Skip to main
Logo Malaysiakini

KOPETRO anjur majlis Aidilfitri buat anggota koperasi di Melaka

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

MELAKA, 17 Mei 2023 - Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) mengadakan sebuah majlis sambutan Hari Raya bertemakan ‘Raya Bersama’ di Puteri Qashrina Chalet, Pantai Puteri, di sini, semalam. Majlis Aidilfitri di kawasan ini adalah penutup tirai bagi siri jelajah sambutan hari raya anjuran KOPETRO yang diadakan bagi menyantuni anggota koperasi tersebut sempena bulan Syawal ini.

Pengerusi KOPETRO, Roslan Abdul Rahim berkata matlamat utama majlis rumah terbuka ini diadakan adalah bagi menguatkan ukhuwah dan kebersamaan di antara pihak pengurusan koperasi dengan anggota-anggota KOPETRO di Kertih dalam menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri pada tahun ini.

“Melalui konsep ‘Raya Bersama’ tahun ini, KOPETRO ingin menyuntik semangat kemasyarakatan dengan mengalu-alukan persamaan, meraikan kepelbagaian dan menghargai perbezaan antara kita,” ujar beliau dalam ucapannya di majlis tersebut.

Tambah beliau, program-program yang diadakan seperti majlis Aidilfitri ini juga merupakan salah satu cara untuk pihak pengurusan koperasi menarik lebih ramai kakitangan PETRONAS untuk mendaftar dan menjadi anggota KOPETRO, memandangkan faedah yang ditawarkan adalah kompetitif dan sentiasa mendahulukan kebajikan para anggota.

Rumah terbuka anjuran KOPETRO di Melaka ini berlangsung pada jam 12 tengah hari sehingga 5 petang, dan dihadiri hampir 300 orang tetamu yang terdiri daripada anggota-anggota dan rakan-rakan niaga koperasi tersebut. Pengunjung dijamu dengan aneka juadah Aidilfitri dan menu tempatan seperti Nasi Impit, Lemang, Rendang Ayam, dan Nasi Hujan Panas dengan Ayam Masak Merah.

Majlis Aidilfitri KOPETRO ini juga telah diadakan di beberapa lokasi lain sebelum ini iaitu di Kertih pada 9 Mei 2023, Kuala Lumpur pada 11 Mei 2023, selain di Bangi, Selangor bersempena Majlis Perasmian Cawangan Kedua perkhidmatan pajak gadai patuh syariah, ArRahnuKita, pada 12 Mei 2023 yang lalu.

Ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu, KOPETRO dianggotai lebih 15,000 kakitangan PETRONAS, diiktiraf sebagai 10 Koperasi Terbaik di seluruh Malaysia. KOPETRO juga menerima anugerah Jenama Terbaik The BrandLaureate SMEs BestBrands Award bagi kategori Riadah - Solusi Percutian dan Pelancongan pada tahun 2022. KOPETRO turut merangkul dua anugerah berprestij pada tahun 2020 iaitu anugerah oleh The BrandLaureate bagi kategori SMEs Bestbrands e-Branding Awards dan juga Lang International Corporate Titan Awards – Cooperative Icon of The Year 2020.

Baru-baru ini, KOPETRO melancarkan melancarkan platform dalam talian yang dikenali sebagai proLindung, yang membolehkan pengguna memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan mereka dengan lebih mudah, cepat dan selamat.

Selain Servis Kewangan, KOPETRO juga terlibat di dalam bidang Pelancongan dan Perhotelan, Makanan dan Minuman juga Perdagangan dan Peruncitan.

Maklumat lanjut mengenai Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) boleh didapati di laman sesawang KOPETRO di www.kopetro.com.my atau di akaun media sosial Facebook dan Instagram @kopetroberhad.


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO)