Skip to main
Logo Malaysiakini

Boost Lancar Merchant B2B Wallet dengan Had RM500,000

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Kuala Lumpur, 11 Januari 2023 – Boost, cabang fintech Axiata hari ini mengumumkan pelancaran Merchant B2B Wallet, tawaran revolusi dalam pasaran yang menyediakan pemilik perniagaan had dompet sehingga RM500,000, dengan kelulusan lesen di bawah lesen e-wang semasanya daripada Bank Negara Malaysia (BNM). Merchant B2B Wallet ini disepadukan ke dalam aplikasi Boost Biz sedia ada dengan fungsi pembayaran kod QR yang akan membolehkan peniaga mendigitalkan lagi perniagaan mereka bersama-sama dengan transaksi yang dipermudahkan.

Selain daripada had dompet Merchant B2B Wallet yang lebih besar, peniaga akan menikmati ciri 'Penyelesaian dan Pembayaran Segera' baharu yang membolehkan akses segera kepada wang tunai selepas menerima resit dan menghapuskan masa menunggu pelaksanaan penyelesaian, yang kebiasaannya dijelaskan atau diselesaikan pada hari bekerja berikutnya. Peniaga juga kini boleh membayar secara serta-merta perbelanjaan perniagaan mereka seperti bil utiliti dan invois pembekal menerusi aplikasi Boost Biz itu sendiri sejurus menerima pembayaran daripada pelanggan masing-masing. Pengeluaran tunai juga bakal menjadi sebuah pengalaman yang lancar kerana peniaga berhak memilih permintaan pengeluaran ke dalam akaun bank semasa mereka yang mana ia akan dinyatakan pada hari perniagaan berikutnya.

Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost berkata, “Kami sangat teruja kerana visi kami untuk membina ekosistem yang membolehkan peniaga kami berurus niaga dengan lebih lancar merentasi rantaian bekalan B2B yang telah membuahkan hasil. Dengan kelulusan daripada BNM baru-baru ini untuk Merchant B2B Wallet, kami akan meneruskan usaha kami untuk memperkasakan lagi perniagaan secara digital, terutamanya dalam kalangan komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan melalui penyelesaian fintech inovatif yang unik kepada Boost. Kami berharap Langkah ini juga dapat menyumbang secara positif kepada ekonomi negara dengan memperjuangkan masyarakat yang dipacu secara digital dan memacu transformasi digital untuk perniagaan dari semua saiz tanpa sebarang halangan.”

Mengulas mengenai manfaat ciri Penyelesaian dan Pembayaran Segera, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Biz, Eric Chong berkata, “Kami mahu memberikan pedagang kami akses kepada teknologi canggih dan penyelesaian yang mudah dalam aplikasi Boost Biz. Melangkah ke hadapan, peniaga kami boleh menjimatkan masa untuk membuat pelbagai pembayaran bil berkaitan perniagaan melalui variasi platform dan meluangkan lebih banyak masa untuk fokus dalam membina operasi perniagaan mereka. Dengan pelancaran Merchant B2B Wallet, ia seterusnya menandakan bahawa Boost ialah satu-satunya apl yang anda perlukan untuk memudahkan lagi perniagaan anda.”

Terdapat dua jenis dompet yang ditawarkan dalam aplikasi Boost Biz yang menyasarkan segmen pedagang yang berbeza: Pedagang Individu dan Langsung. Bagi Pedagang Individu yang mendaftar menggunakan kad pengenalan, mereka akan mempunyai akses kepada saiz Merchant B2B Wallet sebanyak RM30,000, manakala bagi Pedagang Langsung yang mendaftar menggunakan Nombor Pendaftaran Perniagaan, mereka akan mempunyai akses kepada saiz Merchant B2B Wallet yang dipertingkatkan iaitu sebanyak RM500,000.

Merchant B2B Wallet boleh digunakan untuk menyediakan dan memudahkan transaksi antara peruncit perniagaan, ejen dan pengedar dalam ekosistem rantaian bekalan borong, memacu langkah keselamatan dan ia lebih cekap. Saiz Merchant B2B Wallet juga membolehkan peniaga melakukan transaksi dalam jumlah yang lebih besar di mana kemudiannya menggalakkan transaksi tanpa tunai dalam kalangan perniagaan, mikro, perusahaan kecil dan besar.

Pedagang Boost kini boleh menggunakan Merchant B2B Wallet mereka untuk membelanjakan dan membayar sebarang pembelian melalui DuitNow QR serta melakukan pembayaran tanpa rumit untuk bil berkaitan dengan perniagaan. Peniaga yang berminat untuk membina perniagaan mereka yang terbukti pada masa hadapan dengan penyelesaian peneraju industri yang memenuhi semua keperluan perniagaan, boleh menekan pada pautan dan mendaftar sebagai pedagang Boost.


Mengenai Boost

Boost ialah syarikat teknologi kewangan spektrum penuh serantau Axiata yang memperkasakan kewangan berjuta-juta pengguna dan peniaga, di 7 negara Asia Tenggara. Menerusi ekosistem menyeluruh yang kian berkembang meliputi aplikasi teknologi kewangan semua dalam satu, penyelesaian peniaga, perniagaan pembiayaan berasaskan AI, dan juga platform pembayaran rentas sempadan, Boost terus merintis jalan bagi pertumbuhan tidak terhalang dan keterangkuman kewangan lebih tinggi menerusi kuasa teknologi dan kecerdasan buatan (AI). ‘Be Unstoppable’ dengan Boost, akses mudah anda kepada perkhidmatan kewangan digital dalam satu platform fintech yang berkuasa.

Pengguna boleh memuat turun Boost daripada Google Play Store, App Store atau HUAWEI AppGallery. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web www.myboost.com.my, bilik berita (https://bit.ly/MyBoostNewsroom), atau ikuti perkembangan Boost di Facebook (https://bit.ly/MyBoostAppFacebook) dan Instagram (https://bit.ly/MyBoostAppInstagram).


Kandungan ini disediakan oleh BOOST Malaysia.