Skip to main
Logo Malaysiakini

Ignore the Peril, Face the Mayhem: Allianz General bincang insurans kebakaran untuk hartanah komersial

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Risiko kebakaran sentiasa ada untuk bangunan komersial dan saban tahun, negara terus menyaksikan pelbagai insiden kebakaran berprofil tinggi, termasuk beberapa tahun ini. 

Untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan kebakaran dan kepentingan insurans komersial, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) telah menganjurkan sebuah forum media – Ignore the Peril, Face the Mayhem – bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA) dan Jabatan Ukur Bangunan Universiti Malaya dibawah Fakulti Alam Bina.

Saban tahun, perlindungan insurans komersial telah berkembang untuk menjadi lebih daripada kerosakan barangan, liabiliti undang-undang, dan risiko berkaitan kakitangan, dengan impak COVID-19 terhadap kepentingan perlindungan tambahan seperti manfaat gangguan perniagaan, perlindungan kelangsungan perniagaan, dan perlindungan keuntungan. 

Walau bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia), Sean Wang, percaya isu berkaitan insurans komersial bukan perlindungan yang tidak mampu dimiliki tetapi sikap mengambil mudah tentang keselamatan kebakaran atau keselamatan secara am.

“Kebakaran adalah topik yang besar dalam industri insurans. Sebagai penanggung insurans, kami membayar tuntutan kebakaran yang banyak setiap tahun dan kerosakannya adalah sangat teruk. Selain mengambil mudah, sesetengah pemilik perniagaan mengutamakan kos dan kebarangkalian membuat tuntutan diatas keselamatan dan mempunyai penilaian risiko terhadap premis mereka. Pemikiran ini harus diubah. Adalah penting untuk memahami risiko perniagaan dan bagaimana untuk mengelak, mengurus, dan melindungi untuk mengurangkan gangguan dan operasi perniagaan yang berterusan. Jika perkara ini tidak diutamakan, perniagaan mereka akan berisiko untuk sangat kurang diinsuranskan dan kewangan terjejas,” kata Sean Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia dan Allianz General. 

Penguasa Kanan BOMBA 1, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Dr. Ts. Mohd Zaid Abd Ghani mendedahkan bahawa kejadian kebakaran di bangunan komersial semakin meningkat. Sebanyak 7,447 buah kes kejadian kebakaran struktur telah berlaku pada tahun 2021, yang tertinggi sejak 2018, termasuk 804 buah kedai, 408 buah kilang, 263 fasiliti penyimpanan dan 200 buah pejabat. Punca kebakaran yang paling kerap dilaporkan untuk kebakaran struktur adalah elektrikal (4,558 kejadian), kelengkapan gas (1,328 kejadian), pemetik api (525 kejadian) dan api yang menyala (519 kejadian).

“Kebakaran sentiasa menjadi ancaman bagi bangunan tinggi. Saban tahun, berlaku peningkatan insiden kebakaran di premis-premis komersial seperti bangunan rumah kedai, pusat membeli-belah, hotel, kilang, gudang dan lain-lain yang mengakibatkan kemusnahan harta benda yang tinggi menyumbang kepada nilai kerugian RM 1.12 bilion setahun secara purata berbanding RM 10.18 billion nilai diselamatkan,” kata Dr. Zahid.

Berdasarkan kepada penghapusan bahaya kebakaran di bangunan yang dijalankan sepanjang tahun 2018 hingga 2021, didapati secara purata sebanyak 13,875 premis diperiksa setahun dengan 11,924 notis (86 peratus) telah dikeluarkan. Antara kesalahan yang sering dilakukan adalah pengubahsuaian di bangunan yang menghalang jalan keluar atau tangga keluar, juga ‘housekeeping’ yang boleh menghalang kefungsian sesuatu Pemasangan Keselamatan Kebakaran (PKK) dan jalan keluar.

Allianz General: Sumber elektrik mengakibatkan kebakaran komersial paling banyak

Ketua Pegawai Pengunderaitan Allianz General Rafliz Ridzuan, berkata berkata bahawa dengan insurans komersial, pemilik perniagaan mesti melihat ke dalam perlindungan bangunan dan kelengkapan, mesin dan peralatan, stok dan risiko lain. Walau bagaimanapun, ramai yang cenderung mengabaikan aspek seperti pengubahsuaian dan perlindungan tambahan untuk gangguan yang boleh menampung kehilangan hasil dan keuntungan.

Mengenai topik kebakaran komersial, Rafliz turut berkongsi bahawa punca utama kebakaran komersial melibatkan pemanasan litar pintas dan rintangan elektrik, yang kebiasaannya disebabkan oleh penghubung yang longgar, lebihan muatan elektrik, kelengkapan dan peranti elektrik yang rosak, dan kabel penebat yang rosak, lusuh atau tidak berfungsi dengan baik.

“Untuk hartanah komersial, penyelenggaraan yang tidak baik adalah salah sebuah punca utama kejadian kebakaran kerana pemasangan dan peralatan yang lama, pemasangan yang tidak betul, pemeriksaan yang tidak kerap, dan tiada pemantauan ketika waktu operasi. Dan yang paling penting, kebakaran elektrik boleh dielak, bergantung kepada pengurusan risiko dan penyelasaian yang boleh diguna pakai,” kata Rafliz.

“Pertama, pemilik perniagaan komersial harus menyemak dan menilai semula kemungkinan risiko dengan kerap apabila terdapat perubahan barangan di premis mereka seperti pembesaran bangunan, teknologi penyimpanan baharu untuk mengenal pasti kebarangkalian risiko. Kedua, jangan ambil jalan mudah akan syarat-syarat dan garis panduan piawaian keselamatan, walaupun ia nampak lebih menarik atau murah pada ketika itu, dan akhir sekali, miliki pelan pengurusan risiko mantap yang akan membantu dalam kelangsungan perniagaan mereka jika terdapat gangguan. 

Forum Ignore the Peril, Face the Mayhem disokong oleh Institut Media Malaysia (Malaysian Press Institute).

Untuk maklumat lanjut tentang Allianz Business Shield, layari allianz.com.my/allianz-business-shield. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang penyelesaian insurans komersial Allianz Malaysia, layari allianz.com.my/corporate.


Kandungan ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.