Skip to main
Logo Malaysiakini

Wipro Unza Terus Komited Untuk Memacu Garis Panduan Tertinggi Halal

Artikel ini sudah 7 bulan diterbitkan

Wipro Unza (M) Sdn Bhd merupakan pengilang terbesar barangan kosmetik dan penjagaan diri di Malaysia, mengawal ketat keseluruhan proses halal dan juga regulatori dari proses hiliran ke proses huluan bagi  semua produk keluaran kami. Kami juga mempunyai kemudahan makmal penyelidikan untuk formulasi barangan kosmetik dan penjagaan diri, menyediakan peluang pekerjaan untuk lebih daripada 2,000 pekerja dan setakat ini telah menghasilkan lebih 600 produk halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Jenama barangan kosmetik dan penjagaan diri keluaran Wipro Unza telah lama bertapak di hati para pengguna di Malaysia. Antara jenama keluaran kami ialah Safi, Aiken, Romano, Eversoft, Dashing, Carrie Junior, Enchanteur dan Sumber Ayu.

Wipro Unza sentiasa memastikan semua produk kami mematuhi garis panduan kesihatan dan kualiti yang telah ditetapkan pihak berkuasa yang berkenaan dan juga layak untuk pensijilan halal. Keseluruhan rantaian pengeluaran produk kami, bermula daripada sumber bahan kepada pembuatan dan pembungkusan, mematuhi sepenuhnya garis panduan JAKIM. Sehingga kini, lebih daripada 600 produk yang dipasarkan sama ada di dalam atau pun di luar negara telah mendapat pengiktiafan pihak JAKIM. Selain JAKIM, produk kami juga mendapat pengiktirafan halal dari Majelis Ulamak Indonesia (MUI), Indonesia. 

Mengekalkan kepercayaan pengguna

Menurut Pengurus Koporat dan Regulatori Wipro Unza, Puan Rozaina Mahmod, dalam memastikan pematuhan halal, “Pihak syarikat sentiasa bekerja rapat dengan JAKIM dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memastikan kesemua produk dan proses pembuatan adalah selari dengan garis panduan yang telah ditetapkan”. Beliau juga menyatakan, “Kami memastikan proses tadbir urus yang terperinci dan menyeluruh serta memastikan sistem kebolehkesanan juga sejajar dengan keperluan JAKIM.” Puan Rozaina juga menambah, “Pihak kami sentiasa memastikan bahawa semua bahan mentah, bahan penambah, bahan aktif, peralatan dan sistem pemprosesan dan pembungkusan di premis mematuhi garis panduan ketat yang telah diselaraskan oleh JAKIM.”

Menurut sumber dari JAIS, “Tidak sukar untuk mana-mana syarikat bagi mendapatkan pensijilan halal sekiranya mereka faham dan mempraktikkan semua kriteria yang telah ditetapkan dalam Manual Prosedur Persijilan Halal Malaysia Domestik 2020 dan Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS) 2020. Beliau menambah, “Namun, elemen yang menjadi cabaran kepada pihak syarikat adalah keupayaan untuk mengekalkan komitmen terhadap kawalan keseluruhan aktiviti penghasilan produk halal. Ini kerana secara umum semua orang mengetahui aktiviti atau apa-apa juga proses-proses yang berkaitan di industri adalah tidak bersifat statik dan sentiasa boleh berubah mengikut keperluan semasa. Beliau juga menegaskan Wipro Unza merupakan syarikat yang amat memahami keperluan ini dan senantiasa mengambil tanggungjawab untuk penambah baikan proses tanpa sebarang kompromi.” 

Menurut sumber JAIS juga menyatakan bahawa Wipro Unza ialah salah satu syarikat di Selangor yang merupakan syarikat senarai putih dalam permohonan sijil halal. Ini kerana, Wipro Unza sentiasa mendapat kelulusan pensijilan dalam tempoh yang lebih pendek daripada garis panduan yang telah ditetapkan berdasarkan prestasi syarikat dalam mengekalkan integriti operasi halal.

Para pemenang anugerah ketika Majlis Makan Malam Apresiasi Persidangan Halal Antarabangsa Selangor (Selhac) 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 10 Mac 2023. Dari kiri, Rozaina Mahmod, Pengurus Korporat dan Regulatori Wipro Unza Malaysia (Anugerah Komited Halal), YB Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub, Rosnani Anwar, Eksekutif Pemasaran Freshie (M) Sdn Bhd (Anugerah Setia Halal) dan YBhg. Dr. Abidin bin Hamid (diterima melalui wakil, Ustaz Haziq dari JAIS (Anugerah Tokoh Industri Halal). Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI. 

