Finexus Menawarkan Penyelesaian e-Invois Tersuai untuk Pelbagai Industri
Finexus telah melancarkan empat model e-Invois LHDN yang memenuhi pelbagai jenis perniagaan, termasuk PKSM, PKS, peruncit, syarikat, MNC dan bank.
Sebagai penyedia Pematuhan Kawal Selia yang dipercayai selama lebih daripada 20 tahun dan berkhidmat untuk lebih daripada 100 bank, badan kawal selia dan syarikat FinTech ASEAN, kami berdedikasi untuk memastikan 100% pematuhan LHDN untuk syarikat menjelang mandat LHDN 1 Ogos.
Model e-Invois LHDN kami terdiri daripada:
1) Model Enterprise (Pematuhan RMIT dan Infrastruktur Khusus)
Penyelesaian tersuai dengan pangkalan data untuk penyewa tunggal, khususnya untuk bank atau syarikat insurans
Integrasi pelbagai sistem syarikat dengan LHDN, melalui perisian tengah (middleware) AREMA pada platform gabungan
Ciri khas termasuk pematuhan keperluan industri, perkhidmatan terurus, API masa nyata, muat naik kelompok data automatik (auto batch upload) dan sokongan teknikal khusus 24/7
2) Model Premium (Automasi)
Penyelesaian tersuai dengan pangkalan data untuk pelbagai penyewa, khususnya untuk syarikat yang mempunyai sistem perakaunan atau ERP sedia ada seperti SAP, Sage, dsb.
Integrasi dengan sistem perakaunan syarikat atau ERP sedia ada dengan LHDN, melalui perisian tengah (middleware) AREMA
Ciri khas termasuk API masa nyata, muat naik kelompok data automatik (auto batch upload) dan sokongan teknikal semasa waktu perniagaan
3) Model Standard (Layan Diri)
Penyelesaian layan diri dengan pangkalan data pelbagai penyewa yang disesuaikan untuk PKS dan PKSM
Masuk data invois secara manual atau muat naik invois secara pukal (bulk upload) pada Portal Web AREMA
Ciri khas termasuk laporan papan pemuka (dashboard) yang mudah dan sokongan e-mel dengan respons dalam masa 2 hari perniagaan
4) Model Runcit (Pengguna Menjana Sendiri e-Invois)
Penyelesaian menjana e-Invois sendiri untuk pelanggan ‘walk-in’ atau dalam talian yang sesuai untuk perniagaan runcit
Penggunaan 'Point of Sales’ (POS) kami untuk menjana resit dengan Kod QR LHDN untuk pelanggan mengimbas dan menjana sendiri e-Invois LHDN mereka pada bila-bila masa
Ciri khas POS termasuk penerimaan pelbagai kaedah pembayaran (DuitNow, Mastercard, Visa, Alipay), opsyen untuk mengintegrasi dengan sistem POS runcit pusat beli belah atau cawangan sedia ada, dan sokongan pusat panggilan am semasa waktu perniagaan
Perniagaan boleh menggabungkan model mengikut keperluan khusus mereka (cth. Model Enterprise dan Model Runcit), dengan opsyen perkhidmatan label putih bagi penyelesaian e-Invois AREMA LHDN atau POS kami bagi tujuan penjenamaan.
Proses bekerja dengan Finexus yang menawarkan perisian tengah (middleware) AREMA melibatkan:
1) Penyesuaian:
Tetapan aliran kerja dan peraturan anda untuk perniagaan, pengesahan dan pengendalian pengecualian pembayar cukai
2) Integrasi:
Integrasi pelbagai entiti perniagaan pada satu platform AREMA, dengan perubahan minimum pada sistem anda bukan sahaja pada saat ini, malah berikutan penambahbaikan (upgrade) sistem LHDN pada masa hadapan, lantas menjimatkan kos penambahbaikan (upgrade) sistem-sistem anda secara menyeluruh
AREMA dipramuat dengan peraturan pengesahan LHDN (iaitu TIN yang salah) dengan kemas kini berterusan mengikut sebarang pemerkasaan LHDN masa hadapan
Pemetaan item data hos pembayar cukai ke item data ‘staging’ AREMA kami
3) Penyimpanan:
Penyimpanan data tambahan yang melebihi 55+ item data yang diwajibkan LHDN pada AREMA selama 7 tahun, bagi pematuhan LHDN atau jangka masa yang lebih panjang mengikut mandat LHDN
Persekitaran selamat bergred bank dengan pematuhan PCI DSS Tahap 1 dan RMiT BNM
Keselamatan yang ketat pada peringkat aplikasi dan sistem terhadap akses tanpa kebenaran
4) Penggunaan Mudah:
Pemprosesan e-Invois yang diperkemas dengan ciri seperti muat naik kelompok data automatik (auto batch upload), keupayaan pengayaan pengguna (user enrichment ability), skrin kemasukan data tersedia (built-in data entry screens), dan fungsi arkib dan pengemasan automatik
Proses perakaunan yang dipermudahkan termasuk pemprosesan invois (invois individu/konsolidasi, kredit, debit dan bayaran balik), penangkapan nota pindaan, dan rekonsilisasi harian antara sistem perakaunan anda, LHDN, dan AREMA
Pemberitahuan dan makluman automatik melalui SMS dan e-mel untuk e-Invois yang disahkan, dan transaksi yang tidak lengkap, ralat dan berkecuali
Mengenai Finexus:
Finexus ialah syarikat teknologi Malaysia 100% yang ditubuhkan pada tahun 2000 dengan ibu pejabat di Kuala Lumpur. Finexus terkenal dengan penyediaan sistem pembayaran kawal selia dan pelaporan yang kritikal untuk industri perbankan dengan Perisian sebagai Perkhidmatan (Software as a Service atau SaaS) pada pusat data awannya di Kuala Lumpur dan Cyberjaya.
Lebih daripada 700 profesional di Finexus kini berkhidmat dengan lebih daripada 100 syarikat Perbankan, Badan Kawal Selia dan Teknologi Kewangan (FinTech) di seluruh ASEAN.
Finexus komited untuk menyampaikan penyelesaian bergred bank dengan kualiti, profesionalisme dan komitmen terbaik.
Untuk penyelesaian kompetitif yang disesuaikan dengan perniagaan anda, hubungilah Finexus hari ini. Masa itu emas!
Kandungan ini disediakan oleh Finexus Malaysia.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai