Skip to main
Logo Malaysiakini

Focus Point melancarkan kempen 360° Advanced Primary Eye Care untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mata

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Focus Point Vision Care Group Sdn Bhd (Focus Point) menitikberatkan tentang kesihatan mata dan kepentingan kesihatan mata dengan melancarkan 360° Advanced Primary Eye Care. Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan individu mengutamakan kesihatan mata mereka sambil menyokong penjagaan mata yang boleh diakses, berpatutan dan tersedia untuk rakyat Malaysia.

Di Focus Point, 360° Advanced Primary Eye Care ialah penjagaan penglihatan primer dan menggalakkan kesihatan mata secara keseluruhan terhadap individu dari semua peringkat umur. Di bawah kumpulan kami, terdapat lebih daripada 170 Optometris profesional dan berdaftar dan kesemua mereka dilatih untuk menjalankan penilaian kesihatan okular yang komprehensif, pemeriksaan ralat refraksi, pemasangan kanta sentuh dan banyak lagi.

360° Advanced Primary Eye Care boleh mengubah kehidupan. Pengesanan awal adalah sangat penting untuk mengelakkan beberapa penyakit mata biasa yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan atau buta. "Meningkatkan penglihatan kita adalah perjalanan yang patut diambil, satu langkah pada satu masa." Kata Dato’ Liaw Choon Liang, Presiden & CEO Focus Point.

Melalui 360° Advanced Primary Eye Care, Optometris dari Focus Point akan melengkapkan perkara-perkara seperti berikut dengan pesakit:

1. Sejarah Kesihatan Mata – Latar belakang, keperluan penglihatan dan penilaian gejala untuk menentukan ujian yang diperlukan.

2. Ujian Penglihatan Warna – Penilaian penglihatan warna untuk menyaring masalah penglihatan warna.

3. Ujian Penglihatan Binokular – Ujian otot mata dan penilaian fungsi penglihatan binokular.

4. Penilaian Ralat Refraksi – Penilaian ketajaman penglihatan atau kuasa yang diperlukan.

5. Penilaian Mata Anterior – Penilaian untuk pemasangan kanta sentuh, mata kering dan katarak.

6. Pengukuran Tekanan Mata – Penilaian diagnostik untuk pengesanan glaukoma.

7. Pemeriksaan Retina - Penilaian diagnostik untuk glaukoma, degenerasi makula berkaitan usia, retinopati diabetik, dan makulopati.

8. Sesi Konsultasi – Ringkasan hasil ujian mata dan langkah berjaga-jaga atau penyelesaian penjagaan mata yang diperlukan.

Focus Point memahami kepentingan penjagaan mata yang betul dan oleh itu mereka melabur dalam peralatan Advanced Primary Eye Care (APEC) untuk menyediakan pesakit dengan pengalaman pemeriksaan mata yang terbaik. Pada masa ini, Focus Point mempunyai lebih daripada 67 cawangan APEC yang menawarkan 360° Advanced Primary Eye Care dan mereka sedang menambah bilangan cawangan yang dilengkapi dengan semua peralatan pemeriksaan mata terkini.

“Dengan usaha dan aktiviti berterusan kami untuk mendidik orang ramai tentang kepentingan kesihatan mata dan penjagaan mata yang betul, kami tetap berharap bahawa Kempen 360° Advanced Primary Eye Care kami akan menjadi salah satu langkah positif dalam memastikan orang ramai dimaklumkan tentang penjagaan kesihatan mata yang betul pada skala nasional." Dato’ Liaw berkata. Orang ramai digalakkan untuk membuat janji temu dengan cawangan APEC terdekat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kesihatan mata mereka.

Puan Nor Azizah bt Ismail, Setiausaha Majlis Optik Malaysia (MOM) Kementerian Kesihatan Malaysia telah hadir menyerikan dan merasmikan majlis pelancaran bersama Dato' Liaw, Dato Joyce Yap dari Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd dan En Paul Ho dari Kumpulan ZEISS. Sejumlah tetamu dan ahli media hadir untuk majlis pelancaran itu.

Pemeriksaan mata menyeluruh yang disediakan semasa acara itu menggunakan peralatan pemeriksaan mata terkini daripada ZEISS dan Optometris Focus Point menyediakan konsultasi profesional secara langsung kepada orang ramai. Acara ini akan berakhir pada 5 Mac 2023, di Aras 2, Ruang Legar Tengah, Pavilion Bukit Jalil.

Untuk maklumat lanjut tentang Focus Point dan aktiviti kami, lawati: www.focus-point.com  atau https://www.facebook.com/FocusPointFP.


Kandungan ini disediakan oleh Focus Point