Skip to main
Logo Malaysiakini

CBP catat keuntungan tertinggi dalam sejarah

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Co-opbank Pertama (CBP) mencatatkan keuntungan sebelum cukai yang tertinggi sebanyak RM103.43 juta, iaitu yang tertinggi sejak penubuhan institusi perbankan tersebut sejak 1950.

Pengerusinya, Datuk Baharom Embi berkata, peningkatan keuntungan itu melonjak sebanyak 20% berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM86.14 juta.

“Peningkatan keuntungan ini dipacu dengan pembiayaan peribadi, Ar Rahnu dan juga Pembiayaan Perumahan di samping pembiayaan koperasi dan korporat yang membantu terhadap keuntungan CBP bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2022.

“Selain itu, CBP juga mencatatkan peningkatan aset yang tertinggi iaitu sebanyak RM7.73 bilion sehingga 31 Disember 2022 berbanding RM6.07 bilion pada tahun sebelumnya dengan peningkatan sebanyak 28%,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Datuk Baharom turut berkata, pengumuman dividen akan diumumkan dalam masa terdekat selepas mendapat kelulusan dan persetujuan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“Kita telah mencadangkan pembayaran dividen kepada SKM dan ianya akan diumumkan dalam masa terdekat. Insya-Allah kadar dividen yang dicadangkan kepada SKM adalah kompetitif walaupun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi sepanjang tahun lalu dan seiring dengan keuntungan yang telah dicapai pada tahun 2022,”katanya.


Kandungan ini disediakan oleh Co-op Bank Pertama