Skip to main
Logo Malaysiakini

Rasai impak gelombang Korea melalui pakej percutian Korea Selatan KOPETRO Travel

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Pembukaan sektor pelancongan dengan lebih meluas selepas kelonggaran perjalanan diberikan apabila COVID-19 diisytiharkan sebagai endemik memberikan impak yang besar terhadap industri pelancongan dalam dan luar negara. Perkembangan ini pasti menghidupkan keinginan orang ramai untuk mengembara dan meneroka dunia luar yang luas.

Bertitik tolak daripada itu, Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) melalui anak syarikatnya, KOPETRO Travel & Tours Sdn. Bhd. tampil dengan pakej pelancongan lengkap ke Korea Selatan.

Rakam memori indah percutian anda dan rasai sendiri pengalaman sebenar melawat lokasi ikonik yang pernah ditonton melalui drama, filem dan rancangan hiburan popular Korea dengan pakej terbaharu enam hari empat malam. Dapatkannya dengan harga bermula RM4,399.00 untuk seorang dewasa yang dilengkapi bilik hotel dengan katil berkembar. Terokai keistimewaan tempat menarik di Seoul dan Pulau Nami yang dipenuhi lokasi mempesonakan untuk dilawati bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Untuk pengetahuan anda, KOPETRO Travel adalah sebuah pusat sehenti pelancongan yang menawarkan pelbagai kemudahan percutian di bawah satu payung. Pakej terbaharu ke Korea Selatan ini turut dilengkapi tiket pergi dan balik kelas ekonomi Air Asia, tempahan bilik hotel lengkap dengan sarapan pagi, pemandu pelancong yang boleh berbahasa Inggeris, pengangkutan dan juga lawatan mengikut jadual perjalanan. Biarpun pakej yang ditawarkan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan yang melibatkan syarikat penerbangan dan ketersediaannya hotel, KOPETRO Travel menjanjikan hotel yang setaraf dengan hotel yang ditawarkan dalam iklan pada asalnya.

Melalui pakej ini, pelanggan akan dibawa untuk makan tengah hari dan makan malam di restoran Halal atau restoran mesra Muslim. Setiap perhentian restoran dalam perjalanan ini menyajikan hidangan yang halal tanpa menggunakan alkohol dalam proses penyediaan makanan mereka dan sentiasa dipantau oleh Persekutuan Muslim Korea (KMF).

Jadual perjalanan yang penuh dan lengkap dengan aktiviti bakal dinikmati oleh pelanggan. Bermula di Kuala Lumpur, para pelanggan akan berlepas ke Lapangan Terbang Incheon dan melawat kota Seoul pada hari pertama. Seterusnya, anda bebas untuk bersiar-siar dan menikmati keindahan Pulau Nami sebelum bertolak ke Incheon untuk melawati Songwol-dong Fairy Tale Village pada hari kedua percutian.

Hari ketiga percutian dilengkapi dengan aktiviti menerokai kota Seoul dengan melawat lokasi ikonik seperti Istana Gyeongbokgung, National Folk Museum of Korea, Masjid Itaewon serta Itaewon Shopping Street, sebelum menghala ke Myeongdong Street dan Namdaemun Shopping Street yang sentiasa dipenuhi dengan pelancong. Untuk memastikan setiap pelanggan dapat merakam memori terindah di Korea Selatan, anda bebas untuk bersiar-siar mengikut masa sendiri pada hari keempat dan kelima perjalanan. Selepas lima hari di sana, pelanggan bakal pulang berlepas ke Kuala Lumpur pada hari terakhir.

Baru-baru ini, Pertubuhan Pelancongan Korea (KTO) mengumumkan kempen Tahun Melawat Korea 2023-2024 di mana mereka bakal menawarkan pelbagai acara, pakej pelancongan dan kempen promosi menggunakan K-Culture sebagai penarik untuk meningkatkan pengunjung ke negara Han itu. Persediaan untuk mewujudkan persekitaran perjalanan yang lebih selamat untuk warga asing juga sedang dilaksanakan. Dengan perkembangan ini, 2023 dilihat bakal menjadi tahun yang paling sesuai untuk melancong ke Korea Selatan.

Selain itu, impak Korean Wave atau Gelombang Korea, peningkatan populariti global budaya Korea Selatan sejak 1990-an turut menjadi salah satu tarikan utama orang ramai untuk ke negara tersebut. Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah berkata penyebaran menyeluruh Gelombang Korea melalui pelbagai platform hiburan dari negara itu menambah minat masyarakat untuk mencari informasi mengenai percutian ke negara tersebut.

“Gelombang Korea telah memainkan peranan besar dalam peningkatan permintaan percutian ke Korea Selatan. KOPETRO Travel kini menawarkan pakej percutian berbaloi ke Korea Selatan yang telah diberikan nafas dan pendekatan yang baharu. Peserta bakal menerokai tempat-tempat yang menarik dan merasai sendiri pengalaman melawat setiap destinasi yang terpilih. Segala rancangan perjalanan dan penginapan diuruskan sepenuhnya KOPETRO Travel untuk memastikan pelanggan dapat mengabadikan pengalaman yang bermakna,” ujar Ahmad Shakir.

Untuk mendapatkan pakej percutian ke Korea Selatan ini, orang ramai yang berminat boleh menghubungi talian hotline KOPETRO Travel di 019-2577847 atau 03-21641577. Layari laman sesawang KOPETRO Travel untuk informasi lanjut pelbagai pakej promosi 2023. Pelanggan juga boleh mengikuti akaun media sosial @kopetrotravel di Facebook, Instagram dan TikTok.


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.