Pada Mac 2023, Wipro Unza menerima ‘Anugerah Komited Halal’ yang mana WUM syarikat telah diiktiraf oleh pihak JAIS bersama-sama kerajaan negeri Selangor atas komitmen mereka yang tidak berbelah bahagi dalam melaksanakan program and sistem halal untuk kesemua proses yang terlibat dalam pembuatan produk kosmetik dan penjagan diri. Anugerah ini telah disampaikan semasa Majlis Makan Malam dan Apresiasi pada 10 Mac 2023 sempena Selangor International Halal Convention 2023 (SELHAC 2023). Penganugerahan ini amat bermakna untuk Wipro Unza, meyakinkan para pengguna tentang komitmen kami dalam perlaksaan program pematuhan halal dalam industri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub menyampaikan Anugerah Komited Halal kepada Pengurus Korporat dan Regulatori Wipro Unza Malaysia, Rozaina Mahmod ketika Majlis Makan Malam Apresiasi Persidangan Halal Antarabangsa Selangor (Selhac) 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 10 Mac 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Perkongsian ilmu dalam meluaskan peranan kami sambil memberi penambahan skop yang terlibat.

Wipro Unza mengakui bahawa halal bukan semata-mata pematuhan, ianya lebih daripada itu. Kami merasakan adalah perlu bagi kami menyalurkan ilmu dalam aktiviti pematuhan halal terutama sekali dalam bidang kosmetik halal dan juga pematuhan regulatori kepada masyarakat umum. Oleh yang demikian, maka terhasillah inisiatif program CSR kami yang diberi nama “Giving Back to Community: Sharing Our Knowledge”. Inisiatif ini telah berkembang bukan sahaja dalam kalangan universiti tempatan tetapi juga universiti swasta. Program ini dilihat mampu menarik minat bukan sahaja dari kalangan penuntut malah dari kalangan pendidik tentang ilmu pematuhan Kosmetik Halal.

Professor Dr. Azman Ab. Rahman, Pengarah IFFAH, USIM semasa ucap utama pada Majlis Menanda tangani Letter of Intent antara IFFAH dan rakan-rakan strategik industri pada 6 Disember 2023 bertempat di Kota Seriamas Golf & Country Club.

Menurut Prof. Dr. Azman Ab. Rahman, Pengarah Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), “Wipro Unza telah lama menjadi rakan strategik kami dalam aktiviti perkongsian ilmu melalui kursus, ceramah, latihan dan seminar yang berkaitan dengan Kosmetik Halal dan juga Pematuhan Rantaian Regulatori. Wipro Unza bukan lagi sebuat syarikat yang bersandarkan kepada syarikat yang patuh sistem halal sahaja. Kini, WUM bergerak aktif dan aktiviti regulatori halal dan juga sangat aktif dalam program komuniti dengan menyebarkan tentang kesedaran halal kepada semua lapisan masyakarat umumnya dan penuntut dari pelbagai tahap pendidikan, khususnya.”

Beliau juga menambah bahawa Wipro Unza bukan sahaja patuh kepada garis panduan yang diberikan malah telah juga menyumbang kepada masyarakat tempatan dengan perlaksaan formulasi SAFI Sertu Skrub yang disahkan halal oleh JAKIM. Penghasilan produk ini menunjukkan komitmen kami dalam memudah cara proses sertu yang menggunakan tanah liat untuk menyucikan anggota badan yang terkena najis mughallazah, dan proses penyucian adalah mengikut syarak. 

Prof. Azman juga menyatakan bahawa beliau dan tenaga pengajar IFFAH menanti lebih banyak program kolaborasi bersama-sama Wipro Unza semasa majlis menanda tangani Letter of Intent bersama IFFAH awal Disember 2023.

Sesi menandatangai Letter of Intent (LOI), menandakan Wipro Unza (M) Sdn Bhd sebagai Rakan Strategik IFFAH, USIM yang telah dimeterai oleh Rozaina Mahmod, Pengurus Korporat dan Regulatori dan Professor Dr. Azman Ab. Rahman, Pengarah IFFAH, USIM pada 6 Disember 2023 bertempat di Kota Seriamas Golf & Country Club.

Kandungan ini disediakan oleh Wipro Manufacturing Services.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +6017-323-0707 untuk sebarang pertanyaan.