Skip to main
Logo Malaysiakini

Sunsuria lancar Sunsuria Care untuk perkasa penjagaan kesihatan dan kesejahteraan para penduduk Sunsuria City

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

SEPANG, 15 Mac – Kumpulan hartanah terkemuka Sunsuria Berhad (Sunsuria) hari ini melancarkan "Sunsuria Care", yang merupakan satu platform untuk inisiatif yang dipacu untuk komuniti Sunsuria. Sunsuria Care merupakan initiatif pertama yang memberi tumpuan kepada kesihatan dan kesejahterran komuniti. Ia bertujuan menyediakan khidmat dan sokongan perubatan asas kepada orang awam, khususnya para penduduk Sunsuria City di sini.

Sebagai permulaan kepada inisiatif tersebut, Sunsuria telah membuka kemudahan perubatan pertamanya, Sunsuria Care Hub, berlokasi di Sunsuria City Celebration Centre.

Pusat tersebut yang akan beroperasi setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti awam dan dikendalikan oleh seorang doktor yang dibantu dua jururawat terlatih pada sesuatu masa.

Ini sekali gus memudahkan para penduduk Sunsuria City untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan kesihatan sama ada secara bersemuka mahupun menerusi panggilan telefon dan Whatsapp.

Selain bantuan kecemasan, perkhidmatan lain yang disediakan okeh Sunsuria Care Hub turut merangkumi penjagaan kejururawatan di rumah, pemeriksaan tanda vital dan sewaan peralatan perubatan.

Bantuan kecemasan dan pemeriksaan tanda vital akan berikan kepada penduduk secara percuma sementara khidmat penjagaan kejururawatan di rumah serta sewaan peralatan perubatan ditawarkan pada kadar bayaran yang kompetitif.

Menyedari bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati, Sunsuria Care Hub juga akan sentiasa mengadakan kempen kesedaran kesihatan seperti ceramah kesihatan oleh doktor, demonstrasi kiropraktik serta bengkel bantuan kecemasan dari masa ke semasa.

Dr. Diana Tan (tengah) memberi penerangan kepada Ter Leong Yap (kiri) mengenai penggunaan mesin tekanan darah, antara kemudahan kesihatan yang disediakan di Sunsuria Care Hub.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunsuria Healthcare Audrey Ooi yakin langkah Sunsuria menyepadukan khidmat penjagaan kesihatan ke dalam pembangunan hartanah adalah tepat pada waktu memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang populasinya semakin menua.

Jelas Audrey, keadaan itu telah membawa kepada trend yang dikenali sebagai "kediaman multigenerasi", merujuk kepada sesebuah isi rumah yang mengandungi tiga atau lebih generasi yang duduk bersama di bawah satu bumbung.

"Kehidupan keluarga multigenerasi juga mewujudkan generasi 'sandwich' yang terdiri daripada mereka yang rata-ratanya berusia dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun, di mana mereka sudah mendirikan rumah tangga tetapi pada masa sama turut perlu menjaga ibu-bapa mereka," kata Audrey.

"Di sebalik kesibukkan seharian di tempat kerja, ia sememangnya agak sukar untuk seseorang itu untuk memberikan fokus kepada keluarga di rumah.

"Jadi, dengan mendekatkan khidmat penjagaan kesihatan ke kediaman, maka penduduk-penduduk Sunsuria bolehlah berasa lega bahawa orang kesayangan mereka mempunyai akses terus kepada bantuan perubatan kecemasan profesional ketika mereka tidak berada di rumah," jelasnya.

Audrey sendiri pernah mengalami detik menyayat hati di mana kakaknya meninggal dunia pada tahun 2015 kerana tidak mendapat bantuan kecemasan dengan segera.

"Kakak saya baru berusia 41 tahun ketika dia meninggal dunia kerana serangan jantung. Kejadian itu berlaku ketika saya sedang sibuk bekerja. Saya sempat menerima panggilan mendiang kakak saya, dalam nada tercunggap-cunggap, meminta sama ada saya boleh membawanya untuk berjumpa doktor," katanya.

"Tidak lama kemudian, saya terima panggilan daripada ibu saya sendiri dan dia menangis teresak-esak memberitahu bahawa kakak telah rebah dan tidak sedarkan diri. Saya cuba menghubungi satu demi satu talian bantuan kecemasan dan mengambil masa yang agak lama sebelum akhirnya mendapatkan satu khidmat ambulans swasta.

"Sebaik saya sampai ke rumah, saya mendapati ambulans telah pun tiba dan pada waktu itu, saya berasa agak lega. Tetapi, hanya selepas itu baru saya ketahui sebenarnya kakak tidak dapat diselamatkan sebab bantuan kecemasan tidak diberikan tepat pada masanya”.

Hadir sama menyempurnakan majlis pelancaran ialah Pengerusi Eksekutif Sunsuria Tan Sri Datuk Ter Leong Yap dan Ketua Doktor Perubatan Sunsuria Healthcare Dr Diana Tan.

Ter Leong Yap (tengah) hadir menyempurnakan pelancaran pusat penjagaan kesihatan pertama syarikat , Sunsuria Care Hub, bersama dua pegawai kanannya Dr. Diana Tan (kiri) dan Audrey Ooi.

Kata Leong Yap, Sunsuria akan terus melabur dalam perniagaan penjagaan kesihatan kerana sektor itu memberi banyak manfaat terhadap kesejahteraan sosial masyarakat di samping berupaya memacu pendapatan berulang untuk syarikat.

"Kami tidak akan mengorbankan faedah jangka panjang demi keuntungan jangka pendek," katanya.

"Syarikat ini memiliki rancangan besar untuk mengembangkan perniagaan penjagaan kesihatan kelak."


Kandungan ini disediakan oleh Sunsuria Berhad.