Skip to main
Logo Malaysiakini

Singgah Pengerang semarakkan Piala Dunia dengan Parti Bola Kaw

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Singgah Pengerang yang merupakan salah sebuah rangkaian hotel milik anak syarikat Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO), KOPETRO Hotel & Resorts Sdn. Bhd., telah menganjurkan sebuah program ‘Parti Bola Kaw’ iaitu sesi tayangan perlawanan Piala Dunia di Singgah Cafe dengan mengajak orang ramai untuk menonton dan bersorak bagi pasukan pilihan mereka. Dianggarkan lebih 40 orang pengunjung termasuk para pempengaruh media sosial (Influencer), penghuni Hotel di Singgah Pengerang serta para jemputan yang berada di sekitar Pengerang telah hadir memeriahkan program tersebut.

Tetamu yang hadir pada program ini yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur telah dihidangkan dengan makanan yang disediakan daripada Singgah Cafe. Turut memeriahkan tayangan Piala Dunia adalah pelbagai aktiviti lain antaranya ialah permainan mini, cabutan bertuah dengan tawaran hadiah menarik, termasuk pemberian jersi bola sepak edisi terhad.

Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Encik Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah berkata ini merupakan program yang diadakan buat julung kalinya bertujuan untuk mengumpulkan peminat-peminat sukan bola sepak untuk hadir dan beramah mesra sambil menonton pasukan pilihan mereka beraksi. 

“Tayangan bola sepak ini diadakan menerusi beberapa siri bermula pada 9 Disember(peringkat suku akhir), 10 Disember (peringkat suku akhir), 14 Disember (peringkat separuh akhir), 17 Disember (perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat) dan akhir sekali pada 18 Disember nanti bagi perlawanan peringkat akhir,” ujar Ahmad Shakir.

Tambah Ahmad Shakir, selain menyemarakkan semangat bola sepak program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelanggan terhadap jenama rangkaian hotel Singgah milik KOPETRO. 

Singgah Pengerang adalah hotel kedua selepas Singgah Kertih, diuruskan sepenuhnya oleh KOPETRO Hotel & Resorts. Selain itu, turut menawarkan perkhidmatan nasihat bagi pengusaha hotel lain yang mahu mendapatkan khidmat pengurusan hotel. Rangkaian hotel Singgah menampilkan konsep butik yang mensasarkan golongan eksekutif yang bekerja dalam sektor minyak dan gas selain pemilik-pemilik perniagaan dan pelancong-pelancong tempatan.

Bermula Januari 2021, KOPETRO Hotel & Resorts mula mengembangkan jenama Singgah dengan memperkenalkan Singgah Cafe selari dengan pembukaan cawangan hotel di Pengerang. Menyajikan pelbagai jenis makanan tempatan dan antarabangsa, Singgah Cafe adalah lokasi paling sesuai untuk berehat dan menghabiskan waktu hujung minggu menikmati hidangan makanan dan minuman berkelas premium pada harga berpatutan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian hotel Singgah dan pelbagai pakej penginapan yang ditawarkan, layari laman web www.singgah.com.myatau ikuti akaun Facebook dan instagram @SinggahPengerang atau emel [email protected]untuk membuat tempahan.


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.