Finexus Melancarkan AREMA e-Invois sebagai Respons Mandat LHDN
Semasa ucapan belanjawan terbaharu pada Oktober 2023, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, mendedahkan rancangan untuk pelaksanaan e-Invois secara berperingkat. Rancangan ini merupakan satu lonjakan digital bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran cukai di seluruh Malaysia.
Mandatnya jelas: Syarikat yang mempunyai pendapatan melebihi RM100 juta mesti mematuhi perintah baharu ini menjelang 1 Ogos 2024, dan syarikat selebihnya akan mengikuti perintah ini menjelang 2025.
Berikutan dengan kesedaran impak peralihan ini terhadap semua industri, Finexus telah meningkatkan prestasinya dengan respons yang pantas dan strategik. Finexus memperkenalkan penyelesaian e-Invois mereka yang dipanggil AREMA, yang direka untuk menavigasi dengan lancar dan mematuhi e-Invois LHDN secara menyeluruh dari awal hingga akhir.
Finexus menawarkan beberapa model untuk memenuhi keperluan semua industri:
Model Enterprise
Untuk pelanggan daripada industri Perbankan atau Insurans yang perlu mematuhi kawal selia seperti RMiT serta MNC atau Syarikat yang memerlukan Perkhidmatan Terurus yang serupa
Tika (Instance) Tunggal dan Penyewa Tunggal untuk pengasingan data
Sokongan 24x7 yang berdedikasi
Dihoskan dalam persekitaran terjamin yang mematuhi PCI DSS Tahap 1 dan RMiT
Model Premium (Disesuaikan)
Untuk syarikat yang memerlukan API (dalam masa nyata) atau Muat Naik Data Kelompok (Batch Upload) Automatik untuk mengintegrasikan Sistem Perakaunan mereka (seperti SAP, ORACLE, Sistem ERP) dengan platform AREMA
Perkhidmatan teknikal profesional sedia ada untuk memudahkan integrasi sistem anda dengan AREMA
Sokongan Teknikal dan Meja Bantuan (Help Desk) pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 Pagi hingga 6 Petang
Dihoskan dalam persekitaran terjamin yang mematuhi PCI DSS Tahap 1 dan RMiT
Model Standard (Layanan Diri)
Untuk syarikat atau individu yang ingin menggunakan cara swaurus iaitu mereka boleh memasukkan maklumat atau memuatnaikkan Data Kelompok (Batch Upload) secara manual ke Portal AREMA dan memperolehi invois yang disahkan oleh LHDN
Sokongan Meja Bantuan (Help Desk) melalui e-mel dengan masa respons dalam 2 hari waktu bekerja
Model Peruncitan (Pelanggan 'Walk-In')
Untuk Pelanggan ‘Walk-In’ bagi kedai runcit, cawangan, pasar raya, dan restoran makanan dan minimum (F&B)
Pelanggan boleh menjana invois mereka yang disahkan LDHN pada bila-bila masa
Kelebihan Utama Sistem e-Invois AREMA LHDN
Integrasi Selanjar: Perisian tengah (middleware) AREMA boleh menghubungkan sistem perakaunan anda ke Portal LHDN dengan mudah tanpa sebarang pengubahsuaian atau pengubahsuian yang minimum pada sistem anda
Kecekapan Kos dan Masa: Penghapusan keperluan untuk meningkatkan system perakaunan anda, lantas menjimatkan masa dan usaha ketara dalam ujian semula (retesting)
Tiada Kerumitan: Pengurusan sebarang kemas kini daripada LHDN oleh AREMA secara automatik supaya sistem hos anda tidak akan terganggu
Peningkatan Pangkalan Data: Kemudahan untuk memperluas pangkalan data anda untuk menampung sebarang data tambahan yang diwajibkan oleh LHDN
Pengurusan Data Automatik: Pengayaan atau Pengisian Data (Populator) Automatik untuk mengemaskinikan pengendalian data anda
Penyesuaian Komprehensif: Penjajaran antara Perancangan Sumber Perusahaan (ERP) atau Sistem Perakaunan anda dengan AREMA dan LHDN
Pakar Pengendalian Pengecualian: Pengurusan yang cekap bagi pengecualian operasi untuk proses yang lebih lancar
Kenapa Pilih Finexus?
Finexus terserlah sebagai syarikat pelbagai dan dinamik dalam landskap teknologi, khususnya dalam pelaporan kawal selia dan sistem pematuhan pembayaran kawal selia. Adakah anda ingin mengetahui lebih lanjut lagi? Terokai dunia berpotensi dengan Finexus pada https://www.finexusgroup.com/arema/. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Penyelesaian e-Invois LHDN AREMA Finexus, sila hubungi [email protected]
Artikel ini disediakan oleh Finexus
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai