KPJ Healthcare Lancar Ekspo Penjagaan Kesihatan Pertama di Jakarta
Berlandaskan matlamat untuk mengutamakan kepentingan pesakit sekaligus memberikan kemudahan kepada pesakit Indonesia, KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare” atau “Kumpulan”), dengan berbesar hati melancarkan buat julung kali Ekspo Penjagaan Kesihatan KPJ (“KPJHX 2024”), yang turut disertai oleh rangkaian hospital di bawah Kumpulan KPJ bermula 16 hingga 19 Mei 2024 di Central Park Mall, Jakarta Barat.
Seiring dengan slogan KPJ Healthcare, Care for Life, KPJHX 2024 juga bakal menjelajah ke Surabaya dan bandar-bandar lain di Indonesia pada bulan hadapan. Penganjuran ekspo ini akan membolehkan para pesakit dan pakar profesional dalam sektor penjagaan kesihatan untuk menerokai kecemerlangan perubatan terkini serta pilihan penjagaan kesihatan komprehensif yang ditawarkan oleh rangkaian hospital KPJ Healthcare, merangkumi rawatan dan teknologi yang canggih.
KPJHX 2024 juga turut menawarkan para pengunjung dengan pelbagai jenis pilihan sokongan - daripada perkhidmatan kewangan hingga ke bantuan logistik dan penginapan, bagi memastikan pendekatan holistik terhadap penjagaan kesihatan dan kesejahteraan. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha dalam membuktikan komitmen KPJ dalam menyediakan penjagaan perubatan yang mudah diakses dan berkualiti tinggi di luar Malaysia. Ia juga berperanan sebagai sebuah platform yang penting untuk mengukuhkan hubungan pelancongan perubatan di antara Malaysia dan Indonesia, memastikan maklumat yang tepat dikongsi dengan para pesakit Indonesia sebelum mereka mempertimbangkan untuk mendapatkan rawatan di hospital-hospital KPJ.
Majlis perasmian dan pelancaran ekspo tersebut turut dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat seperti TYT Dato’ Syed Md Hasrin Tengku Hussin @ Syed Hussin, Duta Besar Malaysia ke Indonesia dan rakan kongsi serta pihak berkepentingan lain di Indonesia. Turut hadir ialah barisan pengurusan kanan KPJ Healthcare, termasuk Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan dan Sherene Azli, Ketua Pegawai Pemasaran.
"Kami sangat gembira untuk berada di bandar Jakarta yang cukup indah dan bertemu dengan ramai pesakit Indonesia, rakan kongsi serta pihak berkepentingan yang terlibat. Selaku rangkaian hospital swasta terbesar di Malaysia yang merangkumi 29 lokasi di seluruh negara, kami teruja untuk memperluaskan penjagaan dan perkhidmatan terbaik kami ke pasaran Indonesia. Menerusi KPJHX 2024, matlamat kami adalah untuk menawarkan pilihan penjagaan Kesihatan yang berpatutan, berkualiti tinggi dan berpusat di sekitar keperluan pesakit kepada warga Indonesia," kata Chin.
Jelas Chin lagi, “Ekspo ini juga menandakan permulaan lembaran baharu dalam perjalanan kami untuk memperkasakan perkhidmatan kesihatan serantau dan kami teruja untuk meneroka pasaran ini bersama-sama. Bagi mengukuhkan lagi usaha ini, kami berbesar hati untuk mengumumkan perkongsian strategik dengan Marriott International, yang baru dimeterai semalam. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan rakan kongsi kami yang lain dalam memainkan peranan penting kepada kejayaan KPJHX 2024. Kerjasama yang terjalin pastinya dapat memberi manfaat yang luar biasa kepada pengalaman hospitaliti buat pesakit kami, menggabungkan perkhidmatan perubatan berkualiti dengan keselesaan dan penjagaan yang tiada tandingan.”
KPJHX 2024 menghimpunkan institusi kewangan dan hospitaliti yang terkenal seperti Bank Central Asia, Perisai Listrik National, Marriott International, Association of Travel Agent Indonesia, Flying Doctor Indonesia dan UOB Bank yang bakal menawarkan perkhidmatan komprehensif masing masing di Ekspo tersebut. Sembilan hospital pakar KPJ terkemuka turut mengambil bahagian, seperti hospital KPJ Healthcare dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak, selain Universiti KPJ Healthcare.
Pasaran Indonesia dilihat mempunyai potensi besar dan bernilai tinggi untuk diterokai yang mana KPJ Healthcare baru-baru ini telahpun membuka pejabat perwakilan di bandar-bandar utama seperti Batam, Bengkalis, Banda Aceh, Pontianak dan yang bakal dibuka tidak lama lagi di Pekan Baru. Pejabat-pejabat ini turut disokong oleh barisan ejen berdedikasi di seluruh Indonesia untuk memastikan agar perkhidmatan KPJ Healthcare boleh diakses dan responsif kepada keperluan pesakit Indonesia yang mendapatkan rawatan di hospital-hospital KPJ.
Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare Berhad.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai