Skip to main
Logo Malaysiakini

GenZ di Podium: Perdebatan Metaverse Pertama di Malaysia antara Belia dengan Ahli Politik

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Kes kebocoran data peribadi dan scam yang kian meningkat amat membimbangkan kerana akan merugikan rakyat serta mengancam keselamatan negara. Ramai pihak berpendapat bahawa Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) adalah tidak sempurna dan perlu dikaji semula.

Malaysia perlu mengambil polisi keselamatan siber nasional yang komprehensif dan memastikan pelaksanaan undang-undang keselamatan siber yang lebih ketat untuk melindungi negara daripada serangan siber, baik dari dalam mahupun luar. Keberkesanan sistem keselamatan terutamanya perlindungan data peribadi para pengguna internet perlu diberi perhatian yang segera.

GenZ di Podium adalah acara berbentuk maya dan debat metaverse yang pertama di Malaysia. Program ini telah membuka peluang kepada seluruh anak muda untuk menyalurkan pendapat dan menyuarakan permasalahan bersama dengan pemimpin serta pembuat dasar. Elemen metaverse digunapakai dalam acara ini adalah sebagai salah satu pendekatan inovasi untuk mendekati anak muda di samping memberikan pengalaman inovatif yang unggul kepada para peserta serta penonton.

Episod perdana GenZ di Podium bakal menyaksikan 20 orang belia berdebat tentang Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) bersama empat ahli politik Malaysia iaitu, YB Syerleena Abdul Rashid (Ahli Parlimen Bukit Bendera), YB Thulsi Manogaran (ADUN Buntong), Encik Mike Chong Yew Chuan (Jurucakap MCA) dan Encik Dobby Chew (Ketua Biro Hak Asasi MUDA).

YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital turut hadir secara maya untuk melancarkan GenZ di Podium. Program ini akan berlangsung pada 29 April 2023 dan disiarkan secara langsung menerusi media sosial pihak penganjur. 

GenZ di Podium dianjurkan oleh KiniEvents dan disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan, International Republican Institute (IRI) sebagai Rakan Kolaboratif,Malaysian Institute of Debate and Public Speaking (MIDP) sebagai Rakan Latihan Kemahiran Insaniah, Experiential Design Team (EDT) sebagai Rakan Metaverse. Rakan Bersama ialahInstitute for Research & Development of Policy (IRDP), UNDI 18, Malaysian Youth Association of Diplomacy and Policy (MYADP), UNDI Sabah serta The Risers. Rakan Media untuk program ini adalah Malaysiakini, KiniTV, Cilisos Media, Astro Awani dan SAYS.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web GenZ di Podium, https://kini.events/genz/ atau emel [email protected]

Hubungi:

Emel: [email protected] 

Laman Web: https://kini.events/genz/