Skip to main
Logo Malaysiakini

KOPETRO meriahkan Karnival Beautiful Terengganu 2023

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

KUALA TERENGGANU, 22 Februari 2023 – Lebih 100,000 pengunjung dijangka menghadiri Karnival Beautiful Terengganu Malaysia 2023 yang berlangsung selama empat hari bermula 23 Februari hingga 26 Februari ini di Padang Astaka, Kemaman, Terengganu. Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) turut serta memeriahkan karnival itu dengan menawarkan pelbagai produk dan pakej eksklusif daripada anak-anak syarikatnya.

Pakej pelancongan ke lokasi-lokasi menarik dalam dan luar negara selain pakej premium ke tanah suci Mekah untuk menunaikan Umrah, servis Badal Umrah dan Badal Haji serta Aqiqah dan Korban adalah antara promosi hebat yang ditawarkan oleh KOPETRO di karnival ini.

Selain pakej percutian, orang ramai yang hadir ke tapak pameran KOPETRO juga boleh mendapatkan cenderamata dan minyak pelincir PETRONAS dengan potongan harga istimewa.

Selain keunikan produk KOPETRO, Karnival Beautiful Terengganu ini turut dilengkapi pengisian yang penuh kepelbagaian seperti pertunjukan dan demonstrasi kebudayaan, pertunjukan bunga api, permainan rakyat dan banyak lagi.

Karnival Beautiful Terengganu di Kemaman ini adalah pembuka tirai Kalendar Acara Tahunan 2023 Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu dan bakal disusuli pelbagai acara menarik yang lain untuk mempromosikan negeri pantai timur itu.

Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) telah memilih Kemaman untuk menganjurkan karnival ini bagi memastikan setiap daerah di Terengganu mendapat publisiti dan promosi yang sewajarnya.

Ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu, KOPETRO dianggotai lebih 15,000 kakitangan PETRONAS dan diiktiraf sebagai 10 Koperasi Terbaik di seluruh Malaysia. KOPETRO juga menerima anugerah Jenama Terbaik The BrandLaureate SMEs BestBrands Award bagi kategori Riadah - Solusi Percutian dan Pelancongan pada tahun 2022.

KOPETRO turut merangkul dua anugerah berprestij pada tahun 2020 iaitu anugerah oleh The BrandLaureate bagi kategori SMEs Bestbrands e-Branding Awards dan juga Lang International Corporate Titan Awards – Cooperative Icon of The Year 2020.

Selain Servis Kewangan, KOPETRO juga terlibat di dalam bidang Pelancongan dan Perhotelan, Makanan dan Minuman juga Perdagangan dan Peruncitan.

Maklumat lanjut mengenai Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) boleh didapati di laman sesawang KOPETRO di https://kopetro.com.my/ atau di akaun media sosial Facebook dan Instagram @kopetroberhad.


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.