syarikat teknologi kewangan spektrum penuh serantau Axiata yang memperkasakan kewangan berjuta-juta pengguna dan peniaga, di 7 negara Asia Tenggara. Menerusi ekosistem menyeluruh yang kian berkembang meliputi aplikasi teknologi kewangan semua dalam satu, penyelesaian peniaga, perniagaan pembiayaan berasaskan AI, dan juga platform pembayaran rentas sempadan, Boost terus merintis jalan bagi pertumbuhan tidak terhalang dan keterangkuman kewangan lebih tinggi menerusi kuasa teknologi dan kecerdasan buatan (AI). ‘Be Unstoppable’ dengan Boost, akses mudah anda kepada perkhidmatan kewangan digital dalam satu platform fintech yang berkuasa. 

Pengguna boleh memuat turun Boost daripada Google Play Store, App Store atau HUAWEI AppGallery. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web www.myboost.com.my, bilik berita (https://bit.ly/MyBoostNewsroom), atau ikuti perkembangan Boost di Facebook (https://bit.ly/MyBoostAppFacebook) dan Instagram (https://bit.ly/MyBoostAppInstagram).


Kandungan ini disediakan oleh BOOST Malaysia.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.