Skip to main
Logo Malaysiakini

Bank Islam tawar bantuan kewangan kepada mangsa banjir seluruh negara

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) meneruskan Program Prihatin Banjir untuk membantu para pelanggan pembiayaan yang terjejas. Pelanggan Pembiayaan Rumah, Peribadi dan Kenderaan yang terkesan boleh memohon motatorium sehingga enam (6) bulan, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Sementara itu, penangguhan bayaran sehingga enam (6) bulan turut disediakan kepada pelanggan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Bank Islam. Bantuan kewangan ini terbuka kepada semua kemudahan kredit dengan dengan bayaran berjadual atau secara kontrak, khususnya Kemudahan Pembiayaan Berjangka, Kemudahan Kredit Pusingan & Aliran Tunai serta Kemudahan Perdagangan.

Bank Islam turut menawarkan pemansuhan fi dan caj penggantian kad debit-i dan buku cek yang hilang atau rosak akibat banjir.

Selain itu, Bank Islam turut menyediakan Kemudahan Bantuan Bencana (DRF) untuk mengurangkan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir dan membantu perusahaan mereka kembali beroperasi. Di bawah kemudahan ini, perusahaan mikro yang layak boleh memohon pembiayaan sehingga RM150,000. Pembiayaan berjumlah RM700,000 disediakan untuk PKS dengan tempoh tujuh tahun, termasuk moratorium selama enam (6) bulan.

Permohonan untuk Program Prihatin dan DRF boleh dibuat di cawangan Bank Islam terdekat yang beroperasi dalam masa tiga (3) bulan daripada kejadian.

Pelanggan yang terjejas boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Program Prihatin Banjir dengan melayari www.bankislam.com/program-prihatin-banjir/. Pelanggan boleh turut menghubungi Pusat Panggilan Bank Islam di [email protected] atau 03- 26 900 900 untuk bantuan lanjut. Sementara itu, pelanggan perniagaan juga boleh menghantar emel ke [email protected].


Kandungan ini disediakan oleh Bank Islam Malaysia Berhad