Peniaga Ansuran Visa Finexus Menawarkan Cashback RM50 kepada Pemegang Kad dengan Perbelanjaan RM500
Peniaga Finexus kini boleh menawarkan pemegang kad dalam kedai mereka cashback RM50 dengan perbelanjaan minimum RM500 melalui Ansuran Visa (VIS) pada peranti POS Finexus. Dengan VIS, peniaga Finexus kini boleh menawarkan pemegang kad Visa mereka pelan ansuran fleksibel dari tiga bulan hingga tiga tahun dengan pembelian minimum dari RM300 dalam satu transaksi.
Keistimewaan Finexus berbanding pembekal ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ (BNPL) lain boleh dilihat dari aspek-aspek berikut:
Penerimaan Kad Universal: Terminal POS Finexus direka khas untuk menerima semua kad kredit Visa dengan VIS. Ini bermaksud peniaga tidak perlu melabur dalam banyak terminal untuk menerima kad kredit dari pelbagai bank, tetapi hanya perlu melabur dalam satu terminal sahaja. Pada masa ini, bank pengeluar yang menyediakan kad dengan VIS ialah HSBC Malaysia (pelan ansuran sehingga 36 bulan), AmBank Malaysia (pelan ansuran sehingga 36 bulan) dan Standard Chartered Malaysia (pelan ansuran sehingga 12 bulan). Dengan jangkaan lebih banyak bank akan menyertai VIS, prospek peniaga juga akan turut meningkat dengan pengaksesan kumpulan pemegang kad yang lebih luas lagi. Lebih-lebih lagi, perkhidmatan BNPL juga semakin popular di Malaysia, di mana hampir sembilan daripada sepulah pengguna Malaysia (88%) berkata mereka mengetahui perkhidmatan tersebut.(1)
Tiada Yuran: Finexus juga menawarkan pengecualian yuran pendaftaran dan pemasangan VIS, yakni sesuatu kelebihan menarik untuk para peniaga sepanjang tempoh pengenalan ini.
Kadar Kompetitif: Kadar Finexus adalah antara kadar yang paling kompetitif dalam industri VIS, lantas memastikan peniaga tidak akan terlepas pemegang kad berpotensi bahkan mengoptimumkan pendapatan mereka.
Kelulusan Segera: Dengan kredit pra-lulus daripada bank pengeluar kad kredit VIS, peniaga dapat menyediakan dan menyelesaikan pelan ansuran pemegang kad mereka dengan segera pada terminal pembayaran sahaja, tanpa perlu pendaftaran berasingan dengan setiap bank pengeluar kad kredit. Ini akan memperhebatkan lagi pengalaman para peniaga dan pemegang kad.
Finexus kekal berdedikasi untuk menyediakan penyelesaian pembayaran yang canggih dan memudahkan landskap pembayaran untuk perniagaan. Untuk maklumat lebih lanjut lagi mengenai Ansuran Visa (VIS) BNPL daripada Finexus, sila layari laman web di https://home.finexuscards.com/merchant-pos-system/ dan hubungi [email protected].
(1) = Kajian ‘Visa Consumer Payment Attitudes’ telah dijalankan pada Oktober 2023 oleh CLEAR dengan 1,000 rakyat Malaysia berumur 18-65 tahun. Ini adalah sebahagian daripada projek penyelidikan serantau yang dijalankan di Asia Tenggara dengan penglibatan 6,550 pengguna dalam 7 pasaran.
Kandungan ini disediakan oleh Finexus Malaysia.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